Tuesday, November 30, 2010

curi masa sekejap

salam.... :)


eh eh..masa boleh curi kan?
alah...apa tak bolehnya..
curi masa tu macam bila ada seminar ke kan nanti masa dah habis lepas tu kata, masa mencemburui kita lepas tu penceramah kata dengan time keeper saya curi masa sikit je lagi ok.

sekarang saya jadi penceramah.
kelas pukul 2 jadi dengan mata yang pakai contact lens kelabu sebelah sahaja mula juling sebab menaip daam keadaan separuh rabun. jadi hanya boleh curi masa.


aku teruja sebab assignment banyak dan datang serentak. betul!
jalan penyelesaian untuk masalah tak pandai susun masa pula hampir diatasi. woohooo~!
juga permulaan minggu yang baik kerana semalam Dini tolong kemaskan loker, atas meja, dalam meja, rak buku, bawah katil segala. :D terima kasih sayang.


jadi tu je. ngehehe~
nak pegi solat dan masuk kelas. ohh. cepatt!


p/s-lupa nak cakap terima kasih dekat cik Yong kerana tolong mencentrekan header blog ni and hilangkan brand dekat entri title aku. xoxo ^^

Monday, November 29, 2010

pantun dua kerat dalam english. ha. dah macam mana pulak ni

salam...


semester baru dah masuk minggu kedua. yeay! dah dapat banyak assignment. yeay! dah ada sikit sikit kawan baru. yeay! dah pakai contact lens. yeay!

dah dah. cukup dengan elemen gedik serba serbi.
kita nak cakap pasal course yang baru untuk semester baru yang serba baru serba serbi ini.

kita ada language and drama. yeay! kita ada literature. yeay! kita ada basic principle of education. yeay! ha..kan dah teruja belajar cara projet suara. kan dah eksaited Shakespeare wannabe. kan dah gigih teacher-to-be. ;)


sebab kelas drama kita baru sekali je masuk intro dah ada homework tau. siapa James Franco? hot sangat ke beliau? lalu guna kaedah semasa yang lebih up-to-date selain kaedah soal selidik kajian tempatan tingkatan 3.
Google beri anda jawapan nya.

sebab Miss Sally (lecturer yang bertanggungjawab untuk kelas drama) kata beliau hot and was like, "what on earth! you don't know James Franco? are you serious? come on" tu yang macam "eh tak boleh jadi ni. mana aku boleh tak kenal hot guys on earth kan" so bila Google nak letak jugak yang shirtless sebab konon baru hot gitu. *kira berapa pax yang dia ada*


however he's not into my type. i prefer Taylor Lautner than him. ok korang kalau tak kenal Lautner memang boleh kata macam "apa dah jadi dengan dunia! kau tak kenal Taylor Lautner? korang biar betul? *translate setakat disitu*" Google lah dan anda akan bertemu antara makhluk Tuhan paling seksi. awww~ :p



dah dah. jangan nak hiperbola sangat. well, kelas prinsip mengajar kita belum masuk lagi. jadi kita masuk kelas literature. ohhh~ semalam kita terlambat tau wak. kita pergi JJ Bukit Tinggi tapi terperangkap dalam kesesakan jejantas. bila nak masuk kelas, "sorry miss i'm late."
thank God dia tak tanya kenapa. kalau tidak mesti tambah dosa nak kena bohong sikit sikit.

at the end of the class kena buat pantun tau. its not a pantun actually. dia nak dua line benda yang korang suka makan/minum tapi bunyi sama kat hujung. lebih kurang pantun dua kerat lah.

so bila masuk bab makan, perut terus bunyi *tak lunch lagi and dah pukul 2.30*.
memang silap lah. otak tak dapat berfungsi dengan bijak bestari macam lepas minum susu kultur Vitagen ke hapa.
kita pun pikir punya pikir punya pikir. dah nampak marsmellow. lepas tu keluar cookies. nampak pulak coklat *perut berbunyi*

maka dengan itu terhasil lah pantun-english-crap-ever-in-the-world berbunyi :

when I was angry,
I eat Ruski happily.

loser wehhh~! orang lain semua sedap sedap. ada yang kelakar macam :

I like to eat fruit,
because it make me cute.


*tutup muka dengan planner UiTM*


p/s- sapa tak tau Ruski guna kaedah up-to-date diatas ye. kalau guna kaedah zaman batu memang kau lagi loser walaupun kau maybe pandai buat pantun English bunga bunga.

entri selepas kehilangan

salam....


selamat pagi... :)
wah wah...seronoknya takde kelas hari ni...
lagi seronok bila pulun nak ganti nanti... terima kasih lecturers :')


lama jugak tak hapdet sini kan.
biasalah...kita budak U kena pandai manage masa...nanti kan blog kemana assignment ke mana...
pastu dapat pointer rendah baru lah nak "alaoo~ kalau dulu tak blog-ing slalu sangat mesti boleh dapat pointer lebih lagi"
ha kan dah salahkan blog. ok. tak patut.



actually. weekend lepas busy dengan benda alah ni.



aku volunteer untuk tolong committee members. unfortunately petang tu demam.
aku syak sebab aku kurang tidur and cuaca yang kejap panas kejap duduk bilik air-cond jadi time keeper lepas tuh pegi basahkan ketiak balik jadi mak cik guard kat luar pintu. ha macam tulah lebih kurang.


participants memang hebat hebat.
and of course most of them did well.
sayang aku tak dapat attend the final round sebab kepala rasa macam nak pecah.

nanti kalau ada video aku tepek kat blog ni oke. ;)

post pagi pagi memang bosan lah kan sebab minda baru nak bekerja setelah hibernate 8jam. :D sense of humour pun macam kurang zat. apalagi. jom dapatkan nasi lemak sambal sotong dulu!

Friday, November 26, 2010

laman sosial masa kini

salam.... :)

dah macam macam social network sekarang ni. macam facebook, thumblr dan segala macam. *perlulah kan nak cakap macam tu banyak kali*


okelah. takyah nak buat intro macam karangan.
pendekkan cerita, saya dah mula bergiat dengan twitter dan formspring! mengada kan. orang ada dia pun nak ada. alah. remaja kan cuba benda benda baru. dah tua bangka nanti jangan lah harap nak dok hadap komputer ni. (kena hadap kerenah remaja lain *teacher-to-be-much* )



twitter anda? nak bertanya sebab takut sesat jalan jadi bagi formspring. ;)

Wednesday, November 24, 2010

porn

salam...

baru first week dah dapat macam macam assignments. should i say i am excited?
especially looking for articles.
sebab bila google2 untuk article dapat tau benda baru dari ladang
and guess what?
we're (teammates) doing a 10% assignment on the most interesting topic, PORN ADDICTION.
like tak?aha!

hello this is not a dirt blog oke.
i was just updating my recent assignment. and this is the topic that we chose. interesting gila kauu~ *bak kata si Faliq ngok ngek tuh*

so sekarang nak cari macam-macam article pasal tajuk ni. ada sapa nak tolong? :D *grin*

p/s-actually tajuk ni tak tau lagi akan approve ke tak. haha.

permulaan yang payah

assalamualaikum. . .

cuaca petang mendung. suram. terima kasih memahami. :')

tahu tak betapa susah hati aku ke hulu ke hilir tak nampak kau hari ni?
tahu tak kau rasa macam ada benda yang tak kena hari ni?
tahu tak aku rasa awkward gila takde kau?

i hope we can get used to it. though i don't want you to stop missing me ;)



Truly great friends are hard to find, difficult to leave, and impossible to forget.




you're truly great friends. (even though ko sememeh)



Tuesday, November 23, 2010

antara markah,suami,pertuduhan dan Natrah manakah pilihan hati?

salam....

selepas entri hati mata dan jiwa tengah hari lepas, aku sibuk memikirkan manakah yang hendak didahulukan.

markah?
aku dah bagi nama untuk volunteer prompt team public speaking.
-pagi-

suami?
KHJ oppa~ ommo ommo
dia nak datang Malaysia weh! MALAYSIA! demm~ dah janji dengan kawan before bagi nama tu.
nak tunggu datang lagi bila lah pulak. T.T

mana pilihan yang tepat?


oh ada lagi satu permasaalahan

ada pertuduhan dikenakan ke atas patik akan tetapi hari yang sama, masa yang sama telah bayar tiket teater Natrah. demm~ Mawar punya strict dah lah #%$^$&$^#
jadi apa solution?


*upside down*

Monday, November 22, 2010

sebab sebab anda patut merindui seseorang/berorang-orang

salam....

ya. saya dah kurang hapdet sini. adalah seperti kelaziman kerana saya sudah masuk ke UiTM di hatiku..usaha...taqwa...muliaa~ *soprano*
oke. selesai entri berbasi basi dengan kata ganti nama saya.


hari Sabtu daftar Kolej Mawar. plan dengan rumet lama nak sebilik lagi kerana keselesaan bersama yang ibarat air aur dan tebing sem yang lepas.
mereka lantas menerima dengan hat terbuka. terima kasih :')


malangnya, panas tidaklah pula sampai ke petang. subuh subuh lagi hujan dah lebat. -.-"
mana kan tidak.
kaunter lain maka bilik lain maka tak dapat bergonjeng bersama akibat ketinggian paras air bilik masing masing. mereka di level 4 dan saya di level 3. terima kasih :') banyak banyak



kesedihan tidak lah pula berhenti setakat disitu akibat perjuangan yang mesti di teruskan. Iz dan Ain terpaksa sebilik dengan malaun malaun weirdo. sungguh kasihan melihat muka Iz merengek rengek nak sebilik bersama kerana hakikat seperti hempedu sebilik dengan malaun sebegitu. dua hari bersama sudah kelihatan angin kencang bagaimana pula nak dijangka dengan 4 bulan mendatang? terima kasih :') 




cukuplah dengan perenggan rhymes dia atas.

*switch kepala asal*

ha. aku nak cakap lebih lebih memang malas lah. kesian memang kesian tapi nak buat macam mana. suruh cakap sendiri masing masing tak lalu. mau tak nak masuk bilik pun dorang rasa sayu. sayu oke sayu. dan dah jangka yang dorang kan explode or emotional bila nak cakap direct. sesal seribu pendapatan. . . .


aku paham.
aku rindu jugak zaman jahiliah musim orientasi kita.
bukan tu je.
aku rindu gila kott zaman kegemilangan huha huha kita.

mana nak dapat weh roommate yang sabar gila kejot pagi pagi. bukan pagi je pun. petang malam tengah hari semua. *tidur seketika tapi bila nak kejut stok mintak kaki*


mana nak dapat roommate yang share gosip sesama bila aku balik nak cerita apa apa korang dok gelak gelak and senyum lebar sekali. lepas tu gossip pulak lecturer tak pun classmate yang bookworm lah cakap berhabuk British lah yang fashion disaster lah budak Topman segala. seronok kott.


mana nak dapat roommate yang sweet gila siap wish aku MUET, birthday, *oke birthday ni aku paham sebab aku dah warning jangan lupa kan* tapi still korang wish sweet macam kapel. ahaks. lepas tu wish raya haji, raya puasa, wish sebelum test untuk 2nd time dengan JPJ. terharu gila doh aku. sumpah.


mana nak cari roommate yang paham perangai and boleh in dalam masa seminggu. sebab Ain selalu jadi anak tiri bilik kita, dah siap warning awal2, "Fad, kau dapat roommate baru ni jaga sikit mulot kau tuh. mulot kau kan macam haram. tunggu dah lama lama nanti baru tunjuk yang true." Ain memang memahami mulot aku yang takde tapis lalu ingatkan aku awal awal sebab taknak roommate baru boikot hantar katil aku luar bilik. *rough joke kadang kadang membuat hati beliau tersirok*




so apa lah pulakk sebab aku takkan rindu zaman kegimilangan kita?
kerana alarm, gosip, kemanisan dan mulut lah buat aku ingat korang, rindu korang.


p/s-aku paling terharu bila Ain nak bagi cello-tape kat Iz tapi terpanggil Fad. and then baru teringat aku bukan dalam bilik tu. *tunduk muka merah*

terima kasih :')

salam rindu,
Fad kekasihmu awal dan akhir. cheit! :D

Sunday, November 21, 2010

second award ;)

salam...

pagi pagi ni lapa betul. makan biskut pun rasa macam habuk je masuk. heh!

sebab nak lupakan perot yang berkeroncong ni, maka terhasilnya entri award yang dah basi.

baik cik Mie, saya kutip ni award saya ye.




eh ada soklan eh?

nak nickname awak?
tong naga boleh?

ucapan buat awak?
terima kasih lah banyak banyak tambahkan award saya. terharu nihh..terima kasih buat sokongan *awkward tibe2*

artis/band digemari?
banyak ooh~
kau tau lah Siti Nurhaliza on the top
Paramore
Kim Hyun Joong
Orianthi
Park Shin Hye
Faizal Tahit

ha. kan dah tak kenal Faizal Tahit. hehe. :p

sekarang kita tag pulak.

Yong

mimi

alah. tak cukup lagi 8. nanti update lah. nak kena mandi dulu. eh eh. dah pukul 9. ;)

versi kontot

salam....

selamat pagi semua.

selamat berusaha calon SPM.

selamat berkenalan kawan kawan baru.

selamat jumpa balik kawan kawan lama.

selamat bergenmbira.


lama tak hapdet sini rasa loser tak pandai bagi masa. -.-"
banyak benda nak letak kat sini tapi sebab sebab tertentu seperti kebusyan melanda, kekurangan idea dan ketidakstabilan emosi. *propa*


jadi

bagaimana dengan entri raya haji?
itu nanti

bagaimana dengan entry busy nak masuk sekolah baru?
ini nanti

bagaimana dengan semua yang baru?
ini saya tak sampai hati. jadi nanti


semua kena nanti sebab aku dah bosan dengan entri yang wordy takde pic. tak meransang minda ya anak anak.

ok. nak breakfast. ^^
cau cincau

Thursday, November 18, 2010

setelah sekian lama

salam....

setelah sekian lama
MOCHUB bergabung meletop pom pom pom tadi
tapi itu nanti
entri kena ada gambar baru lah pom pom pom sangat ;)


setelah sekian lama
gengblogger dah sehat balik
berapa agaknya das ubat yang cucuk kat dia?
:)



setelah sekian lama
aku melawat cik Qi kesayangan
lalu terperasan ini dan rasa terharu kerana masih mengingati saya yang siapalah saya tanpa anda ini T.T

eh eh dia bilang nama saya dalam blog dia lah
:)


setelah sekian lama
bercuti
tibalah masanya untuk gigih kembali
kali ini sudah nekad
mesti menjadi
insyaallah :)


tapi yang paling saya risaukan
harus bagaimanakah jika benar kamu bukan untukku?
eh. anda dah silap masuk.
ini belog tak jiwang tahu?

maksud aku
betolke woih roommate untuk Mawar nanti diorang tentukan?
habis lah weh habislah
*ke hulu hilir bilik terus google jam loceng paling bagus dekat online shop*


ciri-ciri yang ingin dimiliki
rare
baling anjing mati
hentak 30kali pun bunyi lagi
alarm kuat
boleh snooze
boleh snooze
boleh snooze
boleh gantung kat leher

sekarang bilang ada ke tidak??
jangan bilang tidak

p/s-eh eh awak perasan tak kita dah pandai nak buat screenshot capture? :p *malu*
teima kasih awak ;)


terima kasih jugak sebab suka saya dan blog cikai nih. :')

Wednesday, November 17, 2010

campur aduk

salam dinihari Z.Z

waah
dah dinihari masih lagi disini
kemudian hari kau bagai naga kekenyangan dikejot bagai nak rak buat sakit hati orang.
bukan naga yang macam dalam fairytales kena jaga omeh ke hapo. ni naga belo jadi hiase kek topi istano yo. *wonderpet kami tak besar kami tak kuat*


liat nampaknya sang mata
lalu jadi stalker terhebat
perot walaupun mengalahkan konsert Paramore
dihiraukan


kenapa agaknya

ha ni yang tak suka ni
bila dinihari cuaca dingin gini layan jiwa jiwa bunga bunga cinta
apalah

bukan itu.
bila tak boleh tido
aku nak kene ada orang bobok


tadi ada ex-junior dorm-mate add kt fb, terus serang mengadu rindu bobok.
buat malu je
dulu act gila cool depan junior 
eleh. takdenye nak rindu korang.
ha kan sekarang dah kena
cakap takbur lagi. aiyoook


bila dah besar dah masuk kolej belajar UiTM dok sebilik dengan 3 gadis baik hati rasa lebih terbeban lagi
bila ada satu malam pusing kiri tak kena kanan tak juga meniarap memang tak lah wehh
pandang mereka mereka yang sedang menonton "nodame kantabile"

"korang...aku tak boleh tidur..ada tak sesapa sudi bobok kan aku?" *monolog dalaman semata*

aku jadi amat pemalu ketika itu
kerana mereka mereka itu asyik dengan quote
"Fad ni bole tidur kat mana-mana, makan apa saje" -.-" *serta reaksi*
lalu segan nak mintak bobok segala sebab mereka dah cukup sabar bangunkan saya setiap pagi dan saya tak pernah lewat untuk ke kuliah. (ada lewat tu tapi salah sendiri)


bagaimana agaknya sem depan tanpa kalian sebilik? :/


dinihari ini juga saya menjumpai macam macam serta berkerut kerut dahi memikio carenye nak atasi masalah negara yang sedang melanda. macamlah aku orang kuat puteri UMNO


selain masalah, dalam ngilu ngilu hati yang aku rasa, still ada something yang buat aku terharu dan berdoa untuk kebaikan, kebahagiaan kalian. :') terima kasih walaupun hanya untuk satu bab dalam 18 tahun hidup aku. yang ado! :D


eh demm~ apa aku merepek seyh
takpelah
mari lah rehatkan minda
muka dah berkedut dengan mata panda. tak sesuaiiii~

p/s-bobok tu tau kan apa dia? alah..yang biasa ibu ibu buat untuk bebi kecik nak bagi dia tido. lagi best bila ada nyanyi nyanyi lagu sepohon kayu sikit, selawat sikit. bebi besar kalau mintak memang dapat pakej pelempang sekali. (tapi sebab masa tu aku senior, aku paksa sambil merayu-rayu sikit)

lenaaa Z.Z


*aku tak tau berapa banyak benda yang aku taip untuk entri ni aku dah pernah taip kat entri entri lepas jadi harap maaf kerana ke"annoying"an sahaye" ;)

Tuesday, November 16, 2010

apa ada dengan Pizza Hut’s Extreme Cheesy 6 Pizza?

assalamualaikum :)

saya memang seorang yang slim walaupun makan macam-macam. saya tak perlu risau untuk minum susu full cream hari-hari instead of choosing low fat one. itulah yang membuatkan saya bahagia.
jadi saya tak kesah nak menterdarah 6 keju sekaligus. *buas*


eh eh..6 keju? ha apa lagi? serang!!!!!!
serang mana? Pizza Hut lah weh. mana lagi.
terus nak dine-in.

kenalkan, penyerang-penyerang yang bersama saya.


 penyerang tambahan juga dikenali sebagai bank bergerak. penggila cheese..


 penyerang dari bawah juga menggilai cheese. 


  top striker selaku kapten. *ayam tambatan gila keju*


 penyerang tambahan ii. handal juga. ;)


 ralit dengan soup cendawan sambil dok tunggu mangsa serangan.


 dah sampai. :D *big grin*


eh, macam kenal je waitress ni?

 "cepat kak. saya dah tak sabar ni!"


 eh. kamera. peace. masuk website Nuffnang tak ni dik?
oh! say CHEEEESEE~



 sambung kerja. tekun.



 secebis buat saya. testing testing one two three dulu.




 masa untuk saya menterdarah pulak. :)



6 keju sekaligus. dah percaya kan???



saya paham. video ini agak kebangangan. saya kelam kabut sebab dah tak tahan nak makan pizza tu ekoran puasa sedari pagi. :')
sampai tersasul-sasul nak sebut cheddar, mozzarella, romano, provolone, parmesan, montrey jack. *blush*

memang pizza ni sedap sebab keju dia banyak. tenggelam pepperoni tu.  kalau tak biasa makan boleh mual. tapi sebab aku memang suka makan keju, tak lah rasa sangat. dapat pulak dengan tag team ice lemon tea, memang masyuk. (bila makan benda mual kena selangkan dengan benda masam baru rasa dia bertambah heaven je ^^ *food expert much*)



balik dengan perut kenyang hati girang. ^^ (aih berap kali mau ulang da)

 tengok. dah habis 3 keping masih slim river. ha jeles tak? :p


kuat bersama keju. serangan tamat. mangsa kalah di tangan saya *wink*

sebab “I’m crazy about Cheeeeeeeeeeeeeeeeeese!”


p/s: terima kasih abang waiter sebab kasi pinjam apron cute gila tuh. sampai orang lain pandang-pandang pun buat muka hati kering *malu*
hadiah lumayan menanti anda.

sebelum terlupa. kegilaan tidak berhenti setakat disitu.

kegilaan keju.

Sunday, November 14, 2010

siapa hati kering?

salam...

seorang kawan hati busuk telah mencadangkan saya ke belog ini..
dia busuk hati tau saya suka benda benda comel tapi suruh saya pergi belog yang extra-kawaii tu. tak patut tak patut!!

kalau anda dah cukup umur atau baru cukup umur macam saya, pergilah jengah.
kalau suka boleh follow.

belog tu sesuai untuk orang yang hati kering terutamanya. hati aku tak berapa nak moist nye jadi pergi sekali saje.

nak terang lebih lebih tak seprais lah nanti.

Saturday, November 13, 2010

cerita facebook di zaman dahulu kala

salam...

puas check email dah 10k lebih. *akibat tak disable fb notification demm*

sambil delete2 tu usha usha semua email..

and these make me rolling on the floor














ha. bolehh? LOL
sila kelik poto untuk tumbesaran yang lebih sihat. ;)


agak agak bosan nak cari port ketawa boleh lepak sini.

p/s-agak agak lepas ni ada legbook/earbook tak?

arranged marriage

salam...


so, i'm done with MUET. THANK GOD.

tajuk writing tadi pasal arranged marriage.

http://www.emocutez.com
(?)


terus flashback. . .

aku pernah mintak ibu je pilih calon suami nanti.

"kenapa?"

hurm sebab aku dapat rasa bila besar nanti aku busy dengan kerja so takde masa lah pulak nak carik suami. chewah!
idokle gitu
aku cuma rasa love after married would be sweeter and charming relationship. ahaks!
then tetiba cakap kat ibu, "ibu jelah yang pilih nanti."

orang tua kan lagipun ada sense of angel and devil bila dia scan muka orang. haha. orang makan banyak garam lah katekan.
tu jelah yang buat aku terpikir pasal arranged marriage nih. tapi macam mana aku nak discuss benda ni dalam writing MUET. ha itu kita pikir sampai 15 minit kemudian mulakan introduction

What comes across your mind when marriage is mentioned? the quote in most of fairy tales, 'happily ever after'? or the dialogue 'Who is Kassim Selamat? Lawyer? Doctor? Magistrate?"



lepas tu writer's block.


http://www.emocutez.com


tinggal 15 minit. . . .

homaigod homaigod ada 4 paragraph lagi in each question.
bermula lah iklan 'write faster with Stabilo Exam Grade' segala.

http://www.emocutez.com
and i'm done

pheww~
lepas ni tawakal je lah. dah buat yang terbaik. :')


topik interesting yang aku tak pernah terpikir nak masuk exam cengini. tapi kerana kekurangan kematangan budak yang baru mencecah 18 tahun ni, maka essay pun jelas menunjukkan imej writer sebenar. T.T



p/s-lepas ni pikir lagi kenapa nak arranged marriage yang parents/elders decide who is your husband/wife.

Thursday, November 11, 2010

i wanna be an eraser too

 salam..

my auntie forward this email to me. i think this is suitable for the upcoming Hari Raya Aidiladha. 



Pencil: I'm sorry.... 


Eraser: For what? You didn't do anything wrong. 


Pencil: I'm sorry cos you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time. 


Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :) 



p/s : erti pengorbanan. :') 

Wednesday, November 10, 2010

keterujaan itu baik untuk muka.

assalamualaikum... ;)

belum apa apa dah wink. gataii~
ok. lihat tajuk.
baik kah?

ya. baik untuk saya.
bila saya teruja saya senyum. bila selalu senyum hati senang, orang lain pun senang. bila orang lain senang hati, air muka rapi. wth?

bukan apa. selain MUET, aku kene berhadapan dengan macam macam dugaan cabaran bilamana penggal kedua hampir tiba maka.

*eh. buku buku semua mana letak?

*pencil box? ha mana pencil box rabbit kaler pink tu?

*nak pakai apa first day nanti?

*baju lain macam mana? elok lagi ke? ke kena shopping? (haa~ shopping ni kita tak boleh blahh)

*mana baldi semua, berus kaki badan semua?

*hanger purple yang samaa je kaler tuh mana??

*class apa da next sem?

*weh! sapa doh? anak sapa nih weh? (react bila nampak ni---->

dah sudah...Qi dah tak sekelas..tak dapat nak usha together-gether baby baru dia. belum sempat buat majlis cukur jambul lagi. Acer ada jambul kan Qi?


lepas tu terus highlight classmate penggal satu. ok. yang ni kita lek lek luh sebab mereka paham sikit sikit aku punya pe'el nih. balen lagi 18 orang tu macam mana lah pulak aku nak kawan? aku dah lah pemalu, tak pandai cakap, tak banyak cakap, pendiam. <---nyata


weh weh! mari beramah mesra dan bergonjeng disini supaya next sem tak rasa awkward kita berkelas. *tepek kat wall fb mana mana classmate-to-be* <---maya (ada pantun 2 kerat lah! combine eng-lay lagi)


jadi bagaimana agaknya bila nyata dan maya bergabung? haa~ itu kita tak boleh predict suka suka. kena ada variables, problem statement, methodology, conclusion, result.. (apesal aku rasa step buat lab report ni terbalik?abaikan)


tapi suka tak suka kita kena bergabung meletop! opocot!
sebab kita ada subject baru yang memerlukan kimia "u jump i jump"
: DRAMA~!!!! woohooo~  i'm sooo excited. kalau boleh saya taknak watak sepohon kayu daunnya rimbun lebat buahnya serta bunganya lalala~



kan kan kann? dapat rasa tak keterujaan saya? ok ok bayangkan muka dengan mulut bulat pejam mata jerit woohoooo~ lompat lompat riang ria golek golek, kalau anda gembira hentak kaki kalau anda gembira beginilah caranya kalau anda gembira hentak kaki~!


p/s: blog ini diketahui umum melalui Izzat. kerana Izzat tidak dijodohkan bersama, penggal kedua bagaimanakah? haruskah dibiarkan pisang membuah dua kali?

crossing your finger aren't enough

salam...


do preview this.

so, i was thinking of what should i prepare for the upcoming MUET.
i started GOOGLE-ing on some keywords that might be helpful. and i found this blog.


since i'm not that good in Listening part (so do in my daily conversations i guess. it was like ha? apa? apa dia? wtf)
i read this comment and would like to paste it here so that i don't need to look for the same thing next time.
(eh, she don't know how to bookmark page ah? demm~)

posted by ananymous :
Hi, here are some sharing and tips for MUET's listening component.

When you get the questions, take time to analyse each question. For example, check what kind of answer you are to give. When you understand the questions well enough, you can actually predict the answers. Your answers can be in the forms of numbers, places, things, actions, adjectives, reasons, etc. Take this question from MUET 2009 year- end listening paper as an instance. " By asking customer if it is a suitable time to talk when phoning them, we are respecting their______________ "(answer in NOT MORE THAN FIVE WORDS), we can predict the answers to be privacy/ time, etc. The suggested answer given is 'personal space and time' (4 words).

Why are you advised to analyse the questions and do prediction?
This aids you to listen to what you need to listen to and not wasting time listening to unnecessary information. Don't forget to stick to the word limit when attempting the short- answer questions.

The next technique you can acquire is by highlighting the words which you think might be mentioned in the recording. The words highlighted may be repeated a number of times. This is your clue where you can locate your answer.

However, listen attentively. There are times whereby the words/ phrases you have highlighted are not mentioned exactly the same way they are written in the questions. For example, 'cannot remember' may be mentioned as 'forget' in the recording. The sentences are paraphrased but don't worry, the meanings retained. Don't let this dampens your mood. With lots of practices, you will eventually get used to it.

got it?

summary, analyze-understand-listen attentively-practiceS. (keadaan huruf kebesaran tibatiba adalah untuk memastikan anda dalam kedaan sepenuh sedar yang S itu plural lalu BANYAK. dah pegi practiceS)

Tuesday, November 9, 2010

kisah katil

salam...

bila dah lama tak update, cerita 2 hari dah tak ingat dah. bukan sebab effect makan semut masak lemak berlado ke hapa tapi memang sedari azali aku tak pandai ingat jalan, nama orang dan peristiwa past tense lalu ini faedah berblog untuk siman semua memori tu nanti bila nak ingat balik, bukak ha mentelaah lah kau macam baca cerita Twilight sampai Breaking Down. yang beda, aku tak putih macam Bella and takde serigala yang nak kat aku. buaya kat Malaysia banyak lah pulak. *tiba tiba*



cerita ni lebih 6 hari dah. eh ingatan telah pulih kerana tanam banyak omega vitamin segala dalam badan.
salah. kerana sakitnya baru hilang. ya. benda yang buat kita sakit lebih lama kita ingat daripada benda manis sebab tu ada pepatah kata,
"bila kau benci sorang tu, at least ingatlah satu benda paling baik yang dia pernah buat untuk kau."
sebab bila dah benci, benda baik satu hapa pun kau tak ingat. kann?


satu malam saya tidur tenang tiba tiba "i need to answer nature call"
lalu nak turun katil 2 tingkat.
entah macam mana turun tak turun langsung jatuh terjelopok


adeh~ sakitnya~ kaki aku langsung kebas.

tangan kanan dah tak boleh gerak. aku tak ingat punca apa  tapi aku syak aku cuba capai tiang katil tapi tak sampai dan terketuk tergesel lagi ada.



ok. mari jadi cacing tanah.
maka terengsot engsot ke bilik air..
dah lah gelap gulita..
aiseyhh~ lantas guna  deria rasa yang ketiga, gerak hati.
ok dah sampai.


sekali tengok tangan sudah luka luka terkopek-kopek kulitku.
nooo~ dah macam kulit buaya~! -.-"


sakit dohh~
sabar je lah aku.

mulai hari demikian, turun-tangga-bila-mamai-raba-dengan-kaki-dulu-dah-sampai-lantai-ke-belum-baru-lepas-tangan-noktah

p/s-ingat cerita berus gigi

Monday, November 8, 2010

shopping dan video cinta

salam....

amboii~ kemain kau...dah bergaji tak sedar diri...
dapat pulak bila pergi area Sg. Wang dengan Bukir Bintang.. duit pun keluar macam air sungai...
seronok sangat ye? perangaiiii~

dah dah. membebel sensorang macam orang gila.
sepatutnya nak pergi Mid Valley jumpa PC Fair.
sekali masa kat kaunter KTM. . . .

"bang, saya nak topup T&G saya lah."

"sini takde lah dik. kalau nak KL Sentral je yang ada."

padahal dah tau saja nak tanya lebih lebih sebab abang tu macam Syahir AF.

"adik beli tiket terus lah."

"erm...saya tak tau lagi nak pergi mana." (memang nampak macam loser muka aku yang polos dan jawab dengan naif serupa macam mintak dia temankan. bangang.)

"? kalau macam tu adik pikir dulu. tapi jangan pergi Mid Valley. sesak."

"KL Sentral lah kalau gitu. terima kasih."

lalu sampai lah di KL Sentral dah menuju Monorail dan here i am, Sg. Wang Plaza. ok. sardin. seronoknyeee~ raya Deepavali tak habis lagi kan. biasalah.

lalu berbelanja dan berbelanja sehingga tak perasan. . . .

"eh. kenapa duit Dila tinggal sikit eh?" &<---tanya member yang temankan. (watak beliau tidak dikenalkan terlebih dahulu kerana hero akan muncul saat terakhir seperti biasa. *drama much*)

"tulah. main beli je. dah tak payah beli apa2 lagi."

jalan tak sampai 5 minit jumpa beg.

"beg lagi?"

ok letak balik. Fad sabar Fad.

pedoman-buat-big-spender:
keluar jangan bawak duit gaji semua. tinggalkan kad kredit. bawak kawan yang boleh consult macam pegawai kemeterian kewangan, bukan yang cocok kau, "weh lawanya." . . . "yang ni sweet lah." . . . "kalau pakai yang ini dengan yang itu lagi cun doh." . . .
paham?

bergerak kepada video cinta.

saya tunggu kawan saya upload video cinta saya. sekarang dah pandaii dah amboii perangaiii


nanti baru letak sini. ;)

Wednesday, November 3, 2010

kawan tu bila susah sama sama sekali bukan bila kau ajak makan kepsi je dia laju!

salam....

ye...terima kasih semua...
yang menyedapkan hati saya...

"ok lah tu. still 3 pointer.. next sem ada lagi."

"congrats! takpe. pointer tu ok lah.. next sem kita dekan sama-sama ye."

:')

hati saya dah sedap.
terima kasih daun keladi.


dalam saya berhepi hepi setelah relieved menerima result sem 1 seadanya, saya tak tau ada kawan saya sedang berhadapan dengan seribu satu gelodak rasa.

dia kawan paling setia di dunia maya ni.
dia kawan paling supportive di blog cabuk ni.
dia kawan yang tak berhenti-henti nak kacau ruang chat fb aku.


tapi bila kau susah tak nak kau buzz aku kan.
camnilah kawan.
ok. tau.
memang kita tak pernah jumpa.
tapi kau tau tak.
kesemakkan kau di blog aku memang diperlukan.
dari dulu follow aku tak benti benti.
cakap, "walaupun ramai orang suka baca belog cik epal, tapi aku tak tau kenapa aku lagi suka baca belog kau ni."




kau tau tak berapa follower dia kalau nak dibandingkan dengan aku?
boleh kau cakap gitu.
habis kau ingat aku tak terharu lah? even aku cakap, "eleh. kipas je lebih kau ni."
dalam hati, kembang kuncup kau tau. kalau tengok depan2 pipi aku memang merah kalah cik epal tu.




jadi lepas ni bila kau ada apa-apa nak share, sila semak di chat fb aku.
sila buzz di ym aku.
kalau aku tak balas ke hapa, sila tinggalkan meseg anda selepas bunyi 'tooot'.
terima kasih.




apa apa pun aku doa kau baik baik je. kat mana kau ada, apa pun kau buat.




eh budak BESAR!

:)



p/s-tajuk entri paling panjaaaaang aku pernah buat. nak jugak kepsi adalah elemen personifikasi kepada kawan.

second day

salam....

kita usaha baru kita tawakal. kan?
jadi kita usahalah. kemudian tawakal.
ok. paham. tak perlu repeat benda sama dua kali.

eh. lek luuuh~ ni sekadar practice untuk listening part MUET nanti.
dia akan play sound clip for 2 times. then kau jawab lah isi tempat kosong tak lebih 3 ketul perkataan.
eh apa mencarut nak elaborate Listening test plak nih. haram jadah.


i just want to remind myself that i need to study for my next MUET paper on 13th Nov soon. i'm done with speaking. now only Listening, Reading & Writing. Reading carries the highest mark but Listening carries the lowest mark of all.
so dah terbawak bawak dalam belog. kira ok lah lagi daripada terbawak dalam mimpi.


now i'm thinking of doing the right thing in the right time so that i can achieves my target in MUET. ;)

chaiyoook~! XD


p/s-Qi, aku baru baca Twenties Girl. tak sampai setengah lagi. kau teka berapa BANYAK lagi nak habiskan. seronok duduk rumah tambah tepu lemak di tangan kan? kau tepukan peha dengan bahu jugak ye sebab sem 2 nanti bila kena amik masa kecederaan, aku boleh landing dengan selesa. ;D

Tuesday, November 2, 2010

keluaran terbaru

salam....

akhirnya....
dalam kekalutan yang melanda 2 hari ni, result aku tiba tiba keluar petang tadi.
ha, budak asasi yang tak cek lagi, pergi cek result anda sekarang.
macam biasa laman web uitm student portal.
macam biasa orang yang lambat, nak masuk trafik jam. harap bertenang. ;D *grin*



even though aku frust dengan result tapi still bersyukur sebab aku dah buat apa yang patut. cuma kena tambah lebih usaha lagi untuk next sem.
nak tau? 3....*cough* point *cough some more* 17




jadi next sem, saya akan sediakan drill terbaik supaya boleh dapat terbaikk~ chewahh! ^^


memory bites :
teringat cerita 3 idiots.
"jangan belajar untuk exam tapi untuk ilmu yang kau kena guna nanti."

"when your friends got a bad result, u felt worst. but when your friends got better one, you felt even more worst." *sembam muka kat bantal*