Monday, March 28, 2011

pelajar pintar jaga diri supaya masa exam tak macam zombie

salam....

halo halo (lagu halo-beyonce berkumandang.) <---motif?

abaikan.

jadi dengar sini. seperkara tentang pelajar pintar adalah, mereka jaga diri untuk jawab exam dengan baik. jaga diri di sini bermaksud, jaga kesihatan, jaga makan, tak main hujan, tak merempit malam-malam and senang cerita selective lebih sikit dari biasa. 

macam Hanis Zalikha tu kan, siap ada diet protein gitu. nanti omega banyak dalam otak senang terima pelajaran segala. konklusi disini, pelajar pintar amalkan diet protein a.k.a diet seimbang. oh! kena minum air banyak banyak jugak supaya oksigen dalam badan cukup, senang nak belajar. tau kan oksigen tu diperlukan dalam badan, bila cukup oksigen, diri anda bakal segar bugar sesegar ikan yang baru ditangkap dari lautan/air tawar dan sayur sayuran baru dipetik dari ladang. ha lebih kurang gitulah.


kalau main hujan, diri senang dijangkiti wabak selsema burung ataupun demam denggi berdarah. (diri sendiri terutamanya) jadi kalau dah tau imune system tu lembik semacam, jangan nak ngada-ngada duduk tempat sejuk, main hujan, share2 air dengan orang berpenyakit. paham?


move on to my third point, jangan merempit malam malam. ini bukan lah khas buat mat wempitz or minah wempitz yang join kelab WEMPITZ Malaysia, tapi khusus buat candidates exam (whatever exam). maksud kat sini, elak daripada sebarang kecelakaan yang boleh membuatkan anda tak mampu gunakan tangan kiri untuk menulis (kidal). ataupun kecederaan yang membuatkan tangan kanan tak mampu berfungsi lalu perlukan kuli untuk menulis setiap 450-500 patah perkataan dalam Writing Paper (TSL012). itupun kalau provided dalam exam hall. penah lah pulak dibuat orang kan? dah tau tak pernah ha jaga lah diri~! *menyeru kepada sekalian* tapi kalau macam Tuhan tu nak bagi sakit such as senggugut masa pagi exam, apa boleh buat lagi? kau nak repeat paper? ha kalau tak nak, tabahkan hati dan perut, jawab je lah walaupun kau rasa macam nak mati dalam Dewan Cendana yang dingin mengalahkan Genting Highland tu.


jadi, itulah yang berlaku ke atas diriku semasa minggu peperiksaan akhir penggal yang lepas. (hommaiii~ lama gila tak buat karangan style sekolah rendah) 
to be accurate :

  • Isnin-muntah muntah separuh mati jawab paper Literature, tidur, tak cukup masa, kan dah nangis tak berlagu.
  • Selasa-senggugut lepas mandi, kan dah nangis tahan sakit? separuh mati buat paper Writing.
  • Rabu-bawak 3 paket tisu masuk hall. habiskan sepaket sementara buat paper Reading.
  • Khamis-focus buat Grammar.
  • Jumaat-semangat buat paper Islamic. (rupanya ada senarai soalan2 kat classmates <---tau 30min sebelum paper start) 

jadi, itulah motif asal entri ni. k bye. :)

3 comments:

Aqida Jeff said...

at least ko tau spot agama 30 minutes before exam. aku tau thirty minutes after exam (sms lambat masuk..)-.-'

freeze 2 farris said...

satu.. soalan x jawab.. literature... *bunuh diri* T.T

siti nur fadhilah said...

qi> takpe. aku tau kau boleh score lg hebat!

farris> saja nk buat i lebih terkilan kn. T_T