Wednesday, April 7, 2010

temuduga uitm. alert!

salam,

i just checked my ipta's application status just now.
alhamdulilah..gotcha! **eyes blinking**

so it will be held at UITM Shah Alam this Saturday at 8.30 a.m.



starting from today all i have to do is practise practise and practise! **nerd**
no more era rentak muzik terkini and hot fm lebih hangat daripada biasa.

currently fly fm and hitz.fm only!

extra credit : New Strait Time

no more Kosmo & Berita Harian.

sorry. my English wasn't berhabuk enough. need to brush up.. ^^

for those yang akan di interview, all the best~
wish me luck! ^^

p/s-effort + tawakal :)

p/s/s-mentang2 course TESL, baru la nak tulis entri English gred B-
T_T

Tuesday, April 6, 2010

My Favourite Sport

assalamualaikum.

:)

petang-petang macam ni mesti best kalau dapat main bola sepak.
uish..sejak bila pulak Fad pandai main bola?

statement tulus ikhlas, aku cuma suka tengok game bola sepak je. ya! My Favourite Sport.

malang sekali aku belum pandai main gelecek bola kiri kanan macam Zaquan Adha. juga tak pandai menanduk masuk bola sepakan penjuru macam yang Bambang Pamungkas buat. wah? tak kenal?

 hero idaman~ ;p

i want his jersey!! <3


aku jarang tengok international football. **patriotik**


bukan ape, ibu aku tak langgan astro chanel tu. so aku selalu tengok bola kat tv1 je la. :)

aku ade sorang member ni. dia main untuk Akademi Bola Sepak Negeri Sembilan. so bila-bila dia ada game, aku pergi la tengok. tak la semua. takkan dia pergi lawan kat Sabah pun nak jadi pompom girl in pink support dia tepi padang kan? banyak sangat duit aku nak naik flight? :')
sekarang dia main untuk Presiden under 21.
motif sedutan ini> dia punca aku minat bola.


selain itu, (asal bunyi macam buat karangan rumusan?)
aku ada ramai kawan lelaki yang tak hingin aku jadi girlfriend diorang sebab diorang selalu kata aku garang, kasar la segala. jadi, dengan diorang ni la aku sembang pasal bola. kira pengaruh terbesar yang buat aku suka bola sepak = kawan-kawan lelaki yang tak pandang aku macam calon special girlfriend.

takpe korang. nanti aku da pandai make up-make up pakai heels jalan kucing, aku show-off depan bijik mata korang. time tu korang mesti sesal dahulu pendapatan. :p da. abaikan.

aku memang suke bola sepak. tapi tak la sampai pagi bola malam bola lunch bola dinner bola hi-tea pun bola..heh!

tengok bola pun kene jugak pakai ini---^
sekarang kan musim panas. duduk bawah air-cond pun boleh berpeluh.
kawan-kawan aku yang tiap kali turun padang nak main bola pun pakai ni dulu sebab diorang tau kalu tak pakai bau dorang macam tengit! ish! ahahaha~

lagipun aku cuma pandai main bola jaring, bowling and berenang kuak lentang. gaya bebas belum pandai.
tapi  tapi....takpe,lepas ni favourite sport aku ni jadi sport paling handal. chet!


pape pun, go go chaiyuk Man U~ ;) [konon2 follow perkembangan mereka.]


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

hapuskan lemak cara stylo!

salam,

hujung minggu lepas memang tersangat lah gila happening..

hari sabtu, anak permpuan jiran sebelah rumah kahwin.




dia kahwin, aku yang pakai inai..takpe2..rezeki lebih.. mane tahu balance2 inai yang aku ambil tu boleh lekat pulak. tau2 aku da kahwin lepas ni. amboi? calon pun takde lagi. :') eh..tapi aku tak cakap pengantin tak pakai okeh. dia mestila pakai,tapi spesial la..sekali yang ade corak2 pusing2 ade bunge ade daun ade bulat2 kecik besar macam tuh.



 muke sememeh nak tido tapi pakai inai dulu sampai pukul 3pagi.

jumaat malam tu ade malam berinai and karaoke.. i love karaoke.. ;p
time ni lah baru aku tak malu pegi sebok2 nak tengok pengantin..


pelamin indah milik mereka... 

 sembah patik harap diampun..


 haaa...jaga...jaga...jangan sampai kene silat besen  stage 4 i nih... ;p


kalau perasan gambar2 kali ni lebih lawa.. sebab aku pinjam phone busu (LG transparent) untuk snap. 
8 megapixes. ^_^


sempat juga sumbangkan lagu malam tu. (benda wajib tiap kali ade karaoke free ~_~ ngehehe~




khamis lagi jiran2 kat sini da rewang (cakap jawa maksudnye same2 buat keje untuk kenduri) . riuh rendah kawasan rumah mak cik aku nih. best je tengok. aku tolong tak banyak sebab aku malu da ramai sangat. tak nak menyibok. ;)


kanak2 riang ria mencuci pinggan.. ^^



hari ahad lagi best sebab aku pegi... . . . . . . . .
tak pe. buat kat entri lagi satu. sebab aku tak suka sangat bila nak bace kene scroll giler panjang punye entri. kalau ade gambar boleh tahan lagi.huh!




so berbalik pada sabtu yang indah, lepas melahap kat bawah khemah tema putih purple orang baru kahwin tu, aku bergerak ke KL. lebih spesifik > Times Square.
sebab nak cari kasut.



sekali jumpe sling bag vintage yang da lame aku nak beli. ^^ **overexcited**


tadaaaa~ ;) <3


berjalan since pukul 2 petang sampai pukul 9 malam. (sebab aku cerewet. survey 3 floor TS sampai 4 jam. makan sejam. sambung jalan lagi. gedik kan ^^ )
oh2! aku pegi dengan mereka ini yang tahan lasak. aku tak suke jalan2 dengan orang tak fit then mengah kedek2 leweh2 kepenatan segala macam.












( ok. da mengah menaip)








almaklumla..da lame giler tak terlibat dengan aktiviti2 marathon macam ni. ;p
geng atlet yang ikut serta bersama2 membakar lemak adalah. . . .




kekasih lama. ahaha..op op.. bukan..pancing goyang...fahmy,membe paling dekat dengan rumah even dulu dia jauh study kat Indon. sangat rajin melayan. tak kesah ikut je aku masuk kedai itu ini. thanks yaw!





si gedik. ;p adik aku no.2. dia ngade2 nak cari dress segala untuk hari ahad.




si penyibok! jiran sebelah rumah. dia ni asyik sibok2 nak membuntot je ibu aku or bila aku and adik aku pergi mane2 tapi,  aku still suke. sebab kalau takde dia, takde orang aku nak menyampah. kalau tak de dia, takde orang aku dapat drop bile da penat jalan2. ^^ mekaseh bro!


dapat la aku beli kasut dan sling beg itu. ^_^ hajat terkabul.
(bukti usaha tangga kejayaan)


at the end of the day~
penat.
sakit kaki.
lenguh lutut.
sakit kepala.
sakit pinggang.
lenguh mata. 0_0


hilang 2kg.


da nampak macam mane nak kurus dengan cara lebih stylo? ya! betul! pandai pun!



p/s-tak tau ape pasal entri ni berterabur + kelam kabut haru biru