senggugut ni buat aku rasa macam separuh mati (separuh jiwaku pergi berkumandang)
buat aku rasa bila jalan tu, pinggang macam nak tertinggal kat belakang.
buat aku rasa aku akan mengalami proses penuaan di wajah berlaku dua kali ganda lebih pantas dan efisyen.
buat aku rasa dramatizing penuh emosi pagi tadi.
hari ini kita tidur pukul 4 pagi, kita terlambat bangun 7.45 pagi, kita lambat pergi kelas 8.45 pagi dan keatas, kita terselamat tak kena kunci luar kelas sebab kunci hilang (terima kasih so much kunci sayang), kita buat dramatizing 10% penuh emosi, kita mula rasa sakit sangat sangat, kita jadi lebih horror dari zombie, kita tidur kat library masa farris gigih baca A Woman of No Importance, kita macam separuh mati, kita tahan sebab pikir ada graded presentation, kita takde graded presentation rupanya (terima kasih farris), kita dah habis kelas pukul 4 instead if pukul 6petang, kita tunggu ibu ambil, kita gaduh bangang dengan amree, kita balik, kita kena berdiri lama pulak dekat A&W (kakak tak pantas dan efisyen. sabar tunggu demi float dan waffle tercinta), kita salah order waffle, kita kecewa terus tidur dalam kereta, kita sambung tidur sesampai di rumah, kita terbangun awal kejut, kita tak datang latihan drama lagi (sorry tuan direktor and everybody), kita cari wayar speaker hilang, kita mandi, kita campak baju dalam mesin basuh biar dia buat kerja pulak, kita nak makan, kita bakar balik burger double mozza & french fries, kita terkejut cicak punahkan impian waffle kita (dah takde rezeki), kita naik atas on lappy untuk backup file, kita dengar bunyi 'ting', alamak! kita turun tengok burger dah jadi biskut, kita telan jugak, kita kat sini update blog.
kerenah hari isnin.



