Thursday, September 30, 2010

“DiGi iPhone 4 Real”.

iDiGi Postpaid Plans


plan baru?
mestilah sangat mantap kali ni ye. lagi-lagi bila benda free dah makin banyak!

fulamakkk~

memang affordable untuk student macam saya. bila FREE ada ke orang tak suka?
sedangkan tester food yang free kat supermarket tu pun saya suka. nanti lalu-lalang depan promoter banyak kali. dah kenyang, riang hati, sambung shopping balik.

ha. macam tu lah rasa bila dapat benda FREE.



ada 3 plans yang DiGi offer kali ni.  check them out here.

start from RM58-RM158

apa yang saya suka plan kali ni,
  • affordable monthly fee
  • lowest rate after monthly FREE usage. (semua rangkain tau?!)
  • no bill shock after exceeding monthly quota
  • more monthly FREE usage
  • cheaper calls
  • FREE calls, SMS, MMS, to supplementary lines.

dah takde masalah nak hantar sms ke nombor lain. boleh guna free mms, borak-borak sampai 200mins....
sekarang cakap apa yang boleh buat saya tak suka? you can find nothing!



http://www.emocutez.com *deeply in love again*

“DiGi iPhone 4 Play”

umur saya baru 18.
memang lah suka main-main.
lagi suka bila guna handset untuk main.


dapat pulak iPhone4. memang layan.

apps untuk phone ni memang berlambak tapi saya suka ini.





iStudiez Pro 
"The award-winning iStudiez Pro lets you manage every type of school schedule, keep track of all your assignments, and stay on course for the next big exam. And you’ll always make it to class on time with multiple alarms and push notifications that display on your iPhone no matter what app you’re using."

senang lah bila ada apps ni. tak payah susah-susah nak angkut diary tebal setahun tu pergi mana-mana. cool pun cool. gigih pun gigih.


matlamat utama mestilah study. lepas tu  baru boleh tengok-tengok apps untuk leisure time pulak.
pilihan utama...

Guitar Toolkit
http://www.emocutez.com  terbaik!

dengan wujudnya library yang ada lebih 500,000 chords, tuner yang tepat, boleh lah selalu praktis gitar. *definitely 5 stars*

lagi satu yang ni..
Glee Karaoke




karaoke?!! OMG! cool habis ni!
siap boleh dapat komen segala. boleh betulkan pitch jugak. ala-ala personal class gitu. siapa tak suka weh? karaoke jamban dah lah tak best. hehe ;)

mesti nak cuba apps ni!


begitulah dengan kegemaran...banyak lagi yang saya suka tapi paling paling paling suka memang semua itu~!




alangkah indah dunia bila ada iPhone4 ni.


http://www.emocutez.com *menari sakan*


http://www.emocutez.com *lompat teruja*

Wednesday, September 29, 2010

its over

salam...

agak agak tajuk nak cerita pasal apa nih?

banyak yang dah berakhir...banyak sangat...

(haruslah cakap macam orang putus cinta kan?)


padahal. . . . . . . . . .


aku HAPPY gila nih woiii~

even kat fac tadi ada benda paling bangang jadi, kira halal lah bila dah nampak Genting.... *imaginasi tinggi*

but for real. Genting~!!!! here we come!!!!
roommate terbaik ever, Semah & Izyan akan bersama-sama saya membuat liputan secara langsung di Genting Highlands. kami dah berjanji untuk jerit sesama sekuat mungkin atas Spaceshot nanti. ;) wohooo~!!


Semah pulak dapat sponsor apartment bermalam kat sana. wohoo~! its free~ aku amek package RM59 include tiket bas pergi balik & tiket outdoor theme park.





------------------------------------------------------------------

Ain? oh~ dia tak boleh pergi sebab takut dengan lesen yang bapak dia baru renew; senapang gajah. ini bukan cubaan. ini betul betul. -.-" jadi dia tidak dapat berliputan secara langsung bersama kami berhuha huha di sana. sobs sobs. *pengkhianat bilik 1A-00-06*


final exam Sem 1 baru je habis tadi. sangat happy oke. :) at the same time sedih tengok bilik nih. next sem rasa macam kena campak Level 2. tak pun 3. mak oii... barang aku stok pindah rumah. macam mana lah kalau kena angkut turun naik anak anak tangga tu.


berakhirnya sem ni jugak menandakan bermulanya cuti. jadi apa agaknya plan untk cuti kali ni ya? hmm...selain daripada Genting, saya bercadang menghabiskan masa dengan mentelaah untuk MUET dan bekerja dengan gigih untuk pencapaian peribadi yang masih belum dijelasi. :D *grin*


jadi apa tunggu lagi... let bygones be bygones... jom mula hari baru!! tak sabar nak camwhoring dekat Genting..




p/s- Izzat & Am, thank you very very very much you guys! sayang korang! <3



i'm definitely gonna miss this sem a lot! :')

Thursday, September 23, 2010

“DiGi iPhone 4 Me”

hello world~!

oh my Gucci~!


have you heard about this. . . . . . . . . . . .







guess what?! digi-goat-4apples-on 24/9/2010 yaww~!





what does it mean?
it means you have to follow Mr.Nuffnang from 24 Sept till 1 Oct to complete 4 tasks within that time
to win iPhone 4 by Digi.




what else to expect then blog entries?

so here you go.

why I want an iPhone 4?


say what? when I said I want, it means.. i really want to win ONE BADLY.






why?




simple.


it is so hot! with so many features. awesome enough huh?


by the way, mine is just a seasoned Nokia Express Music 5700 red in colour that need a "getah tempe" to make it 'together'. maksudnya kalau tengok saya pick up phone bila ada incoming call, memang boleh buat hidung berdarah. sadis!  http://www.emocutez.com

anyway, its a brand new iPhone 4, what do you expect? much absolutely!  http://www.emocutez.com



I've got nothing much to explain instead i want+won+one!

so, bring it on!


complete daily entries that will be revealed by Mr. Nuffnang from today, 24/9/2010-27/9/2010 and the final date to complete those is 1 Oct 2010!

my true colours has been revealed. dammit.

salam.....



oh no~~!!!!!!

sikit je lagi.....
cuma untuk beberapa hari.....
mengapa harus ini berlaku.....
world is not fair!!!



oke. dah hiperbola. *drama queen much*
mereka dah tahu.



ciss~ izzat kau memang useless gila. haha.

lain kali cakap kuat kuat lagi KUAT aku ada blog yang tak jiwang. terima kasih! -.-"


lagi beberapa hari je lagi final nak habis. kecewa sungguh bila akhirnya blog tak jiwang aku nih dijumpai.. ciss bedebah. dah lah tuh mulut izzat macam mak orang weh. haha.

jaga kau izzat!

anyway, besok hari yang buat aku sangat nervous sebab paper Listening. omg! cuakkabebeh!


3 down, 3 to go. fighting!

pengumuman~! ARTIS POPULAR buat makan free untuk semua~

salam~


aku nak buat pengumuman menggembirakan semua penggemar makanan!


ada orang kan...

dia kan...



buat kan....



jamuan makan free~!! hehe....


nehi nehi nehi...bukan open house! hanya jamuan makan! JAMUAN.




sekarang.....


http://www.emocutez.com
*berpusing 360*



jemput datang ke rumah ye kawan2...


venue : jalan kapar, Klang
tarikh : 25/09/2010
masa : 2pm-9pm



amboiii~ lamanya...oh lupa! sementara stok masih ada. tapi aku syak tak la ramai sampai nak runtuh rumah aku nih... dan agak sedih MOCHUB takde kerana komitmen yang tak dapat di elakkan.

http://www.emocutez.com



harap maaf telah punah harapan kalian dengan tajuk entri yang macam haram tuh. :D


sebagai ganti




Qi, kau takde FB kan, so aku tag kau kat sini sebab aku kesian kat kau tak dapat nak save jemputan aku yang comel lote cek mek mole macam kau cakap. ;)

Sunday, September 19, 2010

tengok budak ini

salam....


haissh~ minggu final dah mula.. apa lagi? memang belajar lah keje.

ohhh~
belog masih tidak lupa ye. sepertimana aku tak lupa untuk makan setiap waktu. harap maklum..

aku lemah tanpa kamu
ku ingin mu dampingiku
aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu

alololo~ sweetnyer~ macam pernah dengar kan? haruslah... ;) tettt~ ini blog tak jiwang ye. sila blah kalau rasa-rasa aku nak tulis pasal cinta or letak gambar dengan pakwe segala. tetttttt *kali ni kuat&panjang* boyfriend boyfriend adalah sangat sensetip untuk saya ye kengkawan. hehe.

berbalik pada final. hari ni dah lepas satu paper = college reading 1. masalahnye, tiga jam aku duduk kat hall tadi lagi seksa dari amik SPM kau tahu? bapak lenguh bontot aku. tak senang duduk dibuatnye. lagi pun beberapa ujian "kenali diri anda" yang aku dah buat menunjukkan aku seorang yang verbal which means, orang yang penuh dengan gestures bila cakap, tangan siap buat macam macam isyarat atau kaki siap hentak hentak bila cakap dengan telefon konon orang yang telefon tuh nampak, bila nak panduan jalan kene ada orang tunjuk dengan tangan belok kiri belok kanan etc etc. kau paham tak? agak agak mengong dengan penerangan macam bangang aku ni, pergi sendiri try soklan soklan kenali diri. macam biasa guna search engine. tak kuasa aku search benda benda gitu sementelah nak kene mentelaah sebentar lagi. kerjasama dan sokongan amat dihargai. ;) *peace yaawww*


pendek kata, aku tak boleh duduk statik dalam masa yang lama tanpa buat bising ataupun bergerak. eh. tak tak. pendek kata, aku tak boleh dok diam. agak agak tak paham jugak, pergi dekat butang 'x' kaler merah belah atas kanan sekali. blog ni tak sesuai untuk orang lampi. ngeh~


on the way nak siapkan paper tu, aku menguap entah berapa kali sampai naik sakit jaw aku. langsung amek masa kecederaan 30 minit. bila bangun, guna mode mamai nak jawab periksa, sangat pening kepala. ye, sangat. dehydrated kau. lain kali jangan tidur pukul 2.30 pagi kerana buat assignment malam final exam ye kawan kawan. tak bagus untuk kesihatan badan. kulit terutamanya.

so, aku siap jawab tadi 10 minit sebelum habis masa. rules dah tetapkan 30 minit terakhir kau tak boleh keluar. secara tiba tiba perut bergelodak menandakan nyawa dihujung tanduk kalau tidak dilepaskan apa yang sepatutnya. http://www.emocutez.com
mak aii` nak tunggu lagi 5 minit, bulu roma aku dah mencanak. dah lah sejuk. agak agak kalau tak boleh control, sapa nak tolong amek kan seluar spare kat kolej mawar then hantar kat Fac EDU yang kena naik 2 bas baru sampai? -.-" woo woo~ sejarah hitam. tak mungkin aku biarkan berlaku. jadi aku kepit baik punya dan masih control ayu. chet! *selekeh* *tak senonoh*
http://www.emocutez.com

lalu bila lecturer datang untuk collect kertas, terus blah cari toilet macam orang meghoyan. kemudian lega~ dan kembali ceria~ http://www.emocutez.com
oh! kesedaran masa sakit perut, lihat keliling tinggal aku dan Qi je dalam dewan. mana yang lain? sangat focus dan gagah. sila tepuk tangan sambil berdiri. terima kasih ;)


harap harap molek lah keputusan paper tu. ngeh~


oke. buat masa sekarang, i mean selepas ni, aku tak boleh nak update tiap hari


currently


http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

http://www.emocutez.com

wish me luck everyone~!


salam sayang~ SNF

Saturday, September 18, 2010

CONTEST BAJU RAYA ITIKKEJAM

Salam~ ;)

dah lebih seminggu kita beraya. alhamdulillah...
dah lama gila tak join contest...dapat pulak orang yang tag makan maka aku pun join lah even agak busy dah nak final lusa nih.
lagipun sonang sangat contest nih.. upload gambar dengan baju raya...
ha...paling senang kan? anjuran? itikkejam yaww~

so....
ni lah baju raya beberapa tahun lepas tapi pakai balik tahun 2010 nih. ;)
oke lah kan?

ahaks. sorry lah sebab tak berapa vogeh de vas ye~ ;)

ni tag 3 orang.
- mie
- fiq
- kodok hijau

rasenye semua syarat dah buat. so macam mana juri??? :p



selamat hari raya, itikkejam. ;)

al-fatihah buat teman blogger ini

salam...

sebelum nak offline tadi tergerak hati nak tengok entri2 terbaru teman blogger.

kemudian aku jumpa ini.

rasa macam tak percaya. maka terus berblogwalking. jumpa ini pulak.

cari cari lagi masih terjumpa ini.


rupa-rupanya memanglah. dia dah pergi.

innalillah hi ro ji'un....

memang tak sangka. ternyata umur bukan lah kayu pengukur sesebuah kematian.
bagi yang kenal arwah mesti tau...dia sangat friendly dan pemurah.
aku pernah chat dengan dia dekat forum gengblogger. dia ramah je balas soklan2 dan kitorang ada merepek bersama-sama. siapa sangka dia dah meninggal..blog dia pun dengar cerita dah tutup. aku nak pergi tadi pun takde dah. blog dia tu dia share dengan adik dia. ingat lagi arwah ada buat contest yang hadiahnya blackberry.


yang pergi tetap pergi.


al-Fatihah buat arwah Nadia aka TTT.

T.T tsk tsk

Friday, September 17, 2010

apa ada dengan nickname

salam...

oke. aku paham. orang sekarang sebok buat entri baju raya vogeh devas tahun 2010, rumah terbuka atau apa yang saya belum dapat makan selepas 6 hari bersyawal. kat FB pulak jangan katalah. kemain lagi melaram baju raya. show off! mentang2 aku takde baju raya 2010. -.-"



as a result, keluar kat kepala otak idea ini. *reaksi mentol menyala kekuningan tepi kepala*

aku tidak dapat berbuat demikian oleh kerana tiada baju raya vogeh devas tahun ini melainkan yang sedia ada. lagipun bila datang rumah sedara pakai baju yang sama mereka akan kata "cantik baju" tanpa sedar dah dua kali berkata begitu. (mesej asal, orang tak ingat der kau pakai baju tu berapa kali, tahun apa, dengan selendang kaler apa atau sedondonkan dengan kasut stiletto ke hapa.)
jadi tak terasa macam "sampai hati ibu tak buatkan baju baru." kemudian lari laju laju menyorok dalam almari baju seperti ini....  http://www.emocutez.com
ataupun nanges nanges hentak kaki mintak pergi uptown malam raya sebab nak jugak sepasang baju kurung baru, tak pernah pakai lagi macam ini..... http://www.emocutez.com

rumah terbuka tu pulak memang tak sempat nak bukak sebab biasa memang senantiasa terbukak. walaubagaimanapun, telah tertutup kerana aku dan sekeluarga membanting tulang menolong busu di Ramal Junction Foodcourt milik beliau ekoran pengusaha lama telah berambus. wth. dah macam lapor berita. skema itu memang bukan untuk saya jadi mari switch ke minda asal.


oh! pasal makan memang ada banyak nak cerita. lagi lagi bila dah enam hari bersyawal masih tidak dapat makan ketupat palas. semalam bila terdengar topik bualan "apa yang anda belum makan selepas 5 hari beraya" di stesyen radio yang tidak diingati namanya terus teringat lemang yang belum jamah sejak raya pertama. nasib baik masa tu dalam kereta tengah pergi beraya maka nampak stall lemang "suasana senja" terus ibu berhenti dan beli dua batang.
balik beraya terus aku jamah dua pinggan. ingat. baru jamah tau. uuisshh~ sodapp. http://www.emocutez.com  terima kasih pengusaha lemang "suasana senja" kerana tidak merosakkan keinginan berlemang saya dengan lemang yang keras mahupun hangit sebelah. :D

http://www.emocutez.com oh...terima kasih berbanyak-banyak.

dah habis introduction.
ayuh ke isi isi penting.
aku sekarang dah ada macam macam nickname. lagi lagi bila balik beraya di kampung Jelebu setelah 3 tahun tidak pulang beraya. *lagu 'Air Mata Syawal' berkumandang tiba-tiba*




----------------------------------------------------------------

kalau masa orientasi kat hostel dulu orang akan bagi nama junior yang sumpah kadang kadang buat kau rasa nak nangis walaupun kau tak ciwek atau rasa macam nak panampau laju laju tapi sebab kau junior,jalan pun tunduk shy shy cat sahaja. tak adil.


masa zaman sekolah rendah yang sangat skema, orang panggil Fadhilah.
bila kau dah besar sikit, zaman dah canggih. budak budak sebok nak handfon, zaman beringkas sahaja sampai jadi isu sms tak bagus, rosak bahasa jiwa bangsa. start tu dah jadi ringkas, Dhilah. alololo~

ada jugak yang panggil aku Peah masa tuh. sebab ustaz rock aku lah yang mula dulu. -.-" aku pun lupa dah pasal apa. nasib baik sekarang dah takdek orang berani nak panggil gitu. :)


masuk zaman menengah rendah dah ada nama manja lain sikit. ada yang panggil Fad, ada yang panggil Gamble. bukan judi macam definiton kamus Oxford tuh oke. Fad tu Iqa yang start dulu sebab dia sebok nak guna nama yang orang tak pernah guna untuk panggil aku. yang gamble tu sebab aku selalu guna perkataan tu. budak budak ni tak tau maksud nye hapa main panggil je. alao...bila orang tnaya, "weh, kau dah siap homework Math?" aku akan jawab, "gamble ah. sok ada lagi." pastu heboh nak tanya aku apa maksud dia.
frankly said, aku pun tak tau weh. spontaneous. haha. kecewa tahap gaban sebab diorang ingat tak ikuti trend ayat semasa rupanya rekaan bodoh semata-mata.
Mira paling rajin panggil aku gamble.


masuk UiTM ni dah tambah macam macam nama yang memang tak boleh nak salahkan ibu mengandung.
Amree start panggil aku Faddy. Ami pun lebih kurang. ada masa dia panggil aku Fad dengan pronunciation fat (gomok). sangat kontra dengan hakikat sebenar ye. harap maklum.

ada lagi. Alin member Qida panggil aku Lucu. dari jauh kalau nampak aku, siap berteriak, "hai Cu...!!"
aku pun tak paham memula. pastu si Qi bagitau, dia kata kau lucu. penggunaan lucu instead of kelakar or lawak adalah sangat tak boleh blah. tapi better daripada dia berteriak, "hai Kar....!" dari jauh. kan? -.-"
lucu sangat ke aku nih? kau kelam kabut memang lah orang kata kelakar.*orang kata* cheit! nehi nehi. terus punah azam 2010 untuk jadi cool dan skema.


oh! ada sorang senior panggil aku ayam sebab aku ada perform dekat Concorde Hotel hari tu nyanyi lagu ayam den lapeh. even tak gemar sangat nicname yang ni, tapi aku tak amek hati. :)


paling tak boleh blah bila ada yang panggil Ila. adoii~! sangat feminin dan jiwa jiwa bunyi nya untuk aku. its soooo not me. maka terus berkata, "takpelah weh. u panggil i Fad je oke. i dengar pun rasa sebak je. thanks."
 ahakss. :D *big grin*


dalam family ibu panggil along. bila along kau kene berusaha setabah mungkin sebab apa apa pun nama kau naik dulu. tapi takpa. bila sampai beli barang, adik adik pakai yang second hand. oh! sekarang tidak lagi sebab si Syikin dah sama gadang makanya berkongsi kadang kadang. sharing is caring kott~

sedare mare panggil nur, deknor takpun kak nor. (bergantung pada umur yang nak panggil tuh). :)
sekarang jugak dah ada yang panggil mak long/mak cik nor kerana sudah ada anak anak buah. wah wah wah~ :D *gembira bukan kepalang*




search engine:
OH! aku ada try cari nickname yang sesuai untuk aku kat sini. result?

Smoochie Cuddlekins is your cute nickname, Cloud Razor T-shirt is your superhero nickname, Long Tooth Big Ears is your Villain nickname, Torn Apart Paper Yoyo is your Monster nickname and Hic-Up-Apple-Nod is your all-out-weird-nickname. *wtf* gila blurr aku...




p/s-teringat nama nama junior batch member member aku yang pelik2 tapi orang ingat dia sebab nickname tu; cadhok, sawi, kelemai, libau, sendat etc etc

Monday, September 13, 2010

CINTA

salam sejahtera,
salam beraya,
salam berbahagia....


wow! tajuk entri tak nak kalah.
relax.
chill.
blog ini masih lagi bukanblogjiwang oke
aku belum berniat nak tukar nama dia. belum lagi.
sebab aku ada hati. hati aku macam batu. tapi ada pepatah,
"batu kalau curah air lama lama dia lembik sendiri"


-tiada komen-

orang mana tau aku kasar dengan muka suci tapi dalam hati ni ada taman weh... :D alololo~
abaikan.

i'm not telling you guys about what is the definiton of LOVE or whatnot.
just wanted to tell everyone on this lovely thing. . . . .



kalau anda jiwa jiwa punya orang. ini lah bahan mentelaah terbaik.
kalau anda nak buat hadiah untuk orang kesayangan, ni juga pilihan yang tepat.



cinta ada banyak kan kawan kawan?
dulu kau panggil puppy love.
lepas tu jadi love at first sight.
dah lama sikit jadi true love.




and then pasang cita-cita nak kawen masa umur 20tahun sebab bila dah ada anak nanti orang tengok macam adik. gatal kata orang zaman sekarang. dulu dulu umur 16 dah boleh ada anak...haissh~ dulu lain sekarang lain..yedakk?
ewah ewah. ENOUGH.


mari focus.
dalam ini ada banyak bahan untuk jiwa. jiwa yang sebagaimana itu anda tentukan sendiri.
tapi saya nak bagitau, benda ni dijual untuk kutip dana. 100%. RM10 saje. ^^
kalau nak tahu lebih lanjut, korang email sini> cintabyai@yahoo.com
habis cerita. aku cuma terlibat secara tidak langsung.


oh! btw, CINTA  adalah hasil kerjasama Lee Joe, Izzat, Keyra Z. , Yong dan Maya.
pergi usha tengok entri jiwa.
thanks! :)




i do envy them because I don't know how to write in a good order manner. apa aku nampak kat kepala aku ni, aku tarok je. (i mean not really ON my head. supposedly IN. harap maklum) pastu kau tengok sendiri plot aku macam bangang. ciss~


siapa support CINTA mendapat CINTA saya secara tak langsung. ;) *wink wink*



p/s: raya raya ni banyak iklan. sekarang aku berusaha untuk hafal iklan celcom yang panjang gila non-stop tuh. COOL doh. ;) ngehehe~

Wednesday, September 8, 2010

untuk semua teman blogger~ :D

salam....


this is the official Eid wish from the bottom of my heart to all... :)


semoga bergumbira di hari mulia :)
jemput datang beraya ke rumah :)
terima kasih sudi mengfollow blog entah hapa2 ini :)
terima kasih sudi melayan blog ini dengan komentar komentar tegar :)
add saya di FB, (namo asal den) dengan mesej, member blogger oke supaya saya kenal :) lepas tu baru senang nak berjalan jalan raya ;) <---saya belum cukup umur jadi boleh dapat duit ghaye lagi le. kan? :p


Salam Aidilfitri everyone~!!
Maaf Zahir Batin












tolong tolong tolong abaikan ketupat huduh itu.
kau jangan kata eh, kotak hijau tu ape eh. memang aku sekeh! ;)


eh! Selamat Hari Raya~ <3 selamat hari lebar-badan <---bak kata membe kurang asam

sehari sebelum malam raya

salam.....



wah wah wah~~ kemain lagi kau orang....
(bunyi macam mak orang marah anak anak main mercun bila orang tengah sibuk sibuk mempersiapkan persiapan raya)


nama sodap sodap dah jadik "ketupat rendang" lah, "pelita raya" lah, "lemang ketupat rendang" lah, "mercun naga" lah, "mercun pop pop" lah, "bunga api bintang" lah, "baju kurung pahang" lah, "baju melayu teluk belanga samping bunga" lah....
aishh~ macam macam hal lah kau orang ni...
mood raya bebenor lah tu yew kome.



aku macam culture shock tengok nama membe membe aku kat FB, Adam & Khairi (bukan nama sebenar) , Milah & Jemah (bukan nama sebenar) transform kepada nama nama di atas. teknologi sungguh kalian. -.-"





aku ni....esok dah last puasa tapi malam ni tolong ibu buat kuih raya ada lagi 1500+ bijik yang orang order belum siap sebab order last last minute. cheh!

nampak gaya memang tidur lambat lagi lah malam nih. esok dah kompem kompem tak leh nak bangun lambat sebab "alarm terbaik" dah sampai rumah ni. gegar weh esok. dah tau dah~ dah tau dah~ :p



nasib baik tadi dah pergi library Shah Alam tu cari bahan untuk assignment Malaysian Studies. (gigih kan?) esok kene carik masa nak siapkan assignment tu sebab rasa macam tak susah sangat. ;) since next week I need to focus more on study because final exam is just around the corner. lepas cuti raya oke! sangat cuak kabebeh. lagi lagi masa raya ni tak amalkan diet protein sebelum exam macam Hanis Zalikha.
mau tak. nama pun raya, pe jadah masak sup ikan takde ajinomoto. tak hengen aku! it so not hari raya aidilfitri hari mulia hari kita bergumbira bertemu sanak saudara. -.-"



jadi, ayuh! sambung menggulung tart nenas dan menggelek chocolate chip cookies.



Selamat Hari Raya semuanya~!! ;)

Tuesday, September 7, 2010

Ramadhan ini

salam......

sementara tunggu bigmac (supper food) ni hadam, aku update lah sini.
rasa macam sedih Ramadhan nak habis dah. lepas ni Syawal.
entah ape pasal Syawal kali ni tak memberi kegembiraan sepertimana aku makan aiskrim Smarties Nestle 2 mangkuk lepas swimming tiap tiap malam Khamis kat pool UiTM tuh.


aku sedih jugak sebab Ramadhan ni antara Ramadhan yang tersikit aku beramal ibadat sepanjang 18 tahun. lagi lagi terawih. ;( tak tau apesal busy sangat tahun ni. huh. maybe I have some problems with my attitude. -.-"

hari tu ada pergi terawih dengan Qi...masa gap solat tuh, imam ada bagi tazkirah sikit.


dalam pada tazkirah tak sampai 10minit tu, yang menarik telinga aku bila ustaz tu cakap....
"antara amal yang tidak diterima Allah, orang yang keras hatinya. contoh orang yang keras hati ni bila dia tengok cerita sedih langsung tak de perasaan, tak nangis."
macam tu lah lebih kurang. aku terus pandang Qi. dia pulak tiba2 peluk bahu aku.
dalam hati.... "alamak. aku ke salah sorangnya?"
memang aku jenis yang susah nak nangis. senang cerita ego tu mak aii~ sendiri paham lah.
aku seboleh boleh takkan nangis depan orang. kalau nak nangis pun sorang sorang je. jenis yang tak pandai tunjuk apa yang aku rasa. kalau boleh senyum je....(kalau boleh..bila dah tak bleh sangat tu memang orang senang nak perasan)

dulu selalu emo. sekarang ni rasanya dah kurang... ;) (kalau ada rasa tu memang takde orang nak cayo lah kan.)




i don't know why I hate crying in front of people. and why I can't. kadang2 rasa macam. "Fad, try to express yourself. suka sangat simpan sendiri apsal? kalau sound orang tu kemain lagi. when talked about heart, you can't even open your mouth."



tapi still
raya tahun ni
ada azam.
tak nak nangis langsung.
:')

Sunday, September 5, 2010

lagu raya kad raya kuih raya baju raya kasut raya

berdendang mari berdendang
berdendang di seluruh alam
berhema suara bergema
nazam lebaran~

salam~
 :)


segan woo bila handfon bunyi kuat tak hengat dalam kelas Computer Literacy yang memang lecturer dah warning awal2, "silent your phone, no message, no calling2 during my class"
lagu sangat lah advance ye tuan tuan..awal minggu kedua puasa dah set jadi ringtone siap2.

because of the frustration of not having enough time for shopping etc makanya pakai ringtone lagu raya in advance. aku dah la memang kipas susah mati Siti so lagu lagu raya paling suka lagu dia, "Nazam Lebaran" , "Sesuci Lebaran" and lagu P.Ramlee yang dia nyanyi balik, "Suara Takbir". memang feveret lah. restate main point, suka dia.

------------------------------------------------------------------------------------


tahun ni jugak harap dapat kad raya banyak banyak macam zaman kanak kanak Vitagen dolu. zaman sekarang orang mana nak bagi kad lagi dah. lagi lagi bila dah ada FB nih. semua stok nak post kat wall. bila ada 1000 friend and semua wish, kau like satu satu then lama lama dia hilang dari page kau. sekali bukak notifications buat kau rasa berbulu je. tak sentimental.





-shopping kad raya-



solution aku? mintak kad raya dengan muka tak malu. lagipun memang aku nak bagi kad raya kat ramai orang sebab tahun ni sangat spesial untuk aku. sangat sangat. jadi aku mintak dekat roommates, classmates, and yang rapat2. :) kata mereka, "first time ada orang mintak kad raya kat aku.haha" ada juga... "aku tak pernah bagi kad raya kat orang weh."

http://www.emocutez.comada aku kesah. aku nak jugak!




bukan apa.... aku tahun ni tak dapat bayang macam mana sambutan raya. biasanya rumah kat Klang ni jadi tempat singgah sedara mara jauh dekat sebab aku duduk dengan atuk dan nenek belah ibu. apakan daya yang pergi tak kan kembali lagi... jadi aku agak aku pergi membontot ibu dan mak cik mak cik menziarah sedara mara di Meru etc. dua hari habis lah tuh. then aku ada balance lagi 4 hari cuti raya. apa aku nak buat bila tensi study untuk final? aku ingat nak baca kad kad raya yang da lama yang aku simpan lagi sampai sekarang. and kad raya yang aku mintak diorang bagi kat aku. boleh baca sambil layan siaran raya kat Astro. nanti aku rasa lah mood raya tuh. :')

bila dapat kad raya,.......

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com
amboi~~~ kemain suka~~ Iz,si roommate berkata, macamlah kau tak tau diorang nak bagi kad raya.


http://www.emocutez.com
-terduduk-

http://www.emocutez.comtak guna.
tak boleh tengok aku bahagia sikit.



time bagi untuk orang jadi cengini~


perangai~ ni keje si Qi dengan Yam. sabar je lah aku.

kad jadi mangsa lepas study untuk Computer Literacy. :p

notakaki-ada sesapa nak bagi jugak? :D
---------------------------------------------------------------------------------------------


kuih raya? yang ni macam mana sekali pun kene lah ada. perut tetap dapat rasa mood raya sedikit sebanyak okeh. kuih raya feveret adalah kuih almond london cikgu ayu yang takde almond kat dalamnye. mintak cikgu buat spesial untuk saya.jadi nak panggil apa bila takde almond? panggil kuih london saja. ;)
boleh jadi saya makan hampir semua kuih raya. :D kuih raya yang order kat mama Hanis Zalikha pulak tak jadi sebab ibu lupa bayar ekoran ke'busy'an dengan order dari masjid untuk juadah berbuka puasa and moreh sebulan berpuasa. jadi tahap kecewa mahu diganti dengan order kek cikelat. :)
nasib baik rumah dia tak jauh sangat. :)

------------------------------------------------------------------------

baju raya & kasut raya. TIDAK ADA. sebab masa masuk UiTM tahun ni dah beli macam macam jadi saya tak de niat untuk beli apa apa lagi. or should I say I did not found any that catch my attention yet? :p heh!

bukan itu sahaja. aku ajak ramai ramai orang datang rumah supaya boleh busy masak2 raya. paksa budak budak nih balik kolej awal sikit supaya rumah diserbu. ;)


 p/s-deal dengan raya tahun ni agak siot. tak rasa mood raya..sebab cuti seminggu is a 'revision week'

http://www.emocutez.com aja aja fighting!!


sayu~ hati ini makin sayu~
rindu~ terkenangkan desa permai~ :')

Selamat bergembira di hari raya hari mulia semuanya~ :D

Wednesday, September 1, 2010

pagi pagi

salam...

again..minggu ni sangat busy dengan tests and assignments..aku tau aku selalu asyik nak cakap kerja banyak dan menguleh+mengeluh macam-macam lagi...pastu cakap aku jarang dapat update blog ni ha...cerita aku tak macam Hanis Zalikha sebab dia banyak benda nak cerita sebab dia bukan student biasa sebab dia model sebab hari-hari follower dia bertambah dan sebab fans dia kat FB pun melambak...(da banyak lagi sebab. ke alasan?ya! alasan!!)

dan aku ada alasan untuk bangun or tak bangun di awal pagi. early in the morning. aku sangat susah nak bangun tidur. kalau jam tu, kau kunci 3 alarm dengan 5 snooze setiap satu pun belum tentu dapat bangun.

sekarang dah dapat handphone baru. oke. not really a brand new, ayah sudi nak turunkan handphone dia sebab kesian tengok aku pakai phone nokia merah express music kene ikat dengan getah tempe. (hehe. buat muka sedih tak nak trade-in phone tu sebab sentimental value.) phone tu semua oke lagi cuma bila masukkan dalam poket seluar and nak bawak keluar balik, getah dah entah ke mana. orang call pun kadang2 tak dengar langsung apa aku cakap. dah campak baru la dia oke balik. http://www.emocutez.com


cukup. sebenarnya nak cerita pasal kehidupan di pagi hari je. perempuan memang macam ni ye? asyik interrupt dengan benda lain bila buat something aka multitask gitu. dah macam motherboard. 

balik pada cerita, ada satu hari aku kunci 3 alarm masa berbeza dalam 2 phone. aku tak tau la lagu apa kat phone baru tu sebab malas nak adjust...consequently...pagi tu aku bangun dengan bunyi kaca pecah.. memang macam haram sebab dah bunyi dekat 3 kali kot. Iz, si alarm setia mengamuk dengan aku. lol... "haku ingat ada orang jatuhkan kaca tapi pasal banyak sangat. rupanya alarm kau! tak guna kau Fad! merosakkan masa indah aku!" <--ada tambahan fakta disitu.

bila malam esoknya nak set alarm....., "kau tak payah kunci jam Fad! biar aku je gerak kau kalau kau taknak kutip phone kau kat luar bilik esok." <---siap guna perkataan kutip nak menandakan momentum yang diberi kepada phone adalah besar dan membolehkan phone bersepai makanya. cisss~ http://www.emocutez.com


tapi~ bila kata... "Fad, bangun! assignment kau tak siap lagi."
terus bangun macam orang kene simbah air... jadi assumption aku, aku kene bulat tekad untuk bangun pagi2.
masalahnya bukan apa doh, aku ni jenis yang tak berapa selesa nak study malam jadi lebih suka study di hening pagi..nak bangun pagi tu pulak, mak oiii~ memang mintak kaki je...

nanti..aku nak cari cara mudah bangun pagi...


p/s-bersyukur ada roommates yang penyabar still sudi jadi alarm kejutkan aku pagi2... :')