Pendek. Entri sebelum tidur yang perlu ditaip sementara masih fresh dalam kepala ni jadi tolong abaikan kualiti. Maklum, orang kejar masa (takut jiran tutup wi-fi. sedar diri menumpang wi-fi orang. mesti anak jiran nak main dota asyik hang je)
Tahu apa yang buat aku tak boleh tidur dan rasa seperti mak joyah pum pang pum pang membebel sorang sorang depan lappy? Penggunaan bahasa.
Pendekkan. Kita elaborate dua point sahaja malam ni kerana sekarang sudah pagi. (whatta?) Point pertama ialah bila pendek jadi panjang. Point kedua ialah bila panjang jadi pendek.
contoh satu : kau tengah buat apa tu? = kao terngah boowhat apew tue.
ini bahasew wempitz. Shangat gewli bilew tulis macam niew.
contoh dua : hb = Happy Birthday
ini apa ni? nak wish orang tapi letak hb. Noktah takde. checked. huruf kecil. checked. kalau huruf besar (HB) pun tak boleh pakai. checked.
Daripada contoh satu kita dapat lihat dengan jelas betapa tuan yang menulis seakan-akan tidak punya hobi memanjangkan sesuatu yang pendek. Ejaan pulak macam tak sekolah bajet cumeyl tak nak tulis comel. *meluat*
Kalau contoh dua aku menkonklusikan beliau sebagai Barack Obama wannabe. Untuk wish di wall fb pun nak pakai shortform. Lain beza dengan kau mencarut macam wtf or kau nak ikut trend shortform macam kikc. Ini wish lah weh WISH. Apa salahnya tulis penuh penuh Happy Birthday. Nampaklah ikhlas sikit. tak gitu Bang Romlie?
btw, kikc tu Kau Ingat Kau Cantik.
-this is an unedited version. its like randomly type everything that came across your mind before going to sleep.yes it suck, non-coherent, not enough elaboration etc etc-


2 comments:
merapu lah fad ni~ hehe...
eh jgn lh kantoikan aku
Post a Comment