Tuesday, December 7, 2010

mana satu Natrah

salam awal muharam semua... :)
moga moga tahun baru mula dengan vogehdevas sekali ye kawan kawan! *wink*


hari tu tengok Natrah 2. kali kedua aku tengok teater. heee~

oh. pergi dengan kawan kawan beberapa bas memang rasa melancong uolls~
nasib lecturer tak suruh pakai baju kurung sekaler. kalau tak dah nampak macam kumpulan choir ke nasyid dah. tak cool.


kan dah glamer.


kalah geng bas sekolah.


lagi lah glamer ada lighting kann?




bila lagi nak pakai dress manik manik gini.



baru lah seronok boleh matching matching kan. sedondon taik cicak bersama.


bagi aku :
voice projection terbaik. 5/5 bintang.
lakonan pun hebat. memang tak sangkan sofia jane yang bawak watak Natrah tua tu. (almaklumlah sit murah tak nampak sangat) tengok remy menari memang gelak kahkahkah lah weih. handsome. :p
 antara teraju utama.

soundtrack cerita tu kureng. 2/5 bintang.

overall aku rasa best. cuma macam ada yang tak lengkap. aku pun tak tau lah apa. macam takde ajinomoto.

aku nak komen lebih lebih aku bukan anak seni. zaman sekarang ni silap cakap semua stok masuk court.
orang tak belajar elemen pementasan teater macam aku ni manalah pulak layak nak komen detail. as an audience, it felt something's not right somewhere. that's it.




alololo~ :p




nampak screen je. T.T

so kalau nak tengok best sikit kenalah bayar lebih sikit. tiket kitorang paling murah. tempat aku D-02 (sit tingkat 3). kalau nak nampak 3/4 pentas tu tak boleh sandar (baru 3/4.suku lagi tu kau agak agak je lah apa tengah jadi). jadi duduk kedepan sepanjang pementasan lepas tu n balik bilik tampal koyok 2 keping. paham?


ingat balik tu nak usha aaron aziz dengan maya karin mintak sain jap. tapi sebab pergi dengan kawan and lecturers taknak lah macam jakun sangat. ahaks. :p *behave yourself*


kegirangan hari itu tak habis begitu saja. sampai mawar dekat pukul 1 pagi. kemudian perut mintak diisi jadi makanlah megi Ruski. melepak dengan si Dini, Yam & Fara sampai pukul 3 pagi. besok nak bangun kau buat hal lagi. *sajak pendek* ish ish ish~


p/s-jalan cerita teater dengan cerita asal buat aku confuse sikit. siapa baca buku Natrah and tengok teater ni share share lah ye. ;)

Sunday, December 5, 2010

siapa tak suka mamat handsome & kelakar woih! ramai gila subscriber dia!

salam....

sedang teliti mentelaah artikel untuk reading kelas, berlaku distraction dari roomie baru aka cik alarm setia aku. bertuah punya budak. suka tau ganggu ketenteraman jiwa.


si Iz takde fb so bila dia online dia suka buka youtube since she plays piano. and she discovered this handsome, hilarious guy from youtube.
aku rasa ramai dah kenal dia cuma aku je yang baru kenal malam ni. kau tengok lah berapa juta view video dia. 0_0







ha. gelak lah kau guling guling. sekarang dah ada lah pelepas stress.

banyak lagi doh kat official page dia. seronok buat nengok time tensyen ke hapa. XD

p/s- lelaki idaman. <3

Saturday, December 4, 2010

awak ada add saya ke?

salam....

2 minggu pertama semester dua adalah sangat hectic.
kau tengoklah blog aku ni ha. dah macam biskut. kejap ada kejap takde. kalau famous amos sedaplah sikit kan. ni tak setiap kali ada pun setakat biskut kering Hup Seng tu.
mintak maaf ye.


jadi sekarang saya nak tanya.
ada tak anda blogger yang add saya di Facebook? sebab setiap kali nak bukak fb nak nengok benda benda penting ada je friend request.
sorry wa tak layan orang add then buat bodoh. wa tak layan mana-mana yang gedik gedik lepas dah approve mintak email nak webcam segala.
kalau anda blogger yang guna laman sosial untuk bersosial menambah kenalan dan bertukar-tukar pendapat maka saya approve dengan senang hati tapi tolong habaq mai anda blogger oke.






p/s-susah der nak tapis semua bila sekarang masa online terhad 30 minit sehari -.-"



profile aku private so kalau nak add bagi mesej sekali ye kawan2~ :) i would love to have more friends of blogger in my fb's friend list. :) nasib baik aku takde fakers.