Monday, October 18, 2010

bukan fynn jamal

hari ni penuh kepenatan
ketakutan
kebahagiaan

terima kasih Tuhan ^^

aku punya teman
tak pernah lupa
tak pernah leka
dengan kejayaan semata


aku punya hati
terkadang sakit tak boleh diubati
terkadang pedih kerana dibenci
tapi kerana kau ada lantas aku masih terus tegak disini

terima kasih Illahi


kau kata kau sayang
kau jaga
kau kata kau rindu
terus berbunyi telefon aku
kau kata kau cinta
ya. kita sama.


tapi jangan minta apa yang bukan milik kita.
kerana pinjaman bukan selamanya.


kita pinjam
kita pulang
kita sama
di sana

Saturday, October 16, 2010

keputusan

salam....


bahagia dengan keputusan 3-0 negeri sembilan lawan perlis malam tadi. :)

aku baru balik keje ni ha.. ha tengok jam tengok. dah pukul 2.30 pagi. mana tak nya aku bangun tengah hari buta...penat oooh~ lutut aku rasa macam nak tercabut dah nih. what a day..


ada benda yang mengecewakan untuk dalam entri ni.
ianya tiada gambar. langsung. sangat bosan.
sebab mood aku hanya untuk membebel disini tanpa nak edit and resize gambar.

gambar2 kat genting pun tak habis edit and resize lagi. banyak kottt~ tape idok le aku nak taruk semua. kang berbulu pulak nak kena scroll je..yedak?


aku bukan nak cerita pasal keputusan Negeri Sembilan dapat masuk separuh final.
aku tengah pikir ni.
apa keputusan terbaik. macam mana nak buat keputusan yang baik. macam mana agar hasilnya pun terbaik wookk?

haish..macam tu lah hidup kan. kau kalau tak reti nak buat keputusan bila umur dah 18, semua nak harap omak memang esok kau kawen biar omak bagi laki kau makan.
eh. tak tak tak. bukan kawen bukan..



kadang kadang takut nak pilih jalan mana kita nak amek sebab result nya kita hanya tau bila kita dah lalu kan. bila dah sampai hujung jalan baru tau jalan mati ke ada simpang empat lagi.
tapi takut buat salah maksudnya takut untuk gagal. bila takut gagal maknanya takut untuk belajar.
sebab manusia belajar dari kegagalan. tak ke gitu?



jadi aku tengah pikir jalan mana yang terbaik. nak ikut highway LEKAS ke Utara-Selatan. (?)


ada dua jalan. satu yang berliku-liku tapi cepat sampai destinasi.
satu yang pemandangan indah stok kejap kejap nak berenti bergambo dulu jadi sampai lambat sikit ke destinasi.

halamak haiih~ tak boleh calen personifikasi aku.


p/s-teringat poem 'The Road Not Taken'. kau kalau tak tau pergi tanya incek Google.


pinjam incek Google.

Friday, October 15, 2010

the new Nikon mengancam!

salam...

pagi pagi bukak paper nampak ini.....




oh demm~ so hot bebeh...
sabar je lah aku..

aku dah lama berhajat nak beli dslr...tapi belum berhasil...
bila tambah lagi benda ni dah nak keluar, terus macam. oke oke fokus. kumpul duit cepat cepat...
kamon kamon...
jangan kempunan lama lama.

nak baca specs dia rujuk sendiri kat sini. lengkap.

padahal target asal D5000. (haloba betol)
nanti kene muhasabah diri balik nak yang mana. pape hal poket kasi isik dulu. :D



oh! bukan tu je. ni pun ada ha..




hello nikon's lover... amacam?