Monday, October 4, 2010

kentut

salam....



ni pendedahan berani mati.
ya!
aku tepikir nak cari asal usul kentut nih sebab aku selalu kentut instead of sendawa. lepas tu selalu bising,"weh, aku nak kentut ni." statement ni keluar bila rasa kentut akan berbunyi kuat tak pun bersiri macam "preett...peettt..put." sebelum dia keluar baik aku bagitau siap siap. tak lah malu sangat. :)


kadang kadang rasa pelik apa yang nak malu sangat bila kentut. kentut tu penting tau tak. buang toksik. sedangkan Dato Siti kentut pun busuk. sama lah macam bila korek hidung. apa nak malu? bukan lah maksud aku tu yang gali gali then gentel gentel terus jentik jentik. ewww~ yang tu selekeh lah. kalau hantar servis, biarlah dengan tisu. lebih molek. ;)






bila agak-agak macam kentut beracun kena bagi warning,"baik korang tutup hidung. aku rasa kandungan bergas tak sihat kali ni."



kadang kadang kan ada kentut bunyi, kentut bau, kentut senyap, kentut berbuih...kann?



aku pun berusaha memantapkan penggunaan enjin pencarian dengan menaip keyword bagi membantu menyelesaikan kemusykilan aku,


kentut dari mana?
komponen kentut?
makanan penyebab kentut.
kentut dan personaliti.



baik anak murid. cegu English nak ajar pasal Sains hari ni.


jadi,
kentut tu apa? kalau ikut kamus perubatan, kentut tu gas yang berlebihan dalam perut atau yang dikeluarkan dari anus.

komponen kentut adalah terdiri daripada 5 gas utama yang tidak berbau, nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen.




habis tu mana pulak datang bau-bau yang tak disenangi tu? kalau ikut cakap mak abah, berapa lama kau jeruk angin tu?




ha! biasa bau telur kan? kalau yang power sikit bau telur tembelang tuh. mak aii~ itu memang pencemaran udara stok global warming punya. -.-"

mengikut pemahaman aku selepas beberapa pembacaan, kentut busuk bila kau makan banyak makanan yang ada gas sulphur makin banyak bakteria yang dihasilkan. bila bakteria banyak, kebanyakkan kentut adalah SBD. SBD menatang hapa? Silent But Deadly. ada brann? lol.
telur dan daging paling senang buat kentut busuk. kacang pulak untuk volume.



jadi pandai pandai lah pilih makan. (tujah kepala sendiri.)



meh usha korang punya pe'el dengan cara kentut korang.


orang munafik : kentut tapi tak mengaku dan slahakan orang lain.

orang bodoh : tahan kentut.

orang bijak : bila tau bila nak kentut atau kenal bau kentut tu dari spesies makanan apa.

orang sengsara : orang yang nak kentut tapi tak mahu keluar. (rasa macam putus cinta tapi tak dapat nak cerita kat sesapa.)

orang misterius : orang yang kentut tapi takde yang tau.

orang gugup : kentutnya tersekat-sekat.

orang sombong : bila mengaku kentut wangi.

orang pemalu : kentut tak bunyi tapi tiba tiba muka blushing.

orang lurus : bila dah kentut terus hirup udara baru sebab nak gantikan ruang udara yang dah keluar tadi.

orang ramah : tak kesah bau kentut orang lain.

orang akuatik : kentut dalam air.

orang jujur : orang yang mengaku bila dia kentut.



cukup informasi tak? benda ni aku gabungkan dari bebrapa artikel yang aku baca dan mengikut logik sendiri. :D weeeee~




references:


kentut 1

kentut 2

kentut 3

2 comments:

sopiah said...

ya Allah fad, dalam banyak-banyak topik, kentut jugak kau pilih.
=.=
anyways, worth reading babe! byk fakta kott!!

siti nur fadhilah said...

selekeh kann? haha~ agak2 boleh jadi science teacher jugak tak pasnih? weeee~ ^^