Bila kau diberi satu kotak tisu Premier dan kau disuruh melukis semula diatas sehelai kertas A4. (disini ada 4 'kau's.) Kau 1 melukis angle atas. Kau 2 melukis angle tengah. Kau 3 melukis angle bawah. Kau 4 melukis angle sisi. Kemudian kau ditanya, siapakah yang betul dalam lukisannya?
Haah. Kesemua 4 'kau'. Kerana semuanya melukis kotak yang sama cuma dari arah berlainan.
Jadi bukan pendapat kau saja yang betul kerana setiap orang menilai sesuatu melalui perspective/angle yang berbeza. Jangan semudah itu menilai orang. Jangan semudah ABC membuat kesimpulan. Jangan sesenang itu menjatuhkan hukuman dan kesalahan. Kerana semua orang merasakan dia benar.
Benar, aku akan ke UTM, Skudai, Johor untuk Degree Sc. with Edu. (TESL). *tiba-tiba*


No comments:
Post a Comment