Friday, January 28, 2011

o.m.g drama charity

salam...

drama di KDU.

adegan I.


adegan II


pelakon I.

pelakon II.


eh eh. ada MJ. sila jeles. *fake*

kau mampu??


o.m.g I (abaikan yang gedik kat bawah tu)

bukan ingin menunjuk sifat pemurah. tapi untuk bagitau semua yang drama ini adalah untuk membantu kanak kanak yang menghadapi cancer. 


scandal I.


mana nak dapat lecturer gini weih?


beli tiket RM100 nanti dapat makan 3 set italian food dengan ending yang lain dan persembahan yang lebih grand cause mine was only RM15. 


we spread the word.


baru teringat belum dinner. oh! dah pukul 11 lebih.


pelancong.


piranha much.


eh kenapa malu tu eh..

oh~ sebab kita tengok cerita HAQ lepas makan. midnite movie. :)


komen : grafik cantik, shooting angle semua vogehdevas. zulhuzaimy charming. :p jalan cerita ni draggy. akibatnya dua teman tidur berdengkur. 

support lah KDU ye kawan kawan. pergi google sendiri. zaman dah maju kan. wa nak layan Marry Me Mary. kuikui

Wednesday, January 26, 2011

sembilan belas sudah

assalamualaikum...

sudah lambat. sangat lambat. oleh itu, saya menyusun 10 jari terminator ini memohon ampun dan maaf buat kalian. sangat sangat. tapi better late than never bak kata pepatah. 

aku baru kenal korang. baru sangat rasanya. macam semalam. tapi rupanya dah dekat 2 tahun untuk kau. dan nak dekat setahun untuk kau.

terima kasih sebab turut involve dalam hidup aku. tanpa korang, korang ingat ada ke orang nak gelak bila aku sebenarnya tak buat lawak pun? memang tak lah. tanpa korang dengan siapalah aku nak huha huha. *korang separuh dari kehidupan huha huha aku lah maksudnya*

untuk itu,



atas kelewatan aku wish kau, MIE.
atas kelewatan entri yang dedicated khas unutk korang.


semoga korang panjang umur, murah rezeki, sihat wal'afiat sejahtera senantiasa, success dalam apa apa pun korang buat, semakin cantik kiut miut dari hari ke hari, tercapai segala hajat, insyaallah.

semoga term kawan ni tak bertukar menjadi lawan. (kalau dulu setiap kali tulis biodata ada frienship foreveer, ha macam tulah.)


selamat ulang tahun ke-19, MIE & QI. 

nukilan, adikmu tersayang. (kahkah)

p/s-mie, nanti kita celebrate oke.
qi, kek tu tak berapa sedap kan tapi aku tau bila free kau makan jugak. ;)

Saturday, January 22, 2011

hati berkecai

salam...


kerana ini. . .
kepulangan kengkawan Korea (Kyung Hee University) sobs sobs


kekurangan satu lagi hero impian. sobs sobs T.T


maka punah harapan dan impian. sekian.

p/s-entri paling emo bulan ini.

dia dah kenal cik epal ke?

salam...

baru teringat, thanks emmaraus for the entry :)
you are the sweet one. and with that cool yellow bag. so adorable girl. :)

p/s- macam lah nanti tak boleh tanya kat fac. mana jumpa url blog cikai ni? hahaha

mari belajar cara menabung

salam...

credit to google.

i'm a big spender! yes. pemboros-belasah-segala-makanan-pakaian-peralatan-tanpa-berfikir-secara-rasional noktah. susah untuk membezakan kehendak dan keperluan. bila sudah pandai membezakan antara keduanya, tidak tahu pula bagaimana caranya untuk mengehadkan nafsu membeli kehendak instead of keperluan. ha. aku lah tu. 

jadi setelah cuba beberapa method dan membuat sedikit sebanyak research, aku dapat beberapa solution yang hanya berjaya bila ada kehendak dan kemahuan. 

mari ikuti cara berjimat, Kau Nak Kau Boleh.

1# kau nak menabung, kau boleh guna duit kertas sahaja.
caranya. guna duit kertas sahaja. contoh, kalau kau pergi kedai nak beli ubat gigi RM2.50, guna RM5 instead of guna duit kertas RM1x2 dan seketul 50sen. nanti dapat baki RM2.50 balik kan? ha. yang 50sen tu simpan dalam tabung, guna balik duit kertas RM1x2 tu. the trick here is when you wanna buy something that cost RM_.10. ha part ni kau kene kuatkan hati dan minda. walaupun ada seposen dalam purse/wallet, jangan guna! guna duit kertas sahaja. ingat. kau nak kau boleh. 

2# kau nak menabung, kau boleh bawa duit secukupnya sahaja.
jangan nak bawa kad kredit ke hapa. tinggalkan je kat rumah. pemboros takkan ada kesedaran bila bersama kad hutang itu. kad hutang adalah musuh paling utama si pemboros. ingat! jadi bawa duit secukupnya untuk barang yang nak dibeli. sahaja. oh! jangan bawak atm kad. senang pulak nanti nak cucuk cucuk je..

3# kau nak menabung, kau boleh listkan bebarang yang diperlukan sahaja.
okelah. sila buat dua column, listkan keperluan dan kehendak. trick kat sini, kena pandai differentiate. jangan nak letak ubat gigi kat kehendak dan letak iPad dekat keperluan. pikir balik. decide bebetul mana satu kehendak dan mana satu keperluan. untuk lebih efektif dan buat orang yang tak mampu nak asingkan kehendak dari keperluan, mintak kawan yang kedekut atau bijak mengurus wang asingkan untuk anda. orang yang pandai mengurus wang, akan tanya, "kenapa benda ni perlu?" takde jawapan, say nehi to iPad. 

4# kau nak menabung, kau boleh bawa kawan yang bijak mengurus wang shopping sama.
ni lagi satu hal. kalau nak bergonjeng dan shopping bersama kengkawan, elak dari bawa kawan yang :

  • cantiklah baju tu. sesuai untuk kau.
  • eh, yang ni sale. baik kau beli nanti rugi pulak bila dah habis.
tapi bawa kawan yang :
  • takyah lah ni weh. kau dah banyak lah. nanti ada keluaran lain kau nak beli lagi.
  • ala, takpe. sale ada bila-bila. 
  • tahan tahann
jadi bila nak beli something boleh pikir banyak kali balik. *wink*


method ni banyak yang aku belajar dari majalah tapi tak ingat nama dia. tapi ni yang aku guna dan berkesan kat batang hidung sendiri. (tapi kad kredit aku memang tak pernah guna)

bagi kengkawan yang bermulut laser boleh gunakan method seorang kawan saya ini. kau kalau mencarut bak sini doposen. seorang kawan boleh pegangkan tabung tu nanti dah banyak bawak piggy bank pergi Maybank ke hapa. berkesan juga. dapat buat dua benda dalam satu masa : berhenti mencarut/melazer & menabung. 

selamat menabung! :) 

antara rasa

salam...

currently:
takde mood nak buat assignment. runsing tengok blog ni makin lame.

solution:
hadap TV3.

taktau tajuk cerita ni. abaikan.
cuma satu scene buat aku pikir dalam.

pengemis. bukan pengemis cinta. 


Malaysia ni negara kaya ke? tak juga. miskin ke? tak juga?
tapi biasalah kemiskinan di mana-mana.


nak beli keropok lekor goreng pun nampak orang miskin. peniaga miskin senyuman. sadis.
bawak kereta pergi Jusco Bukit Raja pun nampak orang miskin. pemandu miskin signal kiri. sadis.

sebelum apa apa, entri ini sekadar monolog dalaman saya. i have no intention to offend anyone. seriously.

bila pergi makan, selalu ada orang mintak derma. ada juga yang mintak sedekah. bila orang mintak sedekah kadang kadang pikir dua kali. bukan sebab kedekut. tapi zaman sekarang ni orang lemah dipergunakan. yang untung orang lain. susah nak bezakan mana yang betul mana yang salah dan palsu sekarang ni kan.
hari tu pergi makan ada orang datang mintak sedekah dengan cawan polistrin. tapi tangan kat sebelah dengan rokok. sakitnya hati. macam macam dah aku tengok. yang hantar dengan van lah. kesian orang yang jadi mangsa herdik orang lain. dunia dunia~


"kalau kau ada duit lebih nak bagi, bagi je lah. dia tipu ke ada orang lain gunakan dia ke, antara dia dengan Tuhan dan antara orang tu dengan Tuhan. janji kau ikhlas. yang lain tu terserah lah." kata seseorang berlegar-legar.


p/s-aku taktau apa aku taip. tunggang terbalik takde plot macam harem. -.-"

seronok ke jadi Justin Bieber?

salam.

dah kenapa? dah lama tak update tiba tiba keluar Justin Bieber? ahaks.
aku tak minat dia pun. tapi rambut dia tak dapat nak deny memang cool.

lepas tu jumpa kat sini.

kau mampu? 

bye! :)

Friday, January 14, 2011

keadaan

salam..

siapa baca belog ni masa aku tak update langsung? seminggu weh! seminggu. paham tak macam mana rasanya bila tinggalkan orang yang kita sayang secara paksa? ha. gitulah. kelam kabut rasa dua minggu pertama ni. like what the? kamon lah weh. baru dua minggu tahun baru dah busy macam hape. ni kan pulak masuk next week.

kenapa ramai nak tau pasal merak ni? sebab thaipusam next week kot.


cerita pasal next week. i'm going to be part of students who will be in charge for exchange student from South Korea. :) eh dah bagitau ke belum? ah. pedulik. so, next week must be double hectic with all those practices for the performance and assignments. however, hope that those will turn out great huh. anyway, those Koreans will be arrive this evening and i'm going to pick them up together with few others student-pak cik bus too. tehee


sekarang nak check planner. apa yang boleh buat sementara tunggu petang ni. takpun exercise lah.



unbelievable perform lagu ni nanti. kau ingat senang nak jadi adorable macam depa? memang tak lah weh.

Saturday, January 8, 2011

jadi ringkas

salam...

kerja banyak tapi masa tak banyak.
jawapannya kita tak dapat nak sorak Yuna dan Faizal Tahir depan tv malam ni. sigh
dan kita ada praktis drama pasal malay princess malam ni. sigh
kita juga ada empat test minggu depan. sigh
kita juga terlibat dengan exchange student from South Korea lepas minggu depan jadi kena praktis gedik gedik lagu Gee tak pun Oh! tak pun shuffle lagu I'll be back. yang ni pikir nak sigh ke tak.


jadi nampak suka meleweh bila bekerja namun menggedik nak pikir pikir sanggup tak nak leweh leweh.
tak tak! KITA MEMANG SUKA SETIAP KERJA DALAM TESL exclamation mark



mari mulakan minggu kedua tahun baru dengan perasaan girang-gira-ria-elaun-masuk-YAHOO exclamation mark lagi

blah sekarang kemas barang balik Kolej Mawar fullstop senyum sampai telinga

Thursday, January 6, 2011

last time when i. . .

salam....

siapa tak pandai kemas loker angkat tangan? *angkat tangan*
siapa tak pandai kurangkan barang dalam loker angkat tangan? *angkat tangan*
siapa tak pandai bersihkan kandang kuda angkat tangan? *turun tangan*















yeay naik trak!!





picit jerawat. nyamuk jahatt. -.-"

makan elok elok ye baby baby sayang. *monolog dalaman*


abang gagah. phewitt~


membanting tulang seharian memang memenatkan.



jakon.








wooh wooh. artis bagi makan burung.


merak kayangan much.


unspoken heroes of the day.




dah siap kerja kita... :)
bangga mak ayah kalau tengok ni. bukan senang tau jadi volunteer zoo negara. lagi lagi kat kandang zebra. dia punya busuk, mak datokkk~ sampai nak muntah aku dibuatnya. *gedik* its a fun & wonderful day though. bila lagi nak timba pengalaman kerja kat zoo negara, sapu taik kuda, cedok taik kuda, terbaik! jangan kata timba, berbaldi pengalaman aku sehari tu.lagi lagi dengan pertolongan abang abang zoo keeper yang baik baik belaka. ;) *seriously* ahaks.


credit-semua pic dari fb abe senior.

Wednesday, January 5, 2011

revolusi lepak budak perempuan.

salam....


 entri ini kite guna 'wa' sebagai kata ganti diri supaya nampak macam minah wempitz sikit. *konon*

wa tak paham ape ke he wa tetibe nak cite pasal lepak lepak nih. biasa ah kan. lepak lepak ni kekadang best jugak. nanti boleh lah berlagak tau update semasa tanpa baca paper. contoh macam, eh, seronok jugak main bola. ada harapan dapat Suzuki Swift.

tapi lepak dulu dulu lain. memang tak ah nak sama dengan sekarang. maksud wa bila dah besar lain lah style dia kan. apa ingat wa tak melepak ke? mentang mentang muka wa i-no-cent wa tak boleh lepak ah? nehi. perenggan ini langsung tak beremosi ye. tolong jangan nak kata eleh cite lepak pon nak emosi. *abaikan*

kesah lepak seorang budak perempuan slash wanita remaja perempuan

kalau zaman wa sekolah rendah dulu nak melepak kena bawak mak bapak weh. biasalah dulu masa kain biru pekat mana nak ada kapcai ke hapa. memang tak lah. sebab wa serik doh kemekkan scooter cool mountain dew bapak wa dulu. badan sekeping celah mana lah nak ride scooter gabak tuh. zaman tu tak de yang Nouvo S ke Ego. yang hado memang yang gabak gadang boghek tu ha. dah tuh pergi melepak bawak mak bapak memang ah tak cool en. jadi kalau sampai mall ke pasar raya Giant ke, wa pecah lah ngan mak bapak wa. wa lepak ngan member member. habis mak bapak wa shopping groceries, wa pun ikut lah balik sekali. curfew ketat bhai.


lepas wa dah maju sikit wa tak pakai lagi dah kain biru gelap tu. wa guna kain turquoise. masa ni dah pandai ponteng kelas. kalau datang lambat wa lepak belakang 7E dulu sebab wa tak nak malu duduk depan pentas masa perhimpunan. tak best ah doh. budak kelas first datang lambat jual muka atas pentas. jatuh ah saham wa. lepas wa dengar senyap je dari 7E tu baru ah wa buat muka i-no-cent masuk sekolah. nasib baik sekolah wa ada sesi pagi petang. muka form 3 wa memang la tak macam form 1. tapi sepopular wa kat sekolah tu tak de lah pulak pak guard kenal. jadi wa selamat ah walaupun bila dah masuk kelas cikgu tanya, "tadi tak nampak awak pun?" wa senyum kambing je der. nak cakap lebih lebih nanti tambah lagi dosa wa. baik takyah.

dah tu bila cuti penggal ke wa plan ah nak melepak dengan geng wa. ada je plan melepak. tengok wayang ah. main bowling ah. dah maju lagi. tapi curfew still ada. balik tak boleh petang sangat. kalau tidak ibu wa tak nak bagi wa keluar lagi dah. ok. wa anak patuh. wa ikut la. melepak zaman menengah rendah kena balik before maghrib.


masuk menengah tinggi wa blah dari sekolah terbaik tu pergi sekolah kat seremban. masa ni wa duduk hostel. nak cerita hostel perempuan memang lah peraturan dia macam korset zaman enam puluhan. ketat gila doh. kantoi tengok juara lagu time prep pun wa dah kena baca doa qunut dengan solat hajat 10 kali, baca yaasin 10 kali. kalau kantoi keluar tak pakai kad outing plak dah kene hadap HEM. wa tak kesah sangat HEM pitching Jaclyn Victor tuh tapi dia punya gandaan tu yang wa rasa berbulu sikit. contohnya, "bila saya kata tak boleh, tak boleh, TAK BOLEH!" tapi wa buat lah jugak kan. wa melepak kat mekdi makan eskrem singgit. ada ah kantoi dua kali. cuma kalau wa balik rumah masa cuti panjang wa lepak la kat mapley memana dengan membe wa. dah pandai dah~ lepak mapley. dia kena guna mapley kalau tak rasa macam team lepak loser. curfew dah tak ketat sangat. wa lepak sampai pukul 1 pagi cengitu. sebab wa kerja dengan busu kat foodcourt dia so lepak depan mata dia pun. :D


sekarang dah bukan budak bawah umur lagi so memang takde hal sangat lah. pergi holiday pun dah boleh sendiri sendiri je. :) curfew pun dah makin panjang. tapi still lah kene report kat ibu dengan sapa, dekat mana, bila balik. *anak patuh* pastu dah tak lepak kat centrepoint/klang parade dah. paling cikai pun Jusco. ahaks. apa apa turun KL. kenderaan rasmi KTM. takpun RapidKL. kahkah. kalau ada kereta pergi jauh lagi, lepak lama lagi. ha macam gitu lah nampaknya. ;)


kalau lepak dengan boyfriends lain lah pulak ceritanya. paling awal habis lepak memang pagi lah jawabnya. biasalah budak laki ni cerita dia lagi banyak. kalau layan bola lagi lah. dah tu dengan shisha lagi. diorang ah. wa tak layan. tapi kalau nak ingat zaman budak laki belajar lepak lagi kelakar doh. start dengan air kosong bila nak tengok bola dengan geng. duit tu kurang. malu nak mintak mak so minum air kosong free takpun kalau gi ramai ramai boleh mintak diskaun dekat akak waitress. lepas tu upgrade sikit minum teh o ais takpun limau ais. (air singgit) masa tu dah ada EX5. lagi lah tak lekat kat rumah. (mak cik belakang belakang rumah asyik kata gitu)

cengitu lah revolusi melepak cara aku. melepak kadang kadang buang masa tapi selalunya masa ni lah rapatkan bonding dengan kawan kawan, sepupu sepapat. ;) namun begitu, sekarang dah susah nak melepak sebab kerja dah makin banyak. kalau dah runsing sangat kita melalak dengan karo-k jamban je. *wink*

ok, bye bye. ^^

you decide it

don't let such paper ruined everything

be grateful with what you got

work harder work smarter

smile and everything will be ok.

Thanks Miss Mel ;)

Sunday, January 2, 2011

joli katak cara TESL-ian

salam. :)

minggu pertama dalam tahun baru ini telah disajikan sajian yang enak enak belaka.

* LITERATURE TEST
* LISTENING TEST
* READING TEST
* TED INDIVIDUAL WORK
* OUTLINE SPEECH DUEDATE
* WRITING ESSAY
= STUDY

jadi dengan itu, hapdet akn berkurang. lagi lagi hapdet bergambar gedik suka suki. T.T


MARI JOLI KATAK DENGAN ASSIGNMENT!

RUN AFTER EXCELLENT, SUCCESS COME LATER. ;)

FIGHTING!