salam......
sementara tunggu bigmac (supper food) ni hadam, aku update lah sini.
rasa macam sedih Ramadhan nak habis dah. lepas ni Syawal.
entah ape pasal Syawal kali ni tak memberi kegembiraan sepertimana aku makan aiskrim Smarties Nestle 2 mangkuk lepas swimming tiap tiap malam Khamis kat pool UiTM tuh.
aku sedih jugak sebab Ramadhan ni antara Ramadhan yang tersikit aku beramal ibadat sepanjang 18 tahun. lagi lagi terawih. ;( tak tau apesal busy sangat tahun ni. huh. maybe I have some problems with my attitude. -.-"
hari tu ada pergi terawih dengan Qi...masa gap solat tuh, imam ada bagi tazkirah sikit.
dalam pada tazkirah tak sampai 10minit tu, yang menarik telinga aku bila ustaz tu cakap....
"antara amal yang tidak diterima Allah, orang yang keras hatinya. contoh orang yang keras hati ni bila dia tengok cerita sedih langsung tak de perasaan, tak nangis."
macam tu lah lebih kurang. aku terus pandang Qi. dia pulak tiba2 peluk bahu aku.
dalam hati.... "alamak. aku ke salah sorangnya?"
memang aku jenis yang susah nak nangis. senang cerita ego tu mak aii~ sendiri paham lah.
aku seboleh boleh takkan nangis depan orang. kalau nak nangis pun sorang sorang je. jenis yang tak pandai tunjuk apa yang aku rasa. kalau boleh senyum je....(kalau boleh..bila dah tak bleh sangat tu memang orang senang nak perasan)
dulu selalu emo. sekarang ni rasanya dah kurang... ;) (kalau ada rasa tu memang takde orang nak cayo lah kan.)
i don't know why I hate crying in front of people. and why I can't. kadang2 rasa macam. "Fad, try to express yourself. suka sangat simpan sendiri apsal? kalau sound orang tu kemain lagi. when talked about heart, you can't even open your mouth."
tapi still
raya tahun ni
ada azam.
tak nak nangis langsung.
:')
√ ⭐⭐⭐⭐⭐ Tr X250Ex Manualslib
3 years ago


No comments:
Post a Comment