Sunday, June 27, 2010

haishhh~

salam....

tiap-tiap hari kalau boleh nak membebel macam opah kat sini. bila idea aku dah banyak, time tu lah banyak benda yang tak kene.

laa ni aku dah tak buleh nak upload foto dalam blog. entah ape pasal. tension siot aku. aku yang menaip pun rasa juling je mata baca blog takde gambo, ni kan orang yang baca. -.-" penat aku gali gali gali di manakah silapnya. namun apakan daya, orang buta IT memang gini. :')

waaarrggghhh~~~~~~
ape nak buat ni.... ;(


: emo betul bila tak boleh nak upload picture :
: blog suram tanpa foto foto genik : wah?

Tuesday, June 22, 2010

entri bodoh

salam..

kenapa entri aku makin berkurang tiap bulan? -.-"

the answer is......
i have been very busy... kenapa la aku belum pandai2 lagi manage time... i am still learning to get used to it...

dah tu...semalam tak tau pasal emo semacam... -.-"
and dah dua hari flu tak elok2..
yang bestnye, esok takde kelas.. wooohoooo! :D *perubahan emosi mendadak*

jadi dah plan untuk bangun awal dan siapkan segala yang patut. :)
bangun awal? ye. pagi tadi aku berjaya bangun awal dengan sekali kejut. haruslah tepuk tangan sambil berdiri kan... ;)

jadi, jom tidur! ^^

Saturday, June 19, 2010

relevankah seorang cikgu seperti ini?

assalamualaikum pembuka bicara,
buat kawan2 saya tujukan,
apa khabar semuanya?
kisah selanjutnya saya paparkan.

mak aiih~ ini dokumentari pendidikan ke mende?

baiklah..saya nak mendedahkan rahsia terbesar abad ini..
setelah hampir sebulan berada di UiTM Shah Alam, bermacam perkara telah pun saya lalui. chet! :p

1-tabiat masih tak berubah
roommates sangat baik hati tolong kejutkan setiap pagi pada minggu pertama.  kemudian kerelaan menjadi keterpaksaan pabila kejutan budaya tak mampu membangunkan modal insan meskipun alarm henfon lagu neyo berbunyi tahap maksimum di sebelah telinga akan tetapi orang sebelah katil yang terjaga lalu bangun kemudian meng'stop'kan lagu annoyink seawal 5 pagi. ya. begitulah yang berlaku setiap hari selama sebulan.

2-mischievous never fade
baru first week bilik dah kene tatatertib. and sekali lagi masa minggu ketiga. masalahnye kami tak gantung baju di tingkap ok! eiii~ mana entah mak cik tu tengok kitorang ada gantung baju kat tingkap. bilik sikit punya clean&clear. ish~ -.-"

lagi satu hal, hari tuh aku ngan Ain pergi main squash.



and then kenal sorang mamat ni sebab aku tengok dia syok sendiri main basketball sorang sorang. aku pun tegur la dia nak mintak pinjam bola sebab dia nak main tenis pulak. (gila kuasa betul) entah macam mana chit chat punya chit chat, dia bagi number phone. (excuse me bukan aku mintak) nak dijadikan cerita, dia balik dulu. tak sampai 5minit dia call aku. IC tertinggal kat atas tempat refill air pulak.. aiseyhmen..sebab kan aku baik hati maka nye aku berpatah balik ke kompleks setelah separuh jalan nak sampai kolej untuk amek kan IC mamat nih.

"entah2 dia saja tinggalkan IC nak kenekan kita, fad.",Ain cakap.

"eh, tak baik sangka buruk." <---jawab saya :D

dalam perjalanan pulang Ain sempat singgah ke kedai nak beli air. kedai nak tutup dah masa tuh jadi rezeki kami dapat 3 bungkus Milo Ais Kaw secara free~ ;)

pendekkan lagi cerita, masa tuh dah pukul 11.10 malam. si Ain jalan lenggang kangkung.

"weh! bukan pagar kita tutp pukul 11 ke? aiseyhmen~ ", kata saya.

sekali sampai depan pagar ngam2 pak guard nak kunci dah.

saya berkata lagi, "pak cik!! kejap2!!" sambil berlari-lari anak.

"awak ni pelajar asasi? awak tau kan?," muke kerek habis stok nak telan langsung dah time tuh.

"err..mintak maaf lah pakcik. kami ni baru balik kompleks. ade barang tertinggal tadi pi amek balik. sorry ye", muka aku memang innocent habis.

pak guard syok sendiri membebel mak joyah. yang aku tak tahan, si Ain da la lembap jalan, boleh pulak terpijak air then terkena seluar pak guard tu. maka menyirap panas sahaja muka beliau. ish ish ish~ cabotlah ape lagiiiii~ lol

segmen ni belum berakhir. aku terus text mamat tadi kate kitorang dah tak boleh masuk sebab pagar dah kunci. maka di'reply'nye mesej saya dengan begini..

"soorrry la wak..sorry sangat. i forgot your gate will be close at 11. sorry eh. nanti saya ajar awak main basketball."

whatta? basketball? ape haram jadah mamat ni? come on la weh. takde relationship kot dengan situasi genting. *mendalami watak even tipu*

konon nak isi masa lapang mesej dia kasi dia goyang sikit. bukan nak bagi idea bernas ke. ajar cara panjat pagar ke. menyelit celah longakang ke hape. -.-"
sambil balas2 mesej siap gelak guling2 ngan roommates sebab dah pangkah dia. LOL *devilish smile*

3-the trip
minggu ketiga aku hangkut semua roommates bawak balik rumah sebab ibu nak pergi singapore jadi takde orang jaga rumah. and konon konon sleepover party lah kan. nah! disini terserlah sifat ke'kakak'an apabila suara memanggil aisyah menggegarkan rumah. time ni lah baru "waa..tak sangka Fad garang." masa ni lah nak tarik balik kata2 first impression; Fad muka skema. pendiam. muka innocent. cikgu baik. nanti boleh belajar English dengan cikgu ni. semua nya ganti dengan ayat ni; ish. tak nak aku hantar anak aku dekat Cikgu ni. lunyai. takut anak murid nanti. -.-" *cisss!*

member2 mochub dah lama cakap. kalau kau jadi cikgu aku tak nak hantar anak aku belajar dengan kau. haha. <----gelak setan dapat drop aku. chet!


ibu lah orang paling risau takut aku tak boleh bangun pagi. ;)

Thursday, June 17, 2010

terbaru dari ladang.

salam....

life in campus in this week is totally horrible! my planner suddenly penuh gila dengan list "TO DO" yang setiap hari pun tak kurang2. -.-" *sigh*

sangat busy. banyak kot benda nak kene buat. dapat hapdet kat sini pun rasa macam "ish..tak sempat nak bebel mak joyah panjang panjang"

i really do want to stoli moli everything in here but then masa tak mengizinkan. cheh! *calon next PM*
konon dulu dah buat schedule nak manage masa so that can update in here everyday. (nak menceceh panjang lebar kat sini biar nanti kau boleh flashback balik segala cerita kat cucu cucu. *ambitious*) but still kau ni kepala batu ke hati batu entah yang asyik siap kerja last minit.

and and you know what. kalau baca yang ni mesti tau what is suppose to happen today.
aku berjaya siapkan slideshow since malam tadi sampai pukul 5pagi tadi. and then bangun pukul 7pagi nak pergi fakulti.



tak la gempak sangat. mana tak nye. da la nih first time aku buat slideshow pastu semalam baru nak edit gambar, carik lagu, nak cut lagu, nak susun slide. tu pun bertarabur lagi. nasib ade roommate baik hati tolong aku buat slideshow nih. tak cukup orang tu dah tolong kau, kau demand macam anak raja. :p siap picnic dalam bilik buat milo panas cicah biskut Hup Seng lagi. thanks Ain, Semah, & Iz. ^_^


p/s-kira ni macam nak kenalkan diri kat strangers lah. :D

Monday, June 7, 2010

macam mana nak buat biodata?

salam...

sabtu ahad ingat nak la menghapdet kat sini. apakan daya busy bawak roomates bersiar-siar tengok Shah Alam. :) lagipun Khamis demam, Jumaat tak pergi kelas. sisa sakit kepala tu ada lagi.

paling best

aku tak de kelas sepanjang dua hari nih. tapi still. takde masa nak mencurah rasa kat sini. lagi-lagi dah ade assignment plus nak study lagi. in fact, there are so many things to work on my English especially my grammar. -.-"
but so far, so good. i do enjoy all the works given. :)


---------------------------------------------------------------


now i was thinking deeply on what a biodata should have. it is for my computer literacy assignment. the lecturer asked for a 5minutes more or less slide-show to introduce yourself. i was looking for a background for power point, nice & suitable fonts.

masa tengah buat ni, tiba2 rasa macam 'eh, pasal susah sangat nak buat biodata ni?'


suddenly flashback zaman kecik2 dulu. kemain lagi kau tulis biodata sebab ada orang nak kenal la, nak jadi kan adik angkat la. segala minuman kesukaan, makanan kegemaran kau letak. siap dengan cita-cita, nama mak bapak, nama boyfriend sekali. kertas dah la guna buku latihan yang ada garis satu tu.

pastu nanti ada pantun pecah kaca pecah gelas la. tambah bedak sikit kat kertas tu then lipat. nanti bila bukak orang nak baca, wangi~ amboi amboi amboi


then why you can't even think of what to put in your biodata now? aku tak nak buat slideshow yang skema stok bedtime stories. tengah pikir2 macam mana nak buat yang simple tapi orang suke and enjoy je tengok. sungguh aku tak pandai nak tanya Mr.G. besides, i'm quite confident that i can't find what am i looking for at him. nampaknye kene tunggu Rabu ni nak pergi browse kat lecturer tengok contoh-contoh presentation. dapat banyak sikit idea. baru la develop kan? sebab aku belum pernah lagi buat slideshow. almaklumla buta IT. -.-"


nasib baik dateline rabu ni di postponed jadi rabu depan. yes! (part kedua paling best. :P)

ade sape sape nak bagi idea? ;)

harapan saya : dapat buat & siapkan within time dengan jayanya! (baca dengan intonasi tegas)

apasal semua dok story pasal LBS nih? aku pun dah tengok la weh!

salam..

amboi~ korang dok heboh gila dengan entry budak setan.sana sini aku pi aku jumpa. aku dah tengok jugak la weh! *batak*
ok. baru je tengok tadi.





aku ade sikit pendapat. maybe pendapat budak pre-deg macam aku ni tak leh pakai pun tapi lantak pi lah. ni yang aku rasa je. ;D


1-aku memang suka tengok bila Farid Kamil & Lisa Surihani bergabung! meletup! tapi sayangnya aku sangat lah tak berminat dengan pelakon 'Ayu baru' tu. merosakkan mood aku & membe2 aku yang lain. memang la aku tak pandai berlakon pun. paling gah aku pernah berlakon pun persembahan extra Hari Guru yang pentas muat 2 bijik Proton Wira je. so tak patut sangat lah aku yang buta seni lakon ni nak kritik lebih2 kan. tapi actress yang ganti Lisa berlakon tak best kot. terus cerita jadi macam Raja Lawak je. cuma bila dia senyum lawa lah. anyway, maybe lama2 dia boleh jadi primadona Malaysia. sape tau ye tak?

2-aku gelak paling kuat lah masa dialog Lisa kate dia pemarah jadi pemaghah. LOL

3-masa Farid nak bawak baby pergi jumpa arwah Ayu tu, kan ada background baby nangis kan?kan? ingat tak? ok. obvious kot baby tu tengah tidur. and then cover letak kat belakang kepala arwah. sebab aku rasa kalau ikut outline novel, baby akan menangis seolah-olah paham ibu dia dah meninggal. malangnya maybe tak dapat nak buat baby tu nangis ataupun diorang da act banyak kali sampai baby tu tak larat nak nangis lagi. (aku tak baca pun novel tu lagi. agak je) ^^

4-cerita biasa tapi Farid Kamil & Lisa Surihani sweet gila doh! ahaha~ ok2. ni bukanblogjiwang
gambar Lisa pun lawa2. mana nak cari ek?


5-suka lagu nih--->




 kalau aku, aku bagi 3bintang. :) membe aku cakap this is not the story supposed to end.


p/s-ada part dua ke filem nih?