Saturday, December 18, 2010

penyakit saya

salam.....

aku yakin dan pasti setiap orang ada penyakit masing masing.
tapi aku bukan lah nak cakap pasal penyakit membawa maut ke hapa.
tapi penyakit yang membuatkan si Awal kutuk aku kaw kaw. kaw memang useless punya kawan taw?! +.+


aku tak pandai nak ingat jalan.
walaupun UPSR dan PMR cemerlang, hakikatnya aku ada masalah bangang tak pandai nak ingat jalan walaupun dah banyak kali lalu jalan yang sama.

hanya certain jalan je yang aku boleh ingat dengan baik. sebagai contoh, jalan pulang ke rumah. kalau yang ini tak boleh nak ingat memang lah aku rasa macam baik tak yah hidup.
tapi si Awal guna kan reason itu bila ku tak dapat nak ingat jalan pergi fakulti dari kolej sedangkan setiap hari melalui jalan yang sama.

tapi memang tak boleh nak cakap aku bimbo ke hapa sebab bila naik bas free jalan lain. nak bas rapid jalan lain. paham tak? -.-"

maka hari jumaat yang lepas telah terlambat ke kelas kerana pemanduan berbahaya seorang diri ke fakulti dari kolej. kau tau tak roundabout kat shah alam ni bersepah. lagi lah parah aku nak ingat. dah tu punya lah blur-confuse nak masuk simpang mana satu, pergi lah try semua simpang then u-turn a few times. nasib baik roundabout tu setakat 4 palin banyak. kalau ada sepuluh memang tak sampai lah fakulti gayanya.
nak langgar exora lagi satu hal. nasib baik lah Allah Maha Penyayang. dibaginya aku nyaris berbanding maut dan terlambat masuk kelas 15 minit. :')


p/s-pentingnya niat awal awal pergi belajar kerana Allah.


notakaki-dengan ini aku berjanji untuk menjadi pemandu yang berhemah dan cekap sekaligus fasih jalan jalan di selangor dan kuala lumpur. *perubahan perlu masa*

Friday, December 17, 2010

cara cara menjadi sweet. . . . (belajar dari mereka)

salam....

halluu~ :)
aku tau sekarang tengah hot dengan ratusan calon blog baru pilihan malaysia vogehdevas pom pom pom undi sana undi sini.
apekan daya aku memang tau apelah sangat blog cikai ni kalau nak dibandingkan dengan blog lain. langsung tak bukak nengok berapa undian semasa ke hapa. hihi.
tapi aku tau masih ada yang sudi menge'vote' bukanblogjiwang ni.
terima kasih walaupun anda tak pernah baca blog saya.
terima kasih walaupun anda disuruh vote oleh orang orang yang bertanggungjawab.
terima kasih. :')
tanpa anda anda yang sweet siapalah nak tekan vote untuk butang 353 pilihan 9 tu.
oh. sorry aku tak sempat nak vote sape sape. T.T



eh eh.
ada lagi yang sweet.
"fad, bilik kau nombor berapa?"
"1A**. tapi aku takde sekarang. ngah makan kat luar."
"oke2."
---------2jam kemudian-----------
eh...apa ni...

 :') awak boleh sweet lagi tak?
mestilah terharu! reben pinky bagai. kaler rasmi kita tu doh.


 kan? 
kalau dalam seminggu tak pakai baju sepattern memang tak boleh kan?
macam tau tau je. ye tak ye lah pulak. dah memang baju kita macam buy 1 free 1. kalau tak pink biru kalau tak biru pink. ^^

dah lah tu.
tatkala pada suatu hari, saya rasa mengantuk dan cuba untuk berbual-bual bersama sesiapa jua yang ada di tesl square. tapi beliau ini telah menangkap saya. "kalau miss mel tak redha ilmu nanti macam mana?"
oke. dah tersirok. jangan nak main main lagi. cepat pergi bukak mata besau besau masuk kelas dia belajar Grammar. Grammar tau! core subjek tu. kau nak repeat sangat ke? ha tak nak kan. cepat. (monolog dalaman. pikir panjang)
"takpe. biar aku hantar kau."
maka diiringnya beta hampir ke depan pintu terus mata segar bugar dan tanya soklan kat miss. dah lah tu. si Faliq ngok ngek juga turut serta payungkan bagai sampai depan pintu walaupun dalam bangunan berbumbung. takkan lah pule beta mahu tidur. mestilah bulat mata. :)


 terima kasih awak. :')



 bukan itu je.
menjadi alarm sejati juga sangat sweet.
sejak dengan roommate lama ni, jangan harap lah nak terlambat pergi kelas ke hapa.
tak jemu jemu mengejut.
walaupun masuk kali ke'undefined', "eh fad kelas kau pukul berapa?! aku risau ni tau tak?! baik kau bangun sekarang!"
saya betul betul tak kesah dengan pitching anda. anda masih sweet tau tak. :')

terima kasih cik Izyan. ;)


belum habis lagi.
wake-upcall yang tak pernah penat juge sangat membantu di pagi hari.
even though kali ke-25 baru pick up.
seronok jugak ada kawan kawan yang pagi petang kena pergi training. sekali jalan kejut sekali. tu pun jalan yang ke25. tapi kira oke lah kan dari tak berjalan langsung. *big grin*

*ha yang mana satu tu kita tak boleh dedahkan. kontroversi pulak nanti. :p*


cukuplah kot. nak bersiap nengok malim deman dekat klcc. :)
nanti update part seterusnya oke! ;) xoxo

Sunday, December 12, 2010

tengah hari

salam....

tengah hari ni sangat panas, namun kenyang setelah perut disuap nasi putih-telur goreng sambal-tempe berlada-sup bayam.
relation antara hari yang panas dengan perut yang senang bererti hati yang girang kerana vitamin banyak.
lepas tu mula lah menguap macam badak berendam bila duduk dalam library INTEC.
lepas tu sebok nak mintak masa kecederaan pulak. anak daraa~ *versi mak orang*


memang seronok membebel bila hati senang kan?
seronok nak buat kerja segala. sangat. :) *tepuk tepuk tangan*


sebenarnya sangat banyak benda nak report kat uolls tapi i bukan ada haniszalikhaness yang bila membebel takde gambar pun beratus komen dia. so bila nak buat apa apa entri kene la tepek gambar. tak bosan sangat. nak tempek semua tu pulak perlu tenaga-edit-resize-cop-bukanblogjiwang. which means perlu masa untuk fokus

ohh. assignment semua under control maka cuti krismas boleh bergirangan bergonjengan bersama kanak kanak tercinta. ;)

eh! pak cik Awal dah panggil. group discussion
toodles