Sunday, May 9, 2010

ibu ratu hatiku. (macam iklan susu)

i'm glad you're my very best friend
i'm thankful cause you're always there right beside me
i'm grateful to have you as my mom
and i'm very very happy to be born as your daughter.




aku tak lupa bila kau nangis
sebab orang yang tak tau menghargai mensyukuri memahami
aku tak lupa saat saat kau berusaha
dengan hanya kekuatan milikmu tanpa aku di sisi menemani
aku masih ingat setiap kata kata mereka
dan aku tak ingin lagi kau dikecewa kerana itu





-inilah kesah aku & ibu-


cerita 1-aku ingat lagi ibu marah gila sebab aku mintak baju kurung baru masa nak pergi solat hajat untuk UPSR kat sekolah. konon2 nak pakai lawa2. baju lain dah tak muat padahal sebab kawan2 semua pakai baju baru. tapi ibu baling aku dengan bekas isi baju2 kotor sebab aku tak paham bahasa masa tu. nasib baik kosong kalau tak penyek kepala aku. :) then aku tak cakap dengan ibu sampai la masa nak amek result UPSR. alhamdulillah aku dapat 5A. sejak tu tak pernah ego nak mintak maaf dengan ibu.
-ibu tak pernah lupa doakan anak2 nya even marah macam mana pun dia-



cerita 2- aku tak pernah lupe. bulan 3,2007. seminggu lepas atuk meninggal, ibu & ayah bercerai. aku hilang tumpuan sikit dalam study. asyik2 pergi bilik kaunseling. 2 bulan lagi nak PMR, aku usaha sehabis baik walhal rasa macam giveup kadang2. aku tekad. buat sehabis yang aku mampu. niat utama aku untuk ibu. aku taknak orang anggap kegagalan aku sebab ibu tak pandai mendidik. mestilah untuk diri sendiri jugak kan? terima kasih kawan2. korang banyak tolong aku. :') terima kasih cikgu2 sebab banyak bagi semangat. cikgu2 tak sangka aku antara 9 pelajar straight A's. aku ingat lagi ade sorang cikgu cakap, "semua cikgu2 kat sini tau masalah kamu, Fadhilah. tak sangka kamu boleh buat walaupun macam2 masalah kamu masa tu. kitorang semua bangga dengan kamu." sejak tu niat yang baik2 seikhlas hati.
-Allah Maha Mengetahui.-




i don't know how to express what i feel but i do love you so much. :D




p/s-ibu mesti ketawa sampai nangis sebab baca entri jiwang stok tacink sobs sobs dalam bukanblogjiwang aku ni. nasib baik ibu tak pandai sangat bab2 blog nih. dia selalu tengok youtube je :p ekekeke


No comments: