Wednesday, March 31, 2010

pemilik dslr wajib ke sini~!

salam,

tak tau masalah ape yang melanda dunia aku tapi mood untuk berblog yang meronta-ronta tidak dapat dilunaskan.

ade je yang tak kene. draft da bersusun nih. tapi semua pun tak habis.

jadi berehat seketike. nak tunjuk gambau2 yang cantik kerana  modelnye tempatnye.
time ni la boleh tengok bersepah belia2 dengan dslr beliau2.
aku hanya mampu memandang dengan perasaan dengki **pakej muke annoyink tahap gaban**

sebab




aku pakai camera capuk je. masih lagi NOKIA 2mp Express Music berwarna merah hati. =.="


~    ~      ~    ~





tengok. tak sharp. sangat hampa!


still~ 



siblings ^_^




ecehcehceh.. pakai camera fon amek gambar tertonggeng-tonggeng. konon. :')
takpe. asah bakat dulu. kan?


sakit hati lagi. blur pulak. background da masyuk~ huh!


tempat : i-City
Shah Alam Seksyen 7.

dari tol Klang da boleh nampak lampu2 pokok tuh. (kalau malam la. pagi pun nak berlampu, ye bankrap la Malaysia woi.)

masuk FREE. tapi akan datang ade orang kate akan di charge. ? sejauh mane kebenaran aku tak tau.
so ape tunggu lagi. ?
for detail information please log on to. . . . .
tak2. nak ber camwhoring gedik2, datang je tempat ni. follow signboard sendiri wokeh?



p/s- pegi malam memang syok weh. angin sepoi2 riang girang, bintang2 kelip2 superstar
^^

jemput2. buat macam rumah sendiri.


Tuesday, March 30, 2010

menang RM10,000 kat sini~

salam...

akhirnya video ini masuk gallery..penat tunggu..sabar je la..

aku dah join kontest nih..korang bila lagi?
hadiah lumayan wooo...


cara nak masuk pun bukan susah sangat setakat amek mase 5 minit nak daftar then korang boleh vote.

nak menang? senang je..

1-daftar.
isi form tu untuk maklumat kamu semua..

2-mula!
macam mane nak mula? kamu sekalian cari gambar2 yang comel di dalam desktop bertemakan cintan cintun.

3-gemparkan!
ya! hebohkan seperti ayam bertelur sebijik ke seluroh pelosok kampung, taman & bandar!
habaq semua sedara mara pok cik mok cik sahabat handai sahabat pena sahabat baik sahabat rapat sahabat karib sahabat jauh sahabat dekat jiran tetangga cikgu2 . ok cukup la kot. tapi kalau nak lebih tak boleh blah, jadi annoyink macam saya. sila vote selepas tengok! tak kira!

4-menang!
kalau korang dapat undian 3 tertinggi antara video2 yang ada ok. kalau tak, bukan rezeki harap berusaha lebih gigih berhati waja lain tahun ya?



tarikh tutup> 31 April 2010

eh2..bukan besok ke? agak2 kalau tak sempat nak siapkan gambau kalian, apa kata vote untuk saya?? ;)

kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai. jutaan terima kasih diucapkan. ^^


p/s-cukup annoyink tak?? ;p ngehehe~

Monday, March 29, 2010

kenapa ni?

salam..

sungguh malap tengok blog ini da ade langsir sesawang semulajadi...

bila da terlalu banyak sangat benda nak buat..
banyak sangat benda nak pikir..
banyak sangat benda nak tulis..
aku memang akan blur habis..



tandenye penyakit da sampai. memang kritikal.





dia tahu bila aku macam ni, aku tak boleh setelkan baik punyer macam dafi..
atau terbaik woook! macam aril AF..
dari dulu sampai sekarang nak buktikan boleh buat, aku still belum boleh handle sepenuhnye..
dia je betul2 paham. dia je yang akan arah2 kan aku..
ok macam ni..then begini.. kemudian begitu...seterusnye~ blablabla~
dan semuanya akan kembali teratur seperti sedia kala...




sekarang tak lagi.






kenape? kenape mesti macam ni...






pehal la pulak entri blur transform jadi emo lak nih.

adeh~~

Saturday, March 27, 2010

lagu baru plkn huh?

salam..

aku nak letak something yang memalukan diri sendiri..tapi tak kesah la...kawan punye hal.. :')





ok...sedia terima komen2 pedas anda..

cerita pasal video ni,
>khas untuk Mie sebab hari ni dia da start pergi PLKN kat Perak..
>dia sangat suke lagu ni..kan dia jiwa2 sikit..kalau tak kenal lagi, tengok entri ini.
>ini video ke-21. serious tak tipu..sebab asyik2 tak ingat lirik, tak hafaal chord, jurukamera buat lawak antarabangsa etc etc.huh! sungguh tak professional..
> and sebab tu jugak suara aku yang memang tak sedap bertambah tak-nak-didengar. energy habis doh! agaga..
> tak perfect. even dah brape kali ulang lagu yang same, still ade silap salah since aku ni belum-pandai-main-untuk-bagi-orang-tengok. biasa nye aku main untuk aku dengar sendiri and bila family or kawan request. (cheh! cube naikkan market gune ayat request)
>lambat update kat sini sebab semalam loading kat FB.



aku rase macam hape je video nih. tapi aku nak jugak buat and letak kat FB untuk Mie. <3


saye budak baru belajar, jangan gune words besar2 macam Adlin Aman Ramli komen budak2 AF8 tu ok..

Wednesday, March 24, 2010

No Sweat!

salam,

yeay!! finally~ dapat jugak join contest ni.
puas mencuri mase dan mencari idea selepas beberape hari 'blur' macam tv hilang area. (bukan sekarang semua orang pakai astro ke???)

SWEAT.
PELUH.

ade sesiapa yang genius nak mengaku dia tak pernah sweating? oh,no no no.
definitely not. mane ade makhluk hidup tak berpeluh?
sedangkan aku boleh perasan bila lembu berpeluh sebelum dia nak kene sembelih tiap2 hari raya korban. :)

dan aku ingin membuat pengakuan berani tak hidup!
aku ade masalah lebih kurang hyperhydrosis (tak tau eja betul ke tak.)
ianya sejenis penyakit berjangkit yang apabila ade orang yang menyentuh akan dijangkiti virus dan mati serta-merta.
ngehehe. siape percaye, jangan sesekali terlibat dalam bidang sains.
 jangan!




hyperhydrosis ialah sejenis penyakit peluh berlebihan. stok boleh menitik-nitik tu. penah tengok kat majalah3?
sorang budak ni terpaksa balut tangan dia dengan kain masa nak menuls sebab takut kertas dia basah.

wooo! wooo! tapi aku punye baru stage 1..(aku gedegang je ni) tak kritikal ok. cantik sikit. jangan nak ejek2.

aku selalu berpeluh kat tapak tangan & tapak kaki. susah kadang2. tapi aku tak kesah sangat la. tak mati pun. ;) bawak je tisu banyak2.


disebabkan tak ramai orang berpeluh macam kat tempat yang aku sebut di atas sebab semua port berpeluh kat ketiak, jadi kita cakap pasal macam mane nak hilangkan masalah ni. sebab aku pun berpeluh kadang2 ketiak basah.
kan tak best tengah cover hot dengan swimming suit pink tengok2 ketiak basah pulak.

?mengarut lagi.

tak2. maksud nye, korang mesti la segan da dressing lawo2 cantik molek kiut miut tiba2 ade bayang2 kat ketiak korang. baju pulak ade kesan. mahal tu beli kat ZARA.
mase ni lah baru terase nak jerit "waaaarghhh! malunye! nak buat ape nih. duit tinggal 2 hengget macam mane nak beli baju baru sekarang ganti baju stripe yang transform jadi polka dot?huh!"

the right solution is. . . .
pheeewiit! 



takkan untuk lelaki je kan..eh. mestilah ade untuk perempuan jugak.

tadaa~

semangat gila pergi jog Guardian nak ambil gambar ni. -.-''

yang mana satu pilihan hati?? ^_^




dengan brand baru adidas spray deodorant ini, anda. . . .

1-dilindungi 24 jam oleh beliau.
2-sentiase fresh!
3-sentiasa kering!

misi selesai! no more sweat! no sweat to have all this incredible items!

(selepas ini Adidas mesti mengambil aku mmenjadi jurucakap produk mereka..) lalala~

p/s- ayat akhir skema ^^ it was so not me.



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

Tuesday, March 23, 2010

Contest : apa saya nak buat kalau diberi RM100...

salam..

hari ni nak join contest lagi. pape hal pun lekat duit ni dulu.


tadaaa~ ;) i love the smells~!! ngehehe..
nak buat ape ek dengan duit ni?
well, zaman sekarang ni bukan la banyak sangat boleh beli dengan duit sekeping rm100. tapi tapi tapi~ ade sape2 yang murah hati bila korang jalan2 tiba2 hulur rm100 cakap, "amek nih.buat belanje sekolah". takde kan..takde kan..??
pengajaran aku, duit tak datang bergolek tapi nak dapat rm100 daripada lelaki ini sangat lah tidak susah. :)
dah teruja? tertanye-tanye macam mane carenye?

senang and easy kate orang bijak bestari. (eh2. bunyi pantun 2 suku pulak.)

jengah kat sini kalau nak tau syarat2.

jadi, ape aku nak buat kalau aku diberi RM100? 





1# nak beli topup RM30 dulu. sebab biasanya aku topup RM3 je. almaklumla.. pakai celcom U.O.X kedit tahan sampai umur aku 25 tahun. lame lagi tu. mesej pun 1/2 sen je. (bunyi macam iklan celcom pulak) sambung>tak habis sangat guna kalau seminggu. (saving) ^^ bila da topup RM30, kalau di kira tolak tambah bahagi darab squre root cube root segala macam, aku boleh gune 3 bulan tu! waallah! marvellous!




2#balance lagi RM70 tu, nak buat menterdarah kat mapley belakang rumah aku. whoa..whoa.. ^0^ banyak tu. aku rase boleh buat belanje ibu, adik aku 2 orang untuk 3 hari punye makan.sebab aku suuuukeeee sangat makan, tak suke masak. :)
lagi 1, aku ni dalam pelan nak gemok kan badan. cikgu sains aku kate kalau makan 2 keping roti canai hari2 boleh gemok sebab 1 keping tu bersamaan 3 bungkus nasi lemak 50 kupang. cikgu aku yang kate. kalau salah tu bukan la salah ibu mengandung. (suddenly)
kalau aku bawak RM70 tu pegi Kenny Rogers, tak dapat de nak belanje ibu n adik2 makan. setakat aku makan sorang buat taik gigi boleh la. ^^ [kejayaan lagi best dikongsi bersame. tak gitu?] **solehah**



ok la. tu je untuk entri duit ni. harap2 ade luck. ^_^
thanks! ;)


Monday, March 22, 2010

Tulis & Menang ariffshah.com

salam,
aku da lame giler kepingin nak join kontest nih. hadiah lumayan weh. jgn main2..

Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my & myliriklagu.com


contest ni aku dapat tau mase jalan2 kat ariffshah.com

kontest ni sangat lah simple and easy. tak banyak songeh. i likeee~ nak join? bolehla klik kat sini .

jadi, mari kite mulekan. tajuk?

Ceritakan tentang blog anda/blog kegemaran anda. Apakah keistimewaan blog anda/blog kegemaran anda?

 so, aku nak story pasal blog feveret aku. yang aku follow, yang aku selalu sangat singgah sebab dekaaat di hati. chewah!


top of the list is. . . . (drum roll)

tadaaa~

1# cik Hanis Zalikha.

 sebab ape aku suke pegi blog dia?
* dia hot
* care dia tulis blog sempoi dan lawak

betul. tak tipu wooh...meh usha entri dia nih.
 
*gambar2 dia semua lawo2. well, extra credit sebab dia model. :) 

oh2..aku tak berani nak cilok gambar dari belog dia tu. mahal tuh~ biase kene bayar.. (mara Kak Hanis ni kalau dia bace)
 
* dia suka bagi tips2 yang bukan setakat search kat google, olah balik, post entri. tips dia, idea dia dan boleh diguna pakai. korang boleh? ^^
nak contoh jugak? mari godek2 kat sini.

*dan dia fomous seh.





honestly, aku memang tak reti nak upload gambar follower yang ade kat page beliau. dan juge tak reti nak tunjuk kat kau orang gambar fans dia yang da 13 ribu ++ kat facebook tu..tapi kalau korang tak percaye boleh klik.

tapi ade ke blogger yang tak kenal awek hot ni??


2# cik epal kiut molek

she is my second choice. kenapa? mengape?


* dia kelakar dan happening

the way she type in her entry is so she. u know. class gitu. tidak kesah bile terdapat ananymous yang kurang bijak menghentam beliau. tidak takut menyatakan pendapatnya sendiri.
 
 paling penting!>>








*penulisan beliau bernas

rehat sekejap bace entri dia ni. sebab kalau nak bace entri newbie macam aku ni lame2,busan. =.=" **sigh**

*bace blog dia rase best je sebab layout dia pun simple.

sekali lagi jutaan maaf tak reti nak upload photo page blog dia

* dan dia pun glamer. (aku memang giler glamer that's why suke yang glamer lip lap lip lap je) :)
 follower blog dia da 3k++ padehal baru je setahun dia berblog. haa..hebat kan? kan kan kan?? (jangan la terkesima sangat. tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia mane nak tau ka?)




amacam?
cukup tak review ni untuk buat kau orang teruja gedik2 nak klik2 kat link2 yang aku sediakan tu??
(ade banyak square root)
sebab blog aku tak best, cerita la pasal blog orang2. n_n



p/s- aku tulis dalam bentuk point. biar tak panjang menjela2 stok boleh buat baju kurung 4 pasang. ok?

seni ke? seni ape macam ni?

salam,

2 hari ulang alik dari rumah ke PJ CAD untuk free design workshop. by INTI College.
sangat teruja. sudah semestinye. :)
sebab? its freee~ ;p sape tak suke bende free sila angkat punggung dan blah.
sedangkan kalau promotion rase cheese cake & air vitagen tiap2 hari ahad kat mane2 supermarket tu, lalu banyak kali nak amek rase kek yang dorang potong kecik2 atas pinggan siap cucuk dengan toothpick. memang sedap tapi tak beli pun. =.=



ok2. da off topic. sebenar nak story ape yang aku buat kat workshop tuh.
day 1- kitorang dibahagi2 group masing2. task 1-kene buat 1 creature yang kite imagine based on a theme which is chosen by our own group.
and we decided to have a  japanese theme. any creatures with bangs.
so kite akan design atas A4 paper then trace balik kat material yang dorang da sediakan.
budak2 group aku dari spesies yang pandai melukis so sketch dorang sangat la lawa dan smart. aku?

tah pape doh! obviously . tak talented betul.



aku malu nak snap sketch dorang. nampak sangat macam langit dan bumi. tapi aku sungguh2 tak bersalah. i thought it was a interior design workshop. rupa2 nye design workshop. mane la aku pandai lukis muke2 orang nih. 

day 2 & task 2- buat a catapult gune barang2 yang dorang bagi. kayu, rubber band, tali. pandai2 korang nak buat saiz ape janji boleh buat load yang dia bagi nanti pegi jauh.


in the making of my toys.

da siap conteng2. :')

ecehceh~ konon2 berusaha keras sampai tangan pun comot2. -.-"

the rest of my team members' dolls. so nampak beza dah?

dorang sumer buat konsep half human n half animal with bangs. sampai kat aku~ isnt it look delicious? **penghargaan tak terhingga**

and we are the bangs family. ^_^

catapult contestant.



ours. the cutest.





thanks for the experienced PJ CAD. enjoyed a lot! n_n




presenting u all, my final toys. sushie bangs.adik aku siot cakap rambut dia macam cine kopek.huduhh!

yup. jadi pet sebab paling beza. mane hilangnye kesenian kamu satu ketika dahulu Fad??

Sunday, March 21, 2010

ape ade dengan dota?

salam,

kekecewaan terserlah hari ni bila takde sape endahkan pujukan aku nak pegi tengok belon panas kat Putrajaya. huh! tv plak takdek tayang cite yang aku suka. (demand cerita yang aku je nak tengok parah pulak.macam mak aku ade share dengan astro tuh)

so aku duduk sambil melangut ke syiling. Ecad lenjan laptop main game dota.
dota?best ke game ni? untuk perempuan macam aku, naah. tak interested la weh.

ape ade dengan dota? setakat main2 bunuh sana sini best sangat ke?

1#online game.korang boleh main sampai 10 orang. 5 vs 5 (team)

2# grafik dia not bad (so-so)

3# boleh kutuk2 kalo korang main ngan membe2.

4# ramai addicted bile da sekali main.

game ni tengah hot. membe2 aku yang laki masing2 jadi orang rumah. menghadap pc taknak tinggal game. selagi tak menang, tak puas hati. asyik asyik  repeat.
aku kalau main pacman pun macam tu jugak. nak jugak menang even dekat 10kali mati. **game zaman batu**

tak paham betol. aku tengok si Ecad main takdek pun yang best. kecik je gambar dia. (yela kalau main 10 orang nak gamba besau2 masalah jugak tuh)
pastu sekali main da boleh addicted. huh?

kaki game je la yang tau pe yang best sangat. kalau kaki shopping nak tulis lebih2 kang salah fakta kene banned pulak.

kalau sudut positif boleh la hilang tension daripada merokok untuk hilang tension.kan?

kalau sudut negatif, membazir asyik2 balik sekolah pegi cc nak join membe2 gaming. kalau duit da banyak sangat taktau nak buat ape, takpe. lagi 1, game macam ni influenced violence kat budak2. macam WWF tu. kang ade yang tiru skill2 nak bunuh pulak.
kalau yang dok online kat rumah pulak, mak ajak sidai kain tak boleh nak pegi sebab kalau tinggal game nanti kene bunuh dengan hero lain. takde yang takut kene bunuh ngan mak kalau tak endah. ?

aku bukan tau sangat pun pasal game2 ni. agak2 ade silap salah post  kali ni, harap maaf. especially peminat dota. kalau ade sape2 nak tolong betolkan post ni, aku ok je. ^_^

 terima kasih uncle google~

Saturday, March 20, 2010

masa gumbira~

salam,

akhirnya plan untuk ke Sunway Lagoon berjaya..
gather dengan mochub sangat seperti kanak2 riang gilang gemilang.. ;)
antare yang bukan dalam list sebok2 sardin kan kereta ialah mereka>
iekin (adik aku) , ecam (bf dia) , supi (adik Iqa) , Ecad.

malam tu,all  the girls sleepover at Iqa's house..
kitorang tidur pukul 2 pagi sebab semangat membara kalau boleh tak nak tido takut masing2 bangun lambat esoknye.
well,aku jadi orang terakhir bangun selepas dikejut bagai nak rak (bukan benda pelik bagi dorang)
pukul 8 pagi da sampai KTM Klang..
yang lelaki ibu aku hantar..perempuan pulak naik dengan ibu Iqa.
i mean, kereta ibu Iqa.

so,kitorang yang perempuan sampai dulu.

sempat camwhore.
from left : Iqa, aku, Mie, Mira

sementara tunggu train~ ^^ sempat posing
sungguh melancong (pinjam ayat Hanis Zalikha)

berjalan dari bustop depan sunway pyramid then stop by nak posing.lagi.
(kedai belum bukak)

here we are..kaunter still tutup.

sampai dengan semangat berkobar-kobar kalah mase struggle nak SPM dolu2.
nak jadi orang pertame beli tiket & masuk Sunway Lagoon. n_n 
dan kami memang antare orang terawal sampai. ade korang nampak orang lain?? ngehehe

berkelah kat dataran.rase macam selebriti. ;>

mira & mie jage tempat kat kaunter sebab dorang da breakfast.
sambil tu kitorang menterdarah depan sunway tempat ade dataran tu. nasi lemak wooo...
lantak orang pandang. makan dengan selamber tak hengat sebab makanan kat dalam tu bapak mahal! (jimatcermat amalan mulia)

perut kenyang, hati senang.

bile kaunter tiket bukak ape lagi...... serang~!!!
aku, mira n mie beratur kat kaunter berbeza2...gile diskriminasi. ;)

sebelum basah camwhore dulu :))

da jejak je kawasan sunway tu masing2 cari port baik nak letak barang2.
then tukar baju, serang~!!!!
gambar masing2 berbikini takkan nak letak pulak.
nanti bakal mak mertua reject. nehi. nehi.
c(:

even kitorang main 2 park je, sangat enjoy~!
habis mandi, pegi main kat amusement park, hanging bridge & of course camwhoring.
mane boleh tinggal..woo.woo..




happy together~ <3


memang hantu kapal ni

naik kapal pusing2 ni dengan tomahawk bapak best.
jerit2 sampai anak tekak boleh terkeluar & suare berubah kinda rockstar! chet!

the great tomahawk

tarik mie yang taknak naik bende alah ni biar same2 pening. siap pujuk, 
"alah Mie, ni la persediaan awal ko nak masuk PLKN..ahaha"
mie akhirnya ikut naik gagahkan diri. tinggal fahmy, faris & supi yang memang taknak naik. huh! tak adventure langsung! ;p 
suare Iqa paling nyaring.tapi mase naik tomahawk terus speechless sebab 360 degree berpusing.
masing2  siap selawat, mengucap segala takut2 la kan~

the journey begin~camwhore dulu ^^

aku yang mula2 excited jadi menggeletar kepale lutut bila da halfway kat jambatan nih.
cuak doh. lagi2 bila sampai part yang ade besi2 lompong boleh nampak peta sunway tu. 
lagi menakutkan daripada naik  tomahawk & kapal tu!

rehat jap. ;)

muke Ecad tahan lapar. kesian (style dalam madu tiga)

obvious muke aku cuak kabebeh.


untuk amek gambar je. lepas tu terus berpaut kat tepi jalan atas papan bertutup je.

nice view from the hanging bridge.

maka turunlah kami selepas membakar lemak sepanjang 4++ meter. c(:

lepas tu bergerak ke sunway pyramid untuk makan. bayangkan masing2 tahan lapar dari pagi. bawak pegi mcd terus melantak tak pandang orang da. senyap je masing2. **gigih**

the story end.
but our loves never end. chewah!

Friday, March 19, 2010

dan kereta itu bergolek lagi..

salam..


well..kisah driving school lagi..
sungguh bosan..

belajar naik bukit sangat buat aku nervous~
pakcik siap ajar sungguh2...kira step by step...
da mcm blaja dengan linda jasmine cikgu tarian AF tuh...
suare beliau tersangat lah 'lunak' berkrim...1 litar boleh dengar..huhu..
tak pe pakcik..saye tak kesah.. :')

anak dia amek aku kat rumah pukul 9pagi sedangkan da berjanji pukul 12 tengah hari.. (berjanji? :P )
nasib baik aku terjage awal pagi tu mase anak dia call...kalau tak, maka tunggulah beliau sehingga enjin mati sendiri..
disebabkan aku kelam kabut bersiap, so tak sempat nak breakfast..
gastrik pun bertandang..aku terbongkok2 sebab senak...tapi masih act cool..
sakit giler~! that's why belajar naik bukit sangat seperti budak 14 tahun baru nak belajar mengeja. huh..
(ok.Fad nak cover salahkan perut.)

2x pakcik tu ajar sambil duduk kat sebelah...kali ketiga dia biar aku drive sorang2..
k Fad. confident. ramai mate dok usha.
aku bawak & berhenti ngam2 kat tiang..skarang nak bagi kereta tu melompat sikit.

mari murid2..cikgu ajar..
1st step : tekan minyak sampai 3..ok2...tahan2...
2nd step : tekan clutch sampai 2..
3rd step : tekan minyak balik sampai 3
4th step : turunkan handbreak supaya kereta boleh bergolek ke bawah

aku pun tekan minyak sampai 3, tak sempat nak tahan, da jatuh..
takpe2. cube lagi..tekan balik minyak..da sampai 3..alamak! lupe nak tahan pulak..

pakcik tetibe jerit daripada bawah bukit...

"eh daro! apo lamo na???"

adeh! aku tergelak-gelak sambil tahan perut yang sakit..
come on Fad. cube lagi..kali kedua buat, kereta bergolek ke belakang. lagi..
sabtu & ahad ni cuti sebab sangat penat nak pegi drive tengah2 hari buta tak bleh blah..

jadi agak2,bile la nak pandai?

Monday, March 15, 2010

terror ke terrible?

bapaku pulang dari kota
bapaku belikan kereta
kereta kecil warna merah
bolehku bawa ke sekolah
pon..pon..pon..pon..pon!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ihsan uncle google.. ^^

salam,

ecehcehceh...mood driving tak abes lagi..hehe..
takde maknenye bapak aku nak belikan kereta..
kalau dia nak bagi pun stok yang boleh letas atas tv 24" tuh.. :')

so, tadi first time attend driving untuk 8 jam tu...

pakcik : ekau ponah bawak motor tak?

aku : tak pakcik. saye biase naik basikal yo..

pakcik : basikal? **memek muke tak puas hati**

then dia blah...aku tunggu punye tunggu punye tunggu....
mane pulak pakcik ni? (dalam hati)

tiba2 dia muncul sebelah aku,

pakcik : ha,jom bawak kereto dulu..ekau ponah bawak kereto tak?

aku : saye bawak 4 by 4 pak cik..(sengih2 stok muke nak bagi tangan je) ;p

dia pun bawak aku masuk kereta kancil merah..ajar basic, terus suruh aku drive bawak on the road..
(eh..pakcik ni biar betul?dia da lame hidup ke? hehe..)
tapi aku buat muke steady..

pakcik : ko bawak keluar terus eh..

aku : ok! :D **wajah excited padahal goyang bai**

rupenye dia tunjuk aku jalan kalau test jpj nanti..aku bawak ok je..(aku rase la)
sebenarnye da bawak banyak kali keliling rumah dengan ibu aku..so confident tu ade la sikit.. ;)
aku bukan ape, kang kalau aku kate aku penah bawak, dia expect aku terror..kalau terrible kompem kene tembak..baik aku jawab tak penah..(da dapat dosa kecil..adeh~)

pastu da masuk balik litar, dia tinggalkan aku suruh ikut je litar ni..
aku pun memandai-mandai la bawak..siap main reverse2 kat tempat orang nak masuk parking..(litar bapak aku punya!)
sekali pakcik tu datang
..... jeng..jeng..jeng..

pakcik : ko bawak kereto tu kek sini..

aku : ok! ;D (overconfident lagi..buat muke selamber,tapi hati cuak kebebeh kot2 dia nak mara aku sebab suke hati laki aku je nak main2 kat litar tu)

rupa2nye, dia ajar aku camne nak parking..
ha! time ni start gelabah sebab aku memang fail parking mase test2 dengan ibu..

dia ajar aku parking kereta 2 kali then dia blah..

pakcik ni serious ke? kang kot penyek kereta mate belalang dia, aku jugak lingkup..(dalam hati)
takpe lah...bedal je! 

aku syok2 nak ingat formula nak parking, bini pakcik (instructor kat situ jugak) datang..
dia tengok aku keluarkan kereta then dia kate,
"da jom, acik anta kau balik"

aku : ok! :D (muke da merah2 macam baru lepas kene bakar)

aku berborak la dengan acik tu dalam perjalanan balik..

aku : panas kan cik? ketiak saye da lencun ni.. (sambil depa2kan tangan nak tengok peta kat t-shirt)

makcik : haah. terik. kau penah bawak kereta tak? ke tadi first time?

aku : tak pernah pun. (terpakse bohong lagi)

makcik : ok la tu..nanti belajar lagi da boleh drift da..

da sampai rumah tengok jam, aik! baru pukul 2.30
apsal cepat sangat?kirenye tak sampai 2 jam aku drive tadi..

p/s-mencari konklusi : pakcik tu rase aku da terror or dia da fed up ajar aku? parking terlebih tiang la, terbelakang sangat la.. (dahi berkerut2 sambil garu2 kepala)
agaknye...da la terik bebeno..aku plak tambah hati panassss je... :D

i'm sorry (gaye annoyink)

Sunday, March 14, 2010

minat vs. keadaan

salam,

akhirnya hari ni dapat jejak kasih dengan izzati...
together-gether berpanasan menitik-nitik peluh di pasar tani shah alam kau... :) [sweet memories]

da berape lame plak tak jumpe...rindu gaban woh...hehe **jiwang**

so~ hari ni bangun awal dengan semangat jitu hendak ke pasar tani pagi2 mase peniaga baru nak pacak payung..kalau pukul 10 camtu memang stok free skin-tanned da...
lagipun taknak da dating kali ni tertunda macam selalu...asyik2 tak jadi sebab tak planning betul2...

but then kitorang sampai shah alam pun pukul 9.00 pagi lebih kurang..
pegi kompleks belia > uitm fest..
survey2 dengan pantas dan efisyen course2 yang aku minat..
izzati teman je sebab dia sudah nampak mase depan...hehe..insyaallah course dental..

aku ni still tak tau lagi..juz isi and apply semua..sambil2 tu pikir masak2 hangit periuk..
kalau amek ini jadi cam tu..kalau amek yang itu begini pulak...haish! kekeliruan terserlah!
[lagu paling sesuai mase ni = keliru by ajai n nurul]

aku minat seni tapi mase sekolah dolu2 aku amek sains stream..

nak jadi interior designer tapi job demand payah plak..
 bapak aku nak sangat aku jadi cikgu..
ehem2~ cikgu siti?cikgu fad?cikgu dila? adeyh~ bunyi sengau..

ibu tak kesah janji berbaloi-baloi dengan hasilnye nanti..
mak ngah dah siap2 survey kan U mane yang bagus dan sesuai..
busu kate, amekla bisnes nanti leh ganti busu uruskan company (tempat aku keje sekarang). gaji memang masyuk tapi aku tak minat la tengok paper hitam putih hari2..

ikut minat nak ambil seni (sangat2) ~

 seni muzik~ ;)

tapi aku still ingat mase aku post kat forum GB, ramai yang sudi tinggal kan pendapat..
paling aku ingat, ade sorang ahli GB ni kate,

  "buat ape kita buat benda yang kita minat tapi takde orang nak appreciate?"
haa..tersentap tak? dalam tuh maksudnye... :')

kalau tengok job demand sekarang memang la penting...belaja susah2, duit abis, tenaga hilang, umur lanjut, tak pulak berbaloi-baloi, masalah jugak tu kan?
tapi aku memang da taubat taknak amek sains..memang 'cannot gi '...kang kantoi cam spm lagi...ish...
(belajar dari kesilapan)

conclusion?
-undefined-

p/s-biar entri kali ni tergantung dulu...sambung pikir sampai botak lain waktu.. ^_^

ezat, how come aku bleh lupe nak camwhore bersame2 kau? panas sangat tadi terus tak ingat.. **sigh**

Thursday, March 11, 2010

arah lepas spm..

salam,

semalam aku pegi amek result spm kat KGV...
cuak kabebeh~ tak leh nak described..
tapi tido masih lena sehingga pukul 10 pagi...
eh, rase macam terlebih lena..sebab fon yang kejutkan pagi tadi..no,no,no..bukan alarm...membe2,sedare2,mak angkat,kakak angkat,abang angkat, sepupu sepapat dah call2...

"nor, dapat berape?"

terpinga2 dan terpisat2 aku bangun tengok hari da cerah..

"eh, hari ni keluar result eh?nor baru bangun tidur ni.." (blur habes,hati kering je)

laa....entah pape la ko ni... (respon banyak pihak)

ok2...nak siap2 ni..kang da dapat orang bagitau la k.. (jawab benda yang same entah untuk ke berape kali)

sampai sekolah, jumpe kawan2, masing2 berpeluh...aku da la memang tak boleh nak senyum sebab bibir aku tak baik sepenuhnya..(senyum pakse paling plastik)
hati kering pagi tadi sebab baru bangun tido, mamai lagi..

before amek result, ade membe tanye, fad asal ko senyap je?
so,nampak tak betape ketara nye perangai asal dengan time nak amek result?? haha

cikgu umumkan 34 orang student straight A..34 je? adoy~! aku? bukan rezeki.. :')
lepas je name tak de dalam senarai, pergi straight kat cikgu kelas, beratur nak amek result..

sungguh frust~ tapi da berazam tak nak nangis..
senyum plastik lagi**
bile da dapat, aku call ibu..
azam punah..tak dapat tahan sebak..nanges sikit..ngehehe..

"alhamduulillah..tak pela...da usaha kan..nak buat macam mane benda da lepas"

aku frust sebab tau usaha tak cukup nak dapat straight A..
cikgu kate, SPM bukan la segala-galanya...
so, aku redha je la...alhamdulillah...sekurang-kurangnye layak nak apply U yang aku nak..
[ pe U yang aku nak? taktau lagi... -_-''' ]
konfius bidang pe....huhu

p/s-asal entri macam kelam kabut cerita plot berterabur?

Tuesday, March 9, 2010

asal sangap sangat gila???!

salam,

bosannye la malam ni...sambil2 hujan ni, astro tak berfungsi...so aku layan la gitar, cari kord2 baru..lagu2 yang aku suke...dan yang sesuai dengan kemampuan..hehe..

tengah aku syok2 layan gitar aku, kat ym ade membe baru add..kalau x silap dia membe kat myspace..aku ni jenis tak kesah, approve je la...orang nak kawan tak baik sombong2 kan..

sekali mamat ni macam s**l pulak perangai dia..kenape? bace ni....

MA : buzz

aku : buzz

MA : hye syg

aku : waalaikummussalam...ye....hye (pantang orang kalau mesej tak bagi salam...)

MA : u tengah buat ape tu? jom layan k***k i kat webcam..

aku : WTF!!! ape boda sial bin bangang ko nih doh? sini bukan tempat sewa karo la bangang....
dan aku memaki hamun dalam 2-3 perenggan lagi...

sekali aku tengok gambo dia kat sebelah, half naked!
dalam hati aku, sabar fad, sabar~
aku terus pangkah ym kitorang tu...sat gi dia muncul2 lagi dengan ayat2 budak tak sekolah pondok dia tuh...
aku terus sign out...geli lak ai...jammed je aku...
niat aku baik nak kawan2, ade orang cube amik kesempatan...
nak buang terus dari friend contacts 2 taktau... ** makin terserlah tahap kritikal buta IT**

aku menyirap habis la....mendidih je...
asal la ade orang macam tu...ape muka aku ni tak cukup baik, suci & murni ke?
please lah....kesian mak bapak hantar sekolah tinggi2 perangai tak serupe orang pegi sekolah langsung!
teruk nye...

besok nak belajo dengan kawan yang terror camne nak buang budak sampah tu..

p/s-sebab ape aku letak name dia dalam dialog tu MA? = singkatan untuk Mangkuk Ayun..

p/s/s-budi bahasa budaya kita...jangan cube jadi dajal dengan aku nanti aku report polis...atuk aku polis...ha...berani?cubelah..

balasan mulut jahat??

salam,

aku dok ym ngan membe lame semalam..
dia tanye kenape dengan bibir aku sebab kat ym, aq post 'bibir oh bibir~'
da nak dekat 4 hari bibir aku tak elok2...surat amaran dari lip ice company da sampai rumah...haish...

dialog kami >

faid : asal dengan bibir ko?

aku : bibir aku bersalin kulit la...pedih woo...

faid : tu la ko..mulut ko tu..suke cakap main lepas je...bukan heran ape orang rase...

aku : hampeh ko...alao..kalau aku cakap lepas pun kadang2 aku gurau je...

macam tu la lebih kurang...
busu aku lak cakap..ha..tu la..mulut jahat..Tuhan tu nak biar kurang sikit dosa...
sebab bile bibir da sakit merekah2 camni, aku kurang la cakap..cegang je bibir aku...senyum pun tak leh lebar2 sampai telinge da.. ;D

cerita pulak pasal mulut jahat, semalam aku tertengok terjah kat tv3..ulangan kot...
ade sorang team terjah ni, mulut mak oi...laser kemain....dengan taik lalat dia yang manis tu...
dia punya gelak pulak...uish...kalah cik pon.. ;p

kene la beringat..telajak langkah boleh patah balik, kalau terlajak kate tak leh nak sedut balik da...
bukan nampak perkataan tu jatuh sebutir2 boleh nak kutip telan balik...kan?
lagi pulak bila ade hati yang terasa....parah nanti weh....

lu pikir la sendiri~ (ape kes tetibe sesat nabil?? :) )

 before and after...sumpah ghoman cam bangang..

Monday, March 8, 2010

aku di'tag'. tag tu menatang hape?

salam..

aku dari semalam jalan2 kat gengblogger dok tanye sana sini tag tu macam mane..kalau tag yang kat FB tu aku tau la...
sebab bulat tetibe kate anda di tag..semalam plak fara siap post kt FB aku di tag..
tapi, gila jahil aku taktau langsung camne nak buat benda alah ni..

aku pun copy n paste soklan dari blog cik fara..sebab dia kate kalo kene tag tu jawab je soklannye..
da macam application plak ade soklan2... ;)

disebabkan soklan cik fara dan bulat same, maka beta menjawab bagi dua2 skali gus lah ye... (suke gune beta kalo nak gedik2 sikit ;p )

1) Adakah anda rasa HOT??
 
well..of course...sekarang kan winter...ahaha ;p

2) Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
 
serious tak tau camne nak upload penuh siap nampak taskbar segala.. **extrajahil IT**
 
3) Cerita pasal gambar
 
my dearest sis..dia memang suke posing sane sini..photographermye aku le..
akceli wallpaper kat laptop bertukar2...gambo tu cume salah satu je...
kang letak banyak2 macam over plak...

4) Bila kali terakhir anda makan pizza?
 
last month hujung bulan .. dengan eshad (membe).. 
siap2 tong2 sebab sengkek tapi nak juga ikut nafsu teringin makan tu...sebab ibu kate kalo rase nak makan pape beli je..tak elok kempunan.. ^^ 

5) Lagu terakhir anda dengar
 
Lukisan Hati - Pensil (indie band)
6) Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini
 
setelkan keje2 kat ofis ni...meyelam sambil minum..blurb3~ lalala~ :)

7) Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa

kalau name pendek membe2 panggil : fad, dilah
family : nor, nur, deknor, along,kaknor
name pelik membe panggil : gamble (sebab dulu suke cakap gamble r..maksudnye relax r..)
name manje oleh membe2 hampeh : fraidz, pe'ah

8) Tag lagi 8 orang

1-ayie
3-life (aku lupe nak tanye name betol dia)
6-izyan
7-nadnod
8-nora

9) siapakah orang no. 1 kepada anda

membe zaman hingusan..aku tak rapat sangat..dia perasan comel ;p

10) katakan sesuatu mengenai orang no.5
selamat bakal pengantin baru...psst...harap2 dapat jemputan makan free... ;p
(blog dia best..dan dia sangat friendly even popular ^^)

11) no. 3 ada hubungan dengan sapa?
 
aku taktau. yang aku tau dia JIWANG (kontra untuk blog aku) ^_^
jangan mara ha~

12) bagaimana pula dengan no. 4

geng blogger baru kat blog aku.. mekaseh babe! 
13) pesanan buat org no.6
 
 nanti ade mase kite jamming sesame yer.... :)

14) kata-kata cinta utk org no.2
 
oh, apah! ily sgt2...ahaha...
kite still member ok...more accurate, hope dapat same2 bergabung, meletop  lagi..rindu zaman perform caklempong dolu2 kala... ;p

team caklempong SMKKGV 
dari kiri standing, as,apah, aku , ckin,
dari kiri sitting, intan, chip, shinchan.. <3
[selingan sebentar]

15) adakah no.7 dan no.8 mempunyai persamaan?
 
not sure la~
16) berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengtag anda
 
*dia sweet
*experienced yang same dengan aku (love)

*rajin singgah blog dan mengomen aku
*dia follow aku, aku follow dia.. :)
*a good new friend of mine

17) persamaan antara kambing dan lembu
 
daging dorang kalau masak kari cicah dengan roti jala memang sodap!
tapi aku tak leh makan daging kambing nanti pening2..(ok, yang ni takde kene mengena) 

18) perasaan anda buat tag ni
 
aiyo! banyak lagi ke ni...(da lapar sebab banyak berfikir..susah2 soklan ni..kalah soklan add math..[gebang gila] ) 


19)adakah anda tahu si rizman itu sengal..
 
tau. tapi jap! rizman yang anak pak mat tempe belakang rumah tu eh?

20) gay or less
 
no komen! kadang2 less.. my lessie>
cumeyh kan??ahaha..jatuh saham kau... ;p
not to worry..aku stret je..

ok, done! ^_^

berbangga lah anda wahai wanita~ ade ape dengan lelaki?

salam,

aku terdengar kat radio hari ni = HARI WANITA SEDUNIA
so, hey women out there! be proud to be wanita ok...

asal korang tak nak berbangga yang korang tu pompuan?
asal nak jadi laki kalau korang elok2 da pompuan?
yang lelaki siap ade nak jadi pompuan..maksudnye, best lah jadi perempuan..kan??

pompuan >>

*boleh mekap2, pakai lawa2...

lelaki mane boleh..dorang paling ensem pun dengan t-shirt jugak..kalau raye tu, mane boleh pakai gaun kan..kalau tak baju melayu, mesti jeans & tshirt..
 bangga la sikit kite ni ade macam2 jenis fesyen..

*boleh dapat diskaun tiket kat TGV CINEMA

tiap2 hari selasa kan tgv buat ladies day..lelaki ade ke??
kalau lelaki tu dressing macam ladies aku taktau plak tgv bagi ke tak..

*boleh jadi ibu

memangla lelaki boleh jadi bapak orang..tapi sape yang lahirkan? perempuan kan??kan2???
ok..korang yang lelaki jangan kate korang yang donate sperm tu baru leh dapat baby..donate tu tak susa pun..pompuan yang simpan 9 bulan, bertarung nyawa (kalah Star Wars) untuk melahirkan..korang lelaki mane rase..

so, hey ladies! be proud! please3~ jadi perempuan sejati :

# kene pandai masak (nasihat untuk diri sendiri ;p )
# kene tau kemas rumah (sebab lelaki bukan mau buat keje2 nih except yang desperate belum ade bini)
# pakai yang sewajarnya (buat muslim)
# kene membebel sekali sekala (kalau lelaki bebel macam bangang kan?so tugas ni pompuan expert)
# shopping!!! (takde gurl yang taktau buat korje ni. majoriti lah. lelaki hanye minoriti yang suke shopping. setuju?)


^_^ mintak maaf kalau de sesape yang terase ok.. ;)

Sunday, March 7, 2010

ujian datang lagi

aku tau bila kau tersenyum,
kau menyimpan duka
kau berlagak tenang
sedang hati berkocak hebat

aku tau
senyummu itu tak seperti  di hatimu
tenanglah ibu
hidup ini bererti bila kau gembira
ujian takkan berhenti

biarkan mereka
aku tetap di sini

"adakah kau dikatakan beriman sedangkan kau tidak diuji"

Friday, March 5, 2010

adeh~ bibir bersalin kulit...

salam,

hari ni da 4 kali aku letak vaselin kat bibir aku...
pedih siot...tah macam mane leh luka..
aku rase sebab aku gigit bibir atas aku dari semalam...huhu.

nak letak gambo, aku rase orang mesti akan tanye gambo ape yang aku letak sebenarnye..
bibir da macam mulut ikan. kalah Angelina Jolie kau....huhu...

Mie suruh aku letak madu..tapi bibir da kering giler, kang aku basahkan dia terkopek2...huhu...
haaa~~ sabar je la...

takpe..esok mesti da boleh jadi model lipice balik..ngehehe.

p/s-pasal post ni bosan giler???????? heh!

Thursday, March 4, 2010

AINA : "WEDDING CONTEST"

salam,



hari ni nak buat karangan pasal contest kak aina ni...hadiah dia menarik tau..jgn maen2...sape menang boleh makan sampai terbarai perut! sape nak bagi makan free, boleh amek je bape banyak yang korang nak?ha! kak aina ni nak kasi...yang menang je la tapi..kalau tak menang, sila makan hati sahaja.. ;)

baiklah murid2. . . . karangan berjudul hadiah kahwin ape paling ideal untuk kak aina daripada kawan2 dan kenapa?

well...kalau korang perasan, asal kawen je, dapat pinggan mangkuk, periuk belanga segala...

oven comel ni memang sesuai untuk kak aina.contoh saje (oleh google)

takpun yang ni...

kan bosan kalau asyik2 bende yang same je....makcik2 sedare kak aina konpem bagi benda2 alah tu..so,ape kate ubah sikit.....
aku rase yang ni ideal ...>>
SANGAT2!


ha! kan masyuk tuh...tapi aku rase kawan pompuan je la yang sesuai bagi..kalau lelaki nanti nampak lain macam pulak maksudnye.
p/s- kalau nak bagi,awal2 letak note kat wrapper, jangan bukak depan budak2 kecik.
ok tak? ;p

ehem2~ ;p

kalau gown night yang first tu tak cukup 'hot', yang ni class gitu....
p/s-aku tak la rase gown ni paling hot mase aku search kat google.even gown ni ala2 transparent gitu. cume, disebabkan aku ni budak tak cukup umur lagi, rase tak sesuai pulak bagi gambo yang over.takut2 blog ni kene banned plak.peace yaaw~!

p/s2 : tapi aku budak Bio. tak la kecik sangat kot.. n_n ngeee
(ape relationship?)

oh! selain tu, aku rase, elok jugak kalau kawan2 kak aina bagi dia pakej percutian..tak kesah la taja tambang pegi balik ke, taja tempat penginapan ke, takpun government tax (5%) pape la...janji tempat tu kak aina tak penah jejak lagi...contoh?

ha...korang mesti ramai lagi tak penah pegi tempat nih kan? aku pun..so, ade sesape sudi taja?
put your hands up! :D
takpun, yang ni...>>>

kalau Kak Aina dapat berkhemah kat sini, kompem dia pikir sampai botak nak balik Malaysia ke tak. ^_^
p/s-aku nak pegi jugak tapi taktau kat mane tempat ni..rasenye macam penah tengok dalam cerite Mohabbatein.

orang kalau kawen, mesti honeymoon kan? sebab tu aku cadangkan tempat2 tu..membe2 kak aina kene la pecah tabung kalau nak hanto kak aina ke tempat superb tu... :)

tapi, hadiah paling ideal bagi aku untuk hadiah kawen kak aina ni ialah yang ni ~

~sweet couple~
bagai pinang dibelah sama rata..

ape kate, kawan2 kak aina amek gambo bakal raja sehari ni. mintak kartunis yang berlambak kat central market tu lukis..ade pilihan. berkaler or sketch je. pastu frame, balut molek2, letak reben, letak kad kecik.
kak aina boleh sangkut kat rumah dinding batu dia. 

paling penting, hadiah ni tak perlukan modal yang banyak tetapi akan di ingat selagi frame tu bergantung.
lagi masyuk kalau kawan kak aina boleh lukis sendiri..tapi jangan la pulak jadi ghoman (slang nogori sombilan) Datuk K ngan Dato' Siti.. :')

aku tau kak aina ni suke bende2 yang DIY (do it yourself).. same macam aku! (out of topic)
sebab dia kate lagi valuable..macam kad2 anniversary yang dia buat sendiri untuk Abg Ayie pengarang jantung hati tak berbelah bahagi tuh...(amboi2, over anak orang ni)

p/s-kak aina mesti pelik macam mane aku boleh tau semua tu sebab aku baru je jadi follower dia tak sampai seminggu..aku tau sebab aku tengok sini. 
cinta siber you~ jeles siot!

so, macam mane murid2? sila hantar karangan kamu kalau nak dapat makan free~ kat blog beliau.

p/s/s/s~kak aina, mintak ampun dari ujung rambut sampai ujung kuku amek gambar sweet tu kat facebook tak mintak izin.. siap edit hampeh pulak..rosak pemandangan wajah yang cun melecun tu :')


 
jeles dengan kak aina. . . . -_-"
;)