Saturday, March 20, 2010

masa gumbira~

salam,

akhirnya plan untuk ke Sunway Lagoon berjaya..
gather dengan mochub sangat seperti kanak2 riang gilang gemilang.. ;)
antare yang bukan dalam list sebok2 sardin kan kereta ialah mereka>
iekin (adik aku) , ecam (bf dia) , supi (adik Iqa) , Ecad.

malam tu,all  the girls sleepover at Iqa's house..
kitorang tidur pukul 2 pagi sebab semangat membara kalau boleh tak nak tido takut masing2 bangun lambat esoknye.
well,aku jadi orang terakhir bangun selepas dikejut bagai nak rak (bukan benda pelik bagi dorang)
pukul 8 pagi da sampai KTM Klang..
yang lelaki ibu aku hantar..perempuan pulak naik dengan ibu Iqa.
i mean, kereta ibu Iqa.

so,kitorang yang perempuan sampai dulu.

sempat camwhore.
from left : Iqa, aku, Mie, Mira

sementara tunggu train~ ^^ sempat posing
sungguh melancong (pinjam ayat Hanis Zalikha)

berjalan dari bustop depan sunway pyramid then stop by nak posing.lagi.
(kedai belum bukak)

here we are..kaunter still tutup.

sampai dengan semangat berkobar-kobar kalah mase struggle nak SPM dolu2.
nak jadi orang pertame beli tiket & masuk Sunway Lagoon. n_n 
dan kami memang antare orang terawal sampai. ade korang nampak orang lain?? ngehehe

berkelah kat dataran.rase macam selebriti. ;>

mira & mie jage tempat kat kaunter sebab dorang da breakfast.
sambil tu kitorang menterdarah depan sunway tempat ade dataran tu. nasi lemak wooo...
lantak orang pandang. makan dengan selamber tak hengat sebab makanan kat dalam tu bapak mahal! (jimatcermat amalan mulia)

perut kenyang, hati senang.

bile kaunter tiket bukak ape lagi...... serang~!!!
aku, mira n mie beratur kat kaunter berbeza2...gile diskriminasi. ;)

sebelum basah camwhore dulu :))

da jejak je kawasan sunway tu masing2 cari port baik nak letak barang2.
then tukar baju, serang~!!!!
gambar masing2 berbikini takkan nak letak pulak.
nanti bakal mak mertua reject. nehi. nehi.
c(:

even kitorang main 2 park je, sangat enjoy~!
habis mandi, pegi main kat amusement park, hanging bridge & of course camwhoring.
mane boleh tinggal..woo.woo..




happy together~ <3


memang hantu kapal ni

naik kapal pusing2 ni dengan tomahawk bapak best.
jerit2 sampai anak tekak boleh terkeluar & suare berubah kinda rockstar! chet!

the great tomahawk

tarik mie yang taknak naik bende alah ni biar same2 pening. siap pujuk, 
"alah Mie, ni la persediaan awal ko nak masuk PLKN..ahaha"
mie akhirnya ikut naik gagahkan diri. tinggal fahmy, faris & supi yang memang taknak naik. huh! tak adventure langsung! ;p 
suare Iqa paling nyaring.tapi mase naik tomahawk terus speechless sebab 360 degree berpusing.
masing2  siap selawat, mengucap segala takut2 la kan~

the journey begin~camwhore dulu ^^

aku yang mula2 excited jadi menggeletar kepale lutut bila da halfway kat jambatan nih.
cuak doh. lagi2 bila sampai part yang ade besi2 lompong boleh nampak peta sunway tu. 
lagi menakutkan daripada naik  tomahawk & kapal tu!

rehat jap. ;)

muke Ecad tahan lapar. kesian (style dalam madu tiga)

obvious muke aku cuak kabebeh.


untuk amek gambar je. lepas tu terus berpaut kat tepi jalan atas papan bertutup je.

nice view from the hanging bridge.

maka turunlah kami selepas membakar lemak sepanjang 4++ meter. c(:

lepas tu bergerak ke sunway pyramid untuk makan. bayangkan masing2 tahan lapar dari pagi. bawak pegi mcd terus melantak tak pandang orang da. senyap je masing2. **gigih**

the story end.
but our loves never end. chewah!

1 comment:

ahmad endo said...

best tu...jeles aku...hehehe