Monday, October 11, 2010

padan muka

salam pagi hari...

*smiling ear to ear*
senyum pagi-pagi ni murah rezeki.



tajuk entri hari ni ialah padan muka seperti yang anda lihat di atas. ya di atas.
kenapa?

sebab nya, aku baru elok sakit ganjil selama 2 hari.

oke. tipu.
kelmarin aku berhijrah ke Seremban. disebabkan hari Sabtu, sudah kepastian KTM akan full dengan anak anak sardins dan mak mak sardins juga bapak sardins. maka aku selepas kebangunan tidur terus kekemasan baju untuk ke Somban dan Kajang tanpa memikirkan rambut yang kusut masai juga badan yang bau kambing. kemas punya kemas dah pukul 3 lebih. patutnya bajet nak sampai Somban pukul 3. janji cik Siti. -.-"

penyudahnya sampai sana pukul 7 malam. dan sampai di rumah family angkat terus melahap ayam gulai kuning. dan bersiap-siap dan.....



-ke stadium Paroi-







hoyeah hoyeah. 3-1.



Negeri Sembilan vs. PKNS




setelah kepenatan maka pulangnya kami ke rumah...sebelum itu terima kasih daun keladi kepada  teman pemain yang memberi pas masuk secara percuma dan dapat tengok bola dengan tenang minit pertama tak memikirkan duit tinggal sikit kerana membeli tiket. sampai diingatkan tiada perasaan menyaksikan perlawanan kerana tawaduk bersyukur tidak perlu membeli tiket. terima kasih sekali lagi. :D saya suka benda freeee~~!



namun bagaimanapun selepas minit pertama berakhir dengan 1-1, minit kedua terus boleh enjoy dan tidak lagi memikirkan tiket lantas sama-sama bangun dan menjerit bila bole ke arah gol. hantu dah mali hantu dah mali. kerana itu mereka menang 3-1. 





tapi bukan pasal bola yang saya nak cerita walaupun dah tercerita sebenarnya. saya nak cerita kejadian selepas itu.

selepas kebolaan melanda, aku pergi Ijan Burger nak melahap. habis satu burger dengan teh ais rasa tekak lain macam. perut pulak sebu je. rasa nak muntah. 


balik rumah badan terus jadi lembik. ingatkan nak update blog tapi terus tidur membungkang. namun begitu, kebungkangan aku tidak lama. 5.30pagi bangun  untuk melepaskan hajat dan....
kemuntahan.
habis burger daging cheese dengan teh ais aku!
terus rasa nak pengsan. tapi sempat cuci toilet dulu. minum air sejuk.

nak kejut orang dalam rumah tu kesian pulak sebab masing-masing bekerja keras menyokong kebolaan yang lepas. jadi terus merangkak macam hantu ju-on masuk bilik dan tidur.

tak tak. saya tak boleh tidur. tapi lepas tu tertidur jugak sampai pukul 9 pagi. record pertama sepanjang cuti bangun seawal 9 pagi. 


perut aku memang sebu tak hengat. 
kemudian baru sedar ubat gastrik dah lama tak makan. perut nih terkejut agaknya. sakit nya rasa macam nak demam. lalu gagahkan diri kerat panadol sebijik jadi 4 dan telan dengan sebotol air.

sakit sampai semalam. makan terus jadi sikit sebab takut muntah. kurang makan kurang bertenaga kurang bercakap dan kurang senyum. habislah turun berat aku. habislah berkedut muka aku. habis dah tak cerialah aku tanpa mulut mak joyah. 


tapi ada seorang sahabat dunia akhirat . . .
buatkan aku rasa betapa bangang nya diri sendiri. . .
kerana makan lambat tak nak jaga perut dan mengeluh dengan sakit yang tak bawak mati nih.

"bawak bersabar ya. kau nak tahu something? sakit ni ujian Allah. kalau kau sabar, insyaallah, dosa kau akan dihapuskan dalam sekelip mata. best kan? jadi jangan mengeluh ya dear. bawak bersabar, makan ubat, rehat, doa banyak-banyak. nanti sihat tu. Nabi Ayub kan sakit lagi lama. sabar ye. ^_^"


lepas tu terus amik nafas dalam-dalam senyum lebar balik macam dapat makan dengan gembira.
terus berdiri tegak tegak dalam KTM dari Somban nak balik Kajang malam semalam dengan dua beg yang berat tak hengat.

sampai Kajang dimanjakan dengan kehadiran driver yang memungut di KTM Kajang dan bertanyakan tentang perut. di sini terdapat rough joke kerana tidak bertanyakan kesihatan terlebih dahulu. demm..nampak aku je tanya makan. nampak makan je tanya aku. perli kasar lah tuh. -.-"


tapi aku tak kesah. :) sebab kemudian nya di angkut ke Bangi seksyen 7 untuk makan bihun sup. masa sakit sakit memang aku suka makan sup sebab Mc Chicken dan Shake Spicy fries tak mampu membuka selera. 

terima kasih incek Fahmi. :')

dan saya dah sihat hari ni. tak perlu nak makan balen Gaviscon lagi sepaket yang rasa macam haram tu. *thankful*



oh! dan saya kembali seperti naga.
bangun bangun cari roti, sapu garlic spread, dan bakar, tinggal kan.
lepas mandi terus makan baru bersiap.
pagi ni hari pertama kerja balik dengan busu dan bangun pukul 10 padahal kena masuk pukul 9 pagi. nasib baik office mak cik aku. kot kerja dengan orang jangan harap lah dapat kerja bila hari pertama pun dah lambat. ngeh~
(eh...lambat bangun bukan sebab layan astro Beyond dia eh. tapi sebab tolong dia kat foodcourt semalam. kerja aku sekarang di office sebelah pagi dan di foodcourt pada sebelah malam. gigih kan?)


tak pandai simpan duit kan? ha! sekarang cari duit sendiri. padan muka.

1 comment:

aqida-comel-fad-jeles said...

^__^ touched touched yet again....

muet ko cmne dear?