Monday, August 29, 2011

entri comeback

Salam...


macam artis woh buat entri comeback. ihiks. Ini entri adalah entri comeback berblogging setelah cuti lama menghabiskan sisa sisa hari sebelum berangkat pergi. Pergi jauh. Tapi pergi jauh tu nanti cerita. Sekarang focus. Retis (artis) nak buat comeback.




Tau tak aku terel doodling guna paint?


tipu.

lame.

dah ah. tak nak buat lagi.



ok. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua :)


Ingin saya disini memohon seribu ampun dan maaf atas segala salah dan silap baik yang besar mahupun yang kecik, baik yang saya sengajakan mahupun tidak. May ALLAH  bless your day. Jangan makan banyak banyak nanti perut terkejut (unless pada yang tak puasa). Sayangi perut anda. :)


p/s : aku sedar beberapa benda malam ni.
1-aku dah takde bakat guna paint.
2-first time aku letak nama ayah kat blog ni.
3-anak bulan yang aku baru buat tadi gemok sangat.
4-terima kasih photoscape.
5-kawan kawan aku suka menganjing aku artis so aku macam saja nak biar dorang tutup mulut. :p


*wave retiss*

Sunday, August 7, 2011

impian kahwin

Aku belum putuskan berapa duit hantaran, kerbau nak kena tumbang, khemah nak kena pasang, rumah apa, kereta apa. 




Awal mana aku tak tau. sebab
Jodoh, ajal, maut, rezeki, semua ketentuan DIA. 

semudah penilaian

Bila kau diberi satu kotak tisu Premier dan kau disuruh melukis semula diatas sehelai kertas A4. (disini ada 4 'kau's.) Kau 1 melukis angle atas. Kau 2 melukis angle tengah. Kau 3 melukis angle bawah. Kau 4 melukis angle sisi. Kemudian kau ditanya, siapakah yang betul dalam lukisannya? 



Haah. Kesemua 4 'kau'. Kerana semuanya melukis kotak yang sama cuma dari arah berlainan. 




Jadi bukan pendapat kau saja yang betul kerana setiap orang menilai sesuatu melalui perspective/angle yang berbeza. Jangan semudah itu menilai orang. Jangan semudah ABC membuat kesimpulan. Jangan sesenang itu menjatuhkan hukuman dan kesalahan. Kerana semua orang merasakan dia benar. 


Benar, aku akan ke UTM, Skudai, Johor untuk Degree Sc. with Edu. (TESL). *tiba-tiba*