Saturday, December 11, 2010

mak oii banyak gila blog baru! dah macam mana nak jadi pilihan?

salam........


oleh kerana bil berukben belum dibayar, aku memang tak boleh berharap lebih sangat nak online.
in fact kerja agak banyak walaupun baru je nak masuk mingu ke-4 dekat UiTM.

dah tu bila bukak blog ni dapat komen senarai blog baru pilihan tu. kalau tak de orang komen aku lupa kot weh. sebab aku tengok blog sendiri pun jarang. setakat masuk dashboard, buat entri baru, publish then blah.

jadi terima kasih kepada cik soffie, cik jue, cik massna, eqbalzack, amir naufal yang sudi singgah kat blog ni. i appreciate all the wishes. :)

anyway, tak tau lah nak undi ke hapa ke nanti. aku tak kesah sangat pun sebab blog ni baru sangat. blogger baru lain tu baru jugak tapi follower dah berlambak dah. jadi memang tak lah nak harap jadi blog baru pilihan malaysia ke hapa kan. kejadahnye.

dah tu. kemain ramai lagi photographer. -.-" jeles tau tak. list kat sebelah ni belum dapat lagi. =.=""

anyway, goodluck to all newbies!

p/s- weh! kawan kawan pun nak bersaing jugak ke?!! group 9 letaknya saya.

Tuesday, December 7, 2010

pertukaran semasa rahsia kita

salam... :)

indah nye hari ni. nyaman sungguh library INTEC.
hari hari pun nyaman tapi hari ni nyaman lain macam. sangat nyaman. betul betul nyaman.
kau suka kan nak ulang banyak banyak kali. gila anoyink.

hari ni cukup 3 hari aku pindah bilik.
bilik kat Mawar lah maksud aku.
tapi pertukaran ni adalah rahsia besar orang orang sekeliling sebab kalau ada barua baca blog aku habislah. memang kene humban keluar mawar terus aku rasa.


carta bilik telah naik satu anak tangga dengan pertolongan ikhlas roommates. penat kan angkat barang aku?
banyak tak?
tak lah banyak sangat barang untuk satu sem yedak? *devilish smile*

tapi takpelah. pandai buat pandai tanggung. ;)
kau tau lah Mawar tu kolej terbaik, kolej terbaru, kolej itu kolej ini. semua pun dia lah.

bila dah hantar kami tingkat 4 kan dah penat makcik cleaner nak naik bersihkan tandas. kesian tau.
habis sekarang macam mana.
student kan busy.
mana nak pergi perbicaraan kesalahan sem lepas lagi.
mana nak pergi bayar denda nun kat menara sanun lagi.
mana nak cuci baju buat assignment lagi.
mentang mentang kami naik Rapid yang tinggal berapa ketul je sebab budak dip and deg tengah cuti, suka lah bagi tempat dekat dekat nak bayar kan? eheh.
macam mana nak maintain kolej terindah?
aiyook. tak tau.

p/s-tingkat dua and satu sunyi betul nampaknya.

Blog Pilihan Malaysia buka jalan blog setahun jagung

salam.....


bunyi tajuk macam tajuk depan newspaper.
dah itu ceritanya pun.



Blog Pilihan Malaysia 2010 buat segmen untuk blog baru pilihan ramai. bagus kan. sambil sambil join dapat usha blog orang lain jugak. mana tak nya. kalau nak bertanding dengan blogger vogehdevas macam Irine / uncle Ben tu memang tak lah kan.


blog ni baru nak masuk setahun. buat awal tahun hari tu saja saja. seronok nak ada diary elektronik. seronok nak selamatkan pokok pokok. seronok nak ada kawan kawan maya. haa gituu~ *wink*

sape nak join meh le ke sini. tarikh sampai esok 8dis10 pukul 3 petang. :)





oh! tarikh pertama tepek entri, 27 jan 2010.

p/s- ambil kesempatan ucap terima kasih untuk komentar pertama blog cikai ni, Asakura Sharif (member fb). not to forget to this royal reader (second komentar blog). ;)