Friday, August 27, 2010

Vampires Suck is totally SUCK.

salam...

aku dah tengok cerita 2 minggu yang lepas bila kawan lelaki dah ada cerita ni dalam lappy, sangat envy.
lalu copy cerita ni ingat dah ketinggalan zaman rupanya baru keluar panggung hari ni.

tak sangka jugak cerita ni keluar panggung. 18PL ke ha? aku tak usha pun sebab dah tengok. macam bangang weh! sumpah. dari gelak happy, kadang-kadang gelak tensyen je wa dengan kebodohan cerita dan watak tersebut. rasa macam nak sepak pun ada jugak doh. chet!

tapi kalau nak kata pendapat sebenar aku, nak tengok kat panggung tak berbaloi la. baik copy and paste layan kat laptop sambil kunyah popcorn RM2 pasar malam Sabtu..


p/s-perubahan emosi mendadak dalam satu malam menurut entri lepas. -.-" transform ^_^

saya yang sebenar

salam....

wah! kata ganti nama dah bertukar..! :D

ini entri sedikit emo kerana rasa seperti nak tonyoh tonyoh kepala sendiri kerana salah bodoh..

aku tak tau kenapa tapi aku selalu bermasalah, bila masuk dapur. bila masuk pool. bila tukar status 'in a relationship' di FB. bila membuat keputusan. bila menyusun jadual. bila selalu sangat terlupa sesuatu yang tersangat penting. bila menjaga hati.

kalau penting kau mana boleh lupa lah! jadi kenapa? kenapa? hamboi~ emo nih emoo~~

kenapa dari dulu juga tak pandai menjaga hati? hati orang? hati sendiri? tak sengaja? ha! padan muka. makan hati lah kau. (organ dalaman tak bagus untuk orang yang belajar jadi dah tak boleh makan hati. pepatah orang melayu, makan hati berulam jantung, tak boleh diguna pakai dalam kes ini.) abaikan.


saya tak tacink. oke. maybe mula-mula je. bila di gali gali dan gali, saya mencari punca dan cara bagi menyelesaikan segala kekusutan. *berdiri menggenggam tangan* dan saya juga kurang arif dalam hal ini. *terduduk balik*


saya tak minum air semut. saya baru nak masuk sweet18. lupa bukan alasan ye. diari mahal pun tak guna. kau LUPA lagi nak catit. lupa nak tengok. dah. jangan salahkan semut. -.-"


aku cuba terbaik! mesti terbaik! :)
bagilah idea. . . . . aku rasa useless gila siot..


p/s-mintak maaf ibu, ayah, mak cik mak cik, teman teman, dan kesayangan yang lain...sebab saya tak pandai bab bab ini. karena itu makanya saya tidak berpoipren lagi. karena saya belum cukup matang ye. (even muka saya macam muke awek degree part5) harap maklum. ;)

Wednesday, August 25, 2010

belajar tendang katak kot~

salam....

dah nak masuk 2 bulan aku belajar tendang katak..tak jugak tere..terrible lagi ade...malam ni belajar stail bebas pulak...

aku pelik betul la...kaki aku agak panjang...badan aku agak kurus...oke bila bergabung ala ala mak shinchan kecuali la rambut aku tak kembang gitu. masalahnya aku tak tau apa masalah aku badan ni tak berapa nak float padahal teknik dah oke. ish ish ish~  musykil....
sink----->; http://www.emocutez.com lalu berenang gabak

dengan minggu yang tersangat sangat compact powder dan sardine, aku tak berkesempatan nak pergi practice swimming...  huhu
jadi malam ni kene jugak pergi dan terpaksa tolak tepi program dekat fakulti

lepas ni cuma boleh practise lepas raya~
masa tuh~~~~
http://www.emocutez.com

oh~~ nehi nehi nehi
http://www.emocutez.com

ha...baguslah...lepas ni masuk air tak timbul lagi dah..konon nak abang lifeguard selamatkan...cheit!
cerita pasal makan, semalam pergi berbuka puasa dengan geng pool...
bayar RM15.. hape lagi weh, bedal je lah......

http://www.emocutez.com
*ekspresikan diri anda bila nampak kelibat makanan*


http://www.emocutez.com*ekspresikan diri semasa makan*


http://www.emocutez.com
*ekspresi diri tak dapat tambah sate lagi*


http://www.emocutez.com
*ekspresi diri tapau bawak balik*

dah cukup. pergi swimming sekarang...lalalala~

p/s-lepas ni  kene pandai buat frog kick n free style..*gigih*

Saturday, August 21, 2010

classmates

salam sejahtera....salam uitm....salam satu malaysia...

http://www.emocutez.com

mereka ramai. dengan bermacam ragam. yang mula mula masuk kene keluar. yang entah dari mane tetiba masuk.

http://www.emocutez.comok tak faham kan?



mari aku elaborate. Miss Nazeera kate kene ade supporting details baru la essay mantopp wok!  Miss Nazeera tu sape pulak? dia lecturer writing college aku. ;)

dulu kelas kami 2 3 kali kene rombak. cek list nama, dia takda. cek lagi, terlebih pulak. lagi sekali, apesal kau ada lagi nih? kelas kau 1A lah! ni contoh sahaja. contoh adalah salah satu minor supporting details. :)


masa mula mula nak dapat tau sapa classmate yang betul2, agak pening. sape entah salah susun. sampai ada satu nama dalam dua kelas. eh. diorang bukan kembar. orang yang sama nak diletakkan dalam dua kelas, dalam satu masa yang sama. bukan orang yang sama nama nak diletakkan dalam satu kelas yang sama. alah. kau paham2 je lah. example tak boleh banyak sangat nanti reader bosan.<---pesan Miss Nazeera lagi ;) (memandai kau je Fad, bila masa dia ada kata gitu? kau saja malas nak buat orang paham kan? sebab kau tak pandai buat ayat elok2 asyik tunggang langgang je. http://www.emocutez.com )





continue~

sekarang semua dah oke. :) tiada lagi percanggahan nama, tiada lagi masalah nak kerat satu orang jadi dua sebab nak letak dalam dua kelas yang berbeza dalam satu masa yang sama.

http://www.emocutez.com kami bahagia~




kelas kami huru hara. lecturers selalu kata pening kepala. (pantun dua kerat) tapi kami pedulik hapa. janji kami baik baik belaka. (sekarang dah jadi empat kerat) 
http://www.emocutez.com


satu hari....
aku dan teman teman berjalan bersama-sama lagak sekawan burung burung berterbangan seiringan membentuk formasi lengkap anak panah di dalam kumpulan kemana-mana. lalu kami berdiskusi seolah-olah masalah negara melanda. kalah krisis air.
ya Allah...apelah kau mencarut nih Fad. -.-"




pendek cerita, masa nak jalan balik bilik masing-masing, aku & kawan2 kelas berbincang. (tengok. satu ayat je sebenarnya. hiperbola betol.)
ok2..sambung.

Aisyah kate, "Alah...sem depan dah tak sama kelas. tak best lah. Aku dah suka kelas kita sekarang. nanti nak kene buat kawan lagi. susah lah. aku dah la tak pandai nak cari kawan nih."


aku, "haah. aku dah selesa dengan kelas kita sekarang."


Qi menyampuk, "kalau macam tu kita kene dapat result yang same je."

-sem depan kitorang akan dibahagikan ikut final result-


aku tak tahu lah maksud Qi tu "kita kene berkerjasama final exam nanti untuk masuk kelas yang sama ke hapa." tapi aku memang dah cukup comfortable dengan budak2 nih. memang lah kadang kadang kita kene keluar dari comfort zone but then again, course pendek je kot. setahun bukan luak pun. ;)



setelah beberapa bulan bersama, aku naik masak perangai masing2...




Mikhail aka Mike is our leader. dia ni senyap2 pun macam bangang jugak kadang2. lepas tu gaya macam menteri, lagi lagi bila pakai baju batik dia. 1st impression aku, skema gila mamat nih dengan rambut M dia, tak pernah nak pakai t-shirt macam budak2 lain. nak je aku makeover dia. tapi bila cermin diri balik, kau tu pun macam mak cik mak cik baik jaga diri sendiri dulu. -.-"
mike baik. haritu dia bagi aku cempedak goreng. http://www.emocutez.com


Dini ni assistant si Mike. sombong doh mula2. aku tak tau macam mana nak get along dengan minah ni. bila dah buat kerja sama2 dalam satu kumpulan, baru tau dia tak sombong and relax je. a last-minute person. kalau aku drop dia tak pernah nak buat muka ke hapa siap senyum lebar kate, "bongok lah Fad ni". eh...sekarang dah maju. dah pandai da...orang drop dia, dia drop balik..amboi..melawan ye..bila tanya belajar dari mana, petik nama aku jugak..  http://www.emocutez.com chet!


Yana. minah mix cina. pandai cakap cina, tulis cina, baca cina. kira tak buta Cina lah. ada minat yang sama iaitu korea. :) masa jumpa memula, yes! ada geng! http://www.emocutez.com

Nadia. si kecik. ingatkan pendiam. sekali....
http://www.emocutez.commakdatok~!! suara kau....dari jaoh dah kenal even tak nampak kelibat. ;p




kaka. dia senyap je. pandai lukis. :)


Sara. yang ni pulak dah macam anak mat salleh. dia punya English berhabok bhai..sangat komited dengan kerja. senang cite, calon Band 5 lah. ;) (asal tak band6 je?tak boleh tinggi sangat..aku jeles.) dia baik sangat siap pernah bagi cupcake and keychain kat aku. nak kata bezday aku lambat lagi...




Fara. dia ok je. kitorang tak rapat sangat. jadi tak banyak benda nak elaborate pasal dia. dia baik walaupun muka dia jarang senyum. ;)

Azwa. dia ni kadang2 aku panggil watiwati. dalam pada skema tu boleh tahan jugak minah ni. kalau rapat dengan dia memang tau penyakit kesengalan boleh berlaku. oh!jelous dengan lesung batu kat pipi dia.



Lee Joe. lee tu nama dia. joe tu bapak dia. tapi aku kadang2 terpanggil joe sebab dia ni brutal sikit. layan lagu hardcore. she got 2 C's. bukan result SPM lah. cool+chill. aaajjjheeyaaah~


Awal aka early. nama sebenar Sawaluddin. dia ni masa belum kenal asyik dapat pahala lebih sebab ada orang buruk sangka kata dia annoyink dalam hati. kadang2 emo tak boleh blah. bila dah kenal, dia baik oke! tak baik kau Fad!

Aida. perempuan melayu terakhir. calon bini terbaik.

Liya. yang ni pun tak banyak cakap sangat. tapi boleh tahan kelakar bila ada masa dia masuk air.

Izzat. tak tau nak cerita apa pasal dia. agak2 nak kenal pegi sini. tak sangka aku dia jenis macam tuh.



Aisyah. the animal lover. sangat sayang kucing. bawak pergi mana2 bekas tapwe kecik isi friskies untuk bagi kucing bila dia jumpa kat mana2. aku pernah cerita pasal dia.



Yong. aku suspek dia kuat study.




Rus. aku suka pinjam henset dia bila nak mengada depan kamera sebab effect yang lebih clean&clear.

Haziq. paling best lah drop dia. tak pernah nak marah ke hapa. gelak je. aku ada amek gambar guna fon dia dengan Qi lepas tu set as wallpaper. "besok aku tengok kau tukar, siap! nanti kau belajar luar kelas,"warning siap2. *macam UiTM aku punya*" bila besok tengok handset dia ada lagi sampai beberapa minggu. bila tanya, "kenapa kau ikut cakap aku?" 'takpelah. kat handfon aku pun takde gambar lawa2.' :') *ikhlasnya statement*
tapi sekarang dah tukar. tak baik bergurau macam tu. tak buat lagi dah. :p




Faliq. oke. mamat paling sengal. boleh kata penceria kelas kami. sebab lawak-hati-kering-sumpah-macam-bangang dia. kau tengok kau tengok..



tapi dia ni gentle sebenarnya.



Maryam. budak comel ni pun gila k-pop jugak. dia baik. :D kami pernah tidur sekatil akibat satu assignment yang disiapkan last minit. siap buat kek batik version bini popeye.


nipis je..mau tak. pukul 2 pagi buat kek batik sebab lapar pikir banyak sangat masa buat assignment.


last but not least, Qi.. (konon2 save the best for the last.) dia yang paling rapat dengan aku kat UiTM. tapi tak la kitorang berkepit je tiap masa. buat kerja dengan dia senang. semua jalan~ :) takde masalah sangat. da banyak benda kitorang share, buat sama2. dia memahami aku dengan sekejap. :') thanks sayang~ muah! :p kau baik!
pergi cekidaud blog dia.



tak semua aku cerita kat sini sebab ada yang aku tak tau nak ulas apa.
dan......yang paling best! hanya Qi yang tau blog aku ni wujud. nasib baik. kalau tidak mereka akan saling meng'link' blog..pastu drop satu sama lain kat kelas. macam bangang. ;p



walaupun korang tak tau, aku nak cakap mintak maaf kalau ada yang tak puas hati dengan entri ni. siap amek gambar senyap2. plagiarism.
 

p/s-bila cari link masing2 baru tau dah ada beberapa entri tribute kelas kami. tulah Fad, selalu nak letak entri basi.-.-"

tolong jangan sebut apa2 pasal saya kalau ada yang kelik link mereka tolong http://www.emocutez.com


guys!!! http://www.emocutez.com korang.

Wednesday, August 18, 2010

the next 100th follower to be?

salam...

oohoooiii~~ hoooiii~
dalam pada tak online dah beberapa hari ni kerana kesibukan menyibukkan diri, maka saya merasakan tumbesaran yang agak pesat berlaku pada blog saya. ;) bukan font ye kawan2...


follower saya! ya! daah 99 ketul orang. :D trimass semuanya...

but i am wondering why were they followed me?

nak kata blog ni best tak jugak. merepek je. bukan ada benda2 ilmiah sangat.


nak kata aku ada tinggal mesej kat shoutbox "da follow awak. follow me back. :D"
pun takde jugak.



nak kata blog aku cantek, background template dah tamat tempoh.




nak cakap aku kelakar macam tak sesuai pulak

jadi kenapa ye.....?

and who is the next 100th follower of mine?



ape2 pon terima kasih daun keladi... :) *cough* sayang *cough* korang..


^_^

Sunday, August 15, 2010

hari ini saya ke rumah beliau.

salam....

dalam pada ke'busy'an melanda...aku sempat pegi rumah beliau tengah hari tadi..



ihsan pak cik google. 



buat ape lagi kalau bukan merasa kuih raya mama dia...
sebab rumah tak jauh mana pun..jadi sebok2 nak pergi jugak tadi. :)


eh! tak! puasa lah...! kami datang untuk ambik sample dan melahap di rumah sendiri sahaja supaya bila sedap tak la macam jakun sangat.. :p



tapi tak dapat rasa kuih HOT sebab bila HOT orang melahap yang tu dulu. kan. -.-"
kalau dah yang tu habis dulu yang tu memang sodap lah. no doubt. macam kadang2 pergi bazar ramadhan tengok kedai tu ramai orang sampai beratur, kompem sodap nih. jadi ikut beratur sekali. bila bawak balik rumah memang sodap, datang lagi esok untuk beratur. ;D
jadi saya berkeputusan untuk menempah yang mana saya rasa gemar kerana kecantikan, instinct (sebab tak rasa semua) & jatuh hati buat pertama kali. (hiperbola lagi)


-choc crumpy-

-choc pecan-

-classy pandan-


kuantiti tu tak tau lagi sebab akceli nak order untuk event final projek nanti. esok kene konfemkan. malam ni amek ilham dulu nak order berapa. :D



oh! auntie tu sangat peramah lagi mesra. kelakar pun ye jugak. ibu berborak dengan dia dekat 1 jam lebih kot..segan saya..dari hal anak2, politik, masak2. biasalah kalau orang2 veteran ni cerita dia panjang sikit. merangkumi semua aspek. :p


dan saya tak sangka Hanis Zalikha pemalu. ;p

mama dia kata, "nama je model dia tu tapi pemalu. tadi cakap ada orang nak datang terus naik atas. macam anak dara sunti zaman dulu-dulu."

betul ye. auntie tu cakap. tak baik menipu bulan puasa. ;)
maka sampai kesudah tak dapat tengok live. eh. saya memang datang untuk kuih raya! 

oh..oh..banyak lagi auntie tu cerita. (now I know where's her talent came from)
nak cerita lebih-lebih tak boleh lah. nanti orang ingat aku stalker pulak. 


p/s-kriteria calon suami pun aku tau. kan dah cakap, merangkumi semua aspek. ;)


ok. da ngantok. esok ade kelas. nak sahur. nak belajar. tak boleh bangun lambat lagi Fad. 
tak boleh.




Thursday, August 12, 2010

ragam Ramadhan. . .

salam...




teringat dulu masa kecik2 ada puasa yang yok.. tak pun puasa setengah hari...tak pun puasa penuh sebab nak dapat duit raya.... :p eh...jangan salah sangka..aku tak pernah der nak puasa setengah hari atau yang yok.. untuk duit raya tu penah kot... $_$ hehe...can we count them as pros? duit raya can encourage children...nanti lama2 dah besar baru lah faham lebih yang puasa tu lillah hi ta'ala... :) mak mak dengan ayah ayah akan kata... "ok.siapa puasa penuh tahun ni dapat duit raya." tak pun... "sape nak duit raya tahun ni kene puasa penuh."


dan dan tu jugak lah semangat gila puasa.. siap hebah kat sekolah rendah agama... "bapak aku kata kan, kalau puasa penuh dapat duit raya...orang tak puasa mana boleh raya..."
eh...tak2...bukan aku...membe sepermainan yang pernah cakap dolu dolu... ;)



oh...ade jugak tu...yang bila da tak tahan, masa amek wuduk telan sikit air paip...eh...bukan aku..bukan aku...membe lama dulu ade buat... ;) aku tak berani nak buat macam tu...ibu pesan... "jangan main2 puasa nanti Allah marah masuk api neraka." biasa lah..emak kalau nak terangkan kenapa tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek hidung, masa bulan puasa, amek masa lebih sikit lah kan..almaklumlah...kecik lagi...mane lah nak faham sangat...

jadi sekarang bila dah besar, collection duit raya dah tak banyak macam dulu sebab dulu mana malu sangat nak pergi ketuk rumah orang, "assalamualaikum...mak cik....!!! kami datang nak raya ni..."
rindunya..... :')


eh..apesal lah pulak cerita raya ni...aku nak cerita pasal Ramadhan je sebenarnye... :p






Semah,si roommate bercerita semalam...dia otw nak balik ke bilik bila lepas beli makanan kat bazar, ade 2 budak tomboi dengan sorang budak perempuan girly..(maksud aku dia perempuan tapi gaya jalan, rambut n suara kasar macam lelaki) bebudak ni jalan depan roommate aku..

si tomboi 1 mengomel "ish...banyak nye aku beli makanan" sambil tangan kedua-dua di angkat paras muka...

si girly, "haah. asal kau beli makanan banyak sangat?"

si tomboi 1 membalas " biasalah period. asyik lapar je.."


Semah punya lah tahan gelak...siap monolog "ek eleh...jalan da ganas, rambut smart habis, suara maskulin tapi kalau dah perempuan tu perempuan lah jugak kan.." hehe.. (monolog ni aku tambah2 sikit :p)
eh2...dia tak kutuk tau tomboi tu...cuma rasa macam kelakar je lah...mana tak..what do you expect when a boyish style girl talking about having the effect of period? :p
dia mungkin ganas dari luaran...tapi sape lah tau hati dia hati tisu ke hapa kan?




p/s>bila dah besar ni jarang dapat puasa penuh...lagi lah kurang duit raya... :p (perempuan je ok. lelaki bila dah besar jangan kata kau orang pun jarang dapat puasa penuh dengan alasan kitorang BMW.)

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa teman blogger kesemuanya~ :D

salam....

This is the first day of us, Muslims in a great month, Ramadhan. <---thesis statement
I had chicken soup with a bowl of rice and warm water during sahur just now. :) (balik rumah sahur hari pertama dengan ibu n adik. 1 adik je sebab Aisyah belum pandai puasa. :p )

May Allah bless us all..let us together appreciate this month since it's only once in a year..
Tarawikh only belongs to this month..Segala amal ibadat dilipat gandakan pahalanya...
So i would really will do my very best in this month..





maka. . . .
Selamat Berpuasa~ :D




p/s- saya semangat nak tarawikh... :) & saya harap dapat banyak kad raya tahun ni. *tetibe*

Friday, August 6, 2010

saya betul betul nak

salam....

hoi hoi hoi~~~ :) pagi pagi buta sempat update sini lepas siap basuh baju dan lipat baju. ^^

i am suppose to be ready for my swimming training right now. yelah. kau tu kalau kata pukul 10 nak gerak dari rumah, pukul 11 kang baru siap. -.-" actually sekarang ni kat rumah sebab lepas Asar nanti ada kenduri tahlil. almaklumlah...dah nak dekat puasa nanti dah tak dapat nak buat sebab semua orang busy tarawikh. yedak? time raya pun mesti buat (biasanya) jugak tapi tahun ni tak tau la pulak raya keberapa.

cerita pasal puasa dan raya, saya sangat lah ingin update enrti pasal mereka. i have a few drafts that I really wanna manage to be edited with edited pictures and etc. sangat jeles orang semua dah letak khasiat bulan ramadhan. entri kuih raya. due date for accepting the baju kurung. dan segala gala. i was busy with study. sangat tidak puas hati tak dapat nak tolong ibu buat tempahan kuih raya yang orang2 order. tempahan baju kurung memang tak dapat nak kacau cause i am totally a-not-good-at-sewing-girl. :) eh. tak. boleh tu boleh tapi jahit satu butang amek masa 30min. boleh? raya tahun depan baru siap.


I hope I can do few highly important things today. really.


nak highlight benda penting.

-swimming- (hari ni nak memperkasakan teknik scissor kick and breaststroke. juga baru belajar tendang katak untuk biarkan diri terapung tanpa pelampung di dalam air)

-bayar bil broadband- (kalau takde internet maka hari2 saya agak kurang nak ceria. semacam je hati ni kembang kuncup *sebak*)

-tolong ibu n untie2 di dapur untuk kenduri- (semacam mana keras pun kepala saya yang tak suka ke dapur, masa ni kena rajinkan diri. kalau tak nanti ada kuali terbang. :p *untie saya HULK*)

-journal CSS subject- (ini kalau tak siap, markah saya kurang 5%. banyak tuh. nehi nehi. kene buat!)

-kesan2 1 Malaysia concept- (hari isnin nak kena compile dengan ahli2 lain. selasa nak present. 3 slides je. takkan tak boleh kot)

-study CL- (Computer Literacy. wah..yang ni parah sikit. there's a lot of things to be memories. jadi target saya boleh habis 2 chapter dulu. esok sambung lagi 3.)

-update blog- amboi~ sungguh tak patut. even though this is the last thing in the list but still make it bold sebab kira important jugak. mengada-ngada. ingat Fad! first thing first! ^^)


ayuh! fighting!!


p/s-saya tak sabar nak tunggu Ramadhan. :D