Saturday, July 21, 2012

proses ke Harvard

Assalamualaikum. :)


Baiklah. Untuk memudahkan anda yang nak skip baca kerana semata-mata nak baca "eh? Harvard? :o eh? ehh?" maka saya terus bawakan secara direct yang saya memang di Harvard University, Cambridge, Massachussets, USA sedang menempuhi 7 minggu summer school. (fuh. habis satu nafas untuk satu ayat.)


Memang lah..bukan senang nak masuk Harvard. Tapi untuk summer school, semua orang boleh masuk kalau ada duit dan lepas IELTS band 7. However, I can only afford band 7. Namun dengan adanya program UTM-GOP Harvard Summer School, segalanya mungkin. *wink* 


UTM taja semua tuition fees, accommodation and food throughout the summer which cost $10,570. Yes. No joke. 


Mari saya cerita bagaimana segalanya bermula. (omg. dah lama tak buat karangan Bahasa Melayu.) 


Sekadar ingin mencuba nasib, saya pun bertanya kepada PM, PA, senior last batch dan lecturer, macam mana nak mulakan proses ni. So, mula-mula isi borang, buat 3 essays dan hantar ke pihak yang sepatutnya which is UTM Office of International Affairs. Kemudian tunggu lah dorang check kelayakan pointer segala, sebelum dipanggil untuk interview. (dah fail karangan BM) 


Then, they will call/email telling you're shortlisted, so sila datang pakai elok-elok prepare diri dengan kata-kata manis supaya nanti boleh promote diri kenapa saya perlu terpilih dan pergi serta apa pulangan jika UTM pilih saya. Ada 2 interview (mungkin lebih. *Syarat dan terma mengikut keadaan semasa.)


Then, yeay! Saya di Harvard! Haha. Ok2. Tak semudah itu sebab seluruh preparation dibuat sendiri oleh kami2 yang terpilih termasuk isi borang online untuk course registration, IELTS, immunization, flight ticket, etc. A-Z = a total headache. UTM cuma bagi duit dan pandai pandai. 


Hmm.. Maka disebabkan ini niat untuk update blog tergendala sekian lama. Punya lah tak menang tangan. Haha. XD Next entri baru cerita lagi pasal Harvard ok. Till then. Bye! 


image from wiki




p/s : Dah 4th week kat sini baru nak update macam mana nak masuk =.=

perkara yang anda ingin tahu tentang UTM

Assalamualaikum.... Hello~!!

Ini macam guide untuk sesiapa yang berkenan nak masuk sini. Mari adik-adik. Isi borang UPU, letak UTM as a first choice. Kalau letak secara tak sengaja dan dapat kemudian macam OMG kenapa aku letak UTM first choice jauh gila bak hang dari Klang susahlah nak detim(dating) lepasni, pun boleh baca entri ni untuk preparation berhadapan pihak UTM. (ye. result UPU dah keluar. dah dapat junior pun :p)

Mungkin nak semak features2 ni dulu.

1# Asah diri in having a good road sense.

Now, I am not sure kalau aku je yang tak ada bakat tapi, UTM memang besau gila. Kalau kat UiTM Shah Alam dulu aku boleh hafal jalan dalam masa 2-3 bulan (ya. sangat mudah dan perlukan 2/3 bulan). So..UTM...do the math. (geng skema-malas-keluar-bilik takhabis ronda seluruh pelusuk, kelam kabut cari dewan nak ambil exam ini perkara biasa. -.-)

. . . Am I the only one? 


2# Barang.

Takpe doh takpeeee~ Bawak je apa kau rasa nak bawak seperti contoh ini mungkin. Sebab bilik dia maveles, 2 orang paling ramai untuk satu bilik. Setimpal lah dengan yuran kolej yang sama dengan yuran belajar satu semester UiTM. Memang boleh compact satu rumah dekat bilik tu. Persoalannya, larat ke tak je nak angkut satu rumah dari Klang-Skudai or sampai tingkat 3. kuikuikui :3


3# Makan.

ala canggung ala canggung. Canggung datang dari Tun Fatimah. Cheer paling ohsem lah masa MTM (minggu wajib skema). Aku ontong dapat masuk Kolej Tun Fatimah (KTF) sebab dekat dengan tempat makan (paling penting sebab geng malas keluar bilik tadi boleh sms untuk order dan pick-up kemudian dari kedai Warisan di Arked Meranti), senang makan, banyak makan, murah makan, ok tak gemok gemok. pffft~

Makan kat sini takde maslah. Merata-rata. Cakap je Mak Jah Cafe? Restoran Arab? Arked Meranti? Chicken Chop Hutan Bandar? Pasti menggamit selera. hihihi


4# A brand new swimming pool



sekali masuk RM5.

konon-konon nak pergi mengitik kat pool ni masa sem 2 tapi asal nak mengitik, hujan, asal hujan je nak mengitik. cisss~


#5 Sports team yang sangat hebat.

Ececeh.. Nak cerita semua memang makan masa. Jadi, bagitau je lah yang U-Team Netball kat sini awesome gilo belum pernah kalah sepanjang aku main dua semester aku dalam team ni pergi main sana sini. 2 sem kat sini emas, perak, emas, emas. (Y)
Sorry takde gambar. Tapi...percayalah. Masuk paper pun dah beberapa kali. XD


#6 Belajar oversea.

For some people, this is the best part of which, kat UTM sangatlah banyak peluang untuk pergi merasa belajar overseas. Kitorang ada program GOP (Global Outreach Program) yang students plan on their own (yes. You can choose where to go), do a paperwork and UTM will give some money then you and your classmates will have to raise the money to support yourselves throughout the program. So far dah bermacam tempat yang seniors dah pergi; Indonesia, Australia, Korea, Japan & many more!


BUT! Main feature is HARVARD SUMMER SCHOOL PROGRAM.

Say what?! YES! H.A.R.V.A.R.D UNIVERSITY.

I believe, so far, UTM is the only university who sends their students to Harvard for summer school (almost 2 months). Yang ni kena apply and pergi interview semua. Bukan senang oiii nak dapat tajaan belajar kat sana..UTM je ada. Just so you know, the tuition fee for summer school itself worth more than USD10k! Peluang ni kena lah rebut. GILA TAK NAK BELAJAR ORANG NAK TAJA. HARVARD PULA. (selesai pantun dua kerat)


Maka dengan itu, moh masuk UTM sesama. Kalau jumpa nanti boleh lah kita main netbal sesama. *wink*



lain yang di minta lain yang di terima

Biasakan? Ayat yang lebih rugged, "lain aku mintak, lain pulak yang datang". 


Eh.. Assalamualaikum.. *grin*


Seronok cuti semester yang panjang kawan2? Hope everyone is doing good :)


Sebagai contoh ayat di atas ialah seperti semasa mencari pakwe (#eh), mununggu bas tapi yang datang teksi, dll. 


So, nampak tak senarai "dah dapat memang tak cakap banyak lagi dah" kat sebelah kanan blog ni? Haa...tu lah nama panjang untuk nama manja, wishlist. =3


Mana nak start ni.. Baik. Kita mulakan dengan header baru. Berazam daripada 2nd birthday blog ni nak tukar header tapi apakan daya terlalu busy dan kurang skill editing, end up tak tukar pun dah nak masuk 3rd year birthday blog ni ha. -.-
Jadi, terfikir macam nak cari solution untuk ini. (sudah diketahui tapi tu kita cerita lain entri k)


Nikon DSLR.
Memang impian sejak dahulu lagi. Tapi rezeki lain yang datang, maka terima lah Nikon J1 merah aka Baby Ruby II dengan hati yang lapang dan terbuka. Tapi memang puas hati sebab dapat kualiti image DSLR tanpa perlu bawak extra bulky bag semasa travel di negara orang.


Bandung.
Speaking of other countries, impian asal nak terbang for the first time pergi Bandung. Kumpul duit, surut. Kumpul duit, surut. Tiba-tiba rezeki datang untuk pergi Boston. Tajaan lagi uolls. Takkan nak tolak yedak? Alhamdulillah.. Betul lah cakap orang.. "Good comes for those who wait"
Balasan sentiasa datang kemudian.
(edisi boston akan menyusul kemudian. harap stay tune.)


PSP.
Ini masih dalam consideration. Orang suka gadget tapi belum mampu nak beli semua memang lah cenggini. :3


Kesimpulannya, nak something kalau tak boleh dapat, sabar je lah. Pahala besar, ganjaran mungkin lambat tapi confirm! B.E.R.B.A.L.O.I.


p/s- Salam Ramadhan al-Mubarak to all geng blogger, followers, sedara-mara yang membaca blog ni, kengkawan, silent readers, first-time readers, dan sesiapa yang mengenali diri ini (macam dalam slot radio show sampaikan salam anda pulak :p)