Saturday, July 21, 2012

proses ke Harvard

Assalamualaikum. :)


Baiklah. Untuk memudahkan anda yang nak skip baca kerana semata-mata nak baca "eh? Harvard? :o eh? ehh?" maka saya terus bawakan secara direct yang saya memang di Harvard University, Cambridge, Massachussets, USA sedang menempuhi 7 minggu summer school. (fuh. habis satu nafas untuk satu ayat.)


Memang lah..bukan senang nak masuk Harvard. Tapi untuk summer school, semua orang boleh masuk kalau ada duit dan lepas IELTS band 7. However, I can only afford band 7. Namun dengan adanya program UTM-GOP Harvard Summer School, segalanya mungkin. *wink* 


UTM taja semua tuition fees, accommodation and food throughout the summer which cost $10,570. Yes. No joke. 


Mari saya cerita bagaimana segalanya bermula. (omg. dah lama tak buat karangan Bahasa Melayu.) 


Sekadar ingin mencuba nasib, saya pun bertanya kepada PM, PA, senior last batch dan lecturer, macam mana nak mulakan proses ni. So, mula-mula isi borang, buat 3 essays dan hantar ke pihak yang sepatutnya which is UTM Office of International Affairs. Kemudian tunggu lah dorang check kelayakan pointer segala, sebelum dipanggil untuk interview. (dah fail karangan BM) 


Then, they will call/email telling you're shortlisted, so sila datang pakai elok-elok prepare diri dengan kata-kata manis supaya nanti boleh promote diri kenapa saya perlu terpilih dan pergi serta apa pulangan jika UTM pilih saya. Ada 2 interview (mungkin lebih. *Syarat dan terma mengikut keadaan semasa.)


Then, yeay! Saya di Harvard! Haha. Ok2. Tak semudah itu sebab seluruh preparation dibuat sendiri oleh kami2 yang terpilih termasuk isi borang online untuk course registration, IELTS, immunization, flight ticket, etc. A-Z = a total headache. UTM cuma bagi duit dan pandai pandai. 


Hmm.. Maka disebabkan ini niat untuk update blog tergendala sekian lama. Punya lah tak menang tangan. Haha. XD Next entri baru cerita lagi pasal Harvard ok. Till then. Bye! 


image from wiki




p/s : Dah 4th week kat sini baru nak update macam mana nak masuk =.=

No comments: