Wednesday, January 5, 2011

revolusi lepak budak perempuan.

salam....


 entri ini kite guna 'wa' sebagai kata ganti diri supaya nampak macam minah wempitz sikit. *konon*

wa tak paham ape ke he wa tetibe nak cite pasal lepak lepak nih. biasa ah kan. lepak lepak ni kekadang best jugak. nanti boleh lah berlagak tau update semasa tanpa baca paper. contoh macam, eh, seronok jugak main bola. ada harapan dapat Suzuki Swift.

tapi lepak dulu dulu lain. memang tak ah nak sama dengan sekarang. maksud wa bila dah besar lain lah style dia kan. apa ingat wa tak melepak ke? mentang mentang muka wa i-no-cent wa tak boleh lepak ah? nehi. perenggan ini langsung tak beremosi ye. tolong jangan nak kata eleh cite lepak pon nak emosi. *abaikan*

kesah lepak seorang budak perempuan slash wanita remaja perempuan

kalau zaman wa sekolah rendah dulu nak melepak kena bawak mak bapak weh. biasalah dulu masa kain biru pekat mana nak ada kapcai ke hapa. memang tak lah. sebab wa serik doh kemekkan scooter cool mountain dew bapak wa dulu. badan sekeping celah mana lah nak ride scooter gabak tuh. zaman tu tak de yang Nouvo S ke Ego. yang hado memang yang gabak gadang boghek tu ha. dah tuh pergi melepak bawak mak bapak memang ah tak cool en. jadi kalau sampai mall ke pasar raya Giant ke, wa pecah lah ngan mak bapak wa. wa lepak ngan member member. habis mak bapak wa shopping groceries, wa pun ikut lah balik sekali. curfew ketat bhai.


lepas wa dah maju sikit wa tak pakai lagi dah kain biru gelap tu. wa guna kain turquoise. masa ni dah pandai ponteng kelas. kalau datang lambat wa lepak belakang 7E dulu sebab wa tak nak malu duduk depan pentas masa perhimpunan. tak best ah doh. budak kelas first datang lambat jual muka atas pentas. jatuh ah saham wa. lepas wa dengar senyap je dari 7E tu baru ah wa buat muka i-no-cent masuk sekolah. nasib baik sekolah wa ada sesi pagi petang. muka form 3 wa memang la tak macam form 1. tapi sepopular wa kat sekolah tu tak de lah pulak pak guard kenal. jadi wa selamat ah walaupun bila dah masuk kelas cikgu tanya, "tadi tak nampak awak pun?" wa senyum kambing je der. nak cakap lebih lebih nanti tambah lagi dosa wa. baik takyah.

dah tu bila cuti penggal ke wa plan ah nak melepak dengan geng wa. ada je plan melepak. tengok wayang ah. main bowling ah. dah maju lagi. tapi curfew still ada. balik tak boleh petang sangat. kalau tidak ibu wa tak nak bagi wa keluar lagi dah. ok. wa anak patuh. wa ikut la. melepak zaman menengah rendah kena balik before maghrib.


masuk menengah tinggi wa blah dari sekolah terbaik tu pergi sekolah kat seremban. masa ni wa duduk hostel. nak cerita hostel perempuan memang lah peraturan dia macam korset zaman enam puluhan. ketat gila doh. kantoi tengok juara lagu time prep pun wa dah kena baca doa qunut dengan solat hajat 10 kali, baca yaasin 10 kali. kalau kantoi keluar tak pakai kad outing plak dah kene hadap HEM. wa tak kesah sangat HEM pitching Jaclyn Victor tuh tapi dia punya gandaan tu yang wa rasa berbulu sikit. contohnya, "bila saya kata tak boleh, tak boleh, TAK BOLEH!" tapi wa buat lah jugak kan. wa melepak kat mekdi makan eskrem singgit. ada ah kantoi dua kali. cuma kalau wa balik rumah masa cuti panjang wa lepak la kat mapley memana dengan membe wa. dah pandai dah~ lepak mapley. dia kena guna mapley kalau tak rasa macam team lepak loser. curfew dah tak ketat sangat. wa lepak sampai pukul 1 pagi cengitu. sebab wa kerja dengan busu kat foodcourt dia so lepak depan mata dia pun. :D


sekarang dah bukan budak bawah umur lagi so memang takde hal sangat lah. pergi holiday pun dah boleh sendiri sendiri je. :) curfew pun dah makin panjang. tapi still lah kene report kat ibu dengan sapa, dekat mana, bila balik. *anak patuh* pastu dah tak lepak kat centrepoint/klang parade dah. paling cikai pun Jusco. ahaks. apa apa turun KL. kenderaan rasmi KTM. takpun RapidKL. kahkah. kalau ada kereta pergi jauh lagi, lepak lama lagi. ha macam gitu lah nampaknya. ;)


kalau lepak dengan boyfriends lain lah pulak ceritanya. paling awal habis lepak memang pagi lah jawabnya. biasalah budak laki ni cerita dia lagi banyak. kalau layan bola lagi lah. dah tu dengan shisha lagi. diorang ah. wa tak layan. tapi kalau nak ingat zaman budak laki belajar lepak lagi kelakar doh. start dengan air kosong bila nak tengok bola dengan geng. duit tu kurang. malu nak mintak mak so minum air kosong free takpun kalau gi ramai ramai boleh mintak diskaun dekat akak waitress. lepas tu upgrade sikit minum teh o ais takpun limau ais. (air singgit) masa tu dah ada EX5. lagi lah tak lekat kat rumah. (mak cik belakang belakang rumah asyik kata gitu)

cengitu lah revolusi melepak cara aku. melepak kadang kadang buang masa tapi selalunya masa ni lah rapatkan bonding dengan kawan kawan, sepupu sepapat. ;) namun begitu, sekarang dah susah nak melepak sebab kerja dah makin banyak. kalau dah runsing sangat kita melalak dengan karo-k jamban je. *wink*

ok, bye bye. ^^

No comments: