Sunday, October 31, 2010

looking forward

salam...

rasa macam tak sabar lah pulak nak mulakan sem baru. hehe
bulan 3 tahun depan dah habis. hoyeah~
eh belum mula lagi dah hoyeah hoyeah untuk habis. suka eh suka. pointer tak bagus siap kau Fad!


jom tengok ke depan.


3 Nov : result out. OMG omg OMG
9-29 Nov : daftar subjek
20 & 21 Nov : daftar kolej
23 Nov : lecture start


ha...itu dia. nak mai dah nak mai dah. . . .

semangat baru

salam....

dah masuk bulan baruu~! hoyeah hoyeah *breakdance*

gila ah. sekarang bulan 11. bulan depan dah december. cepat betul kan..sekejap je masa berlalu. tak macam masa tunggu nombor giliran dekat hospital kerajaan.

lagi 3 minggu dah nak start sem 2. fuhh~ pantas dan efisyen. maksudnya tinggal 3 minggu je lagi aku dapat mengumpul harta.

pagi pagi bangun pergi kerja office. dah balik petang tu pergi kerja malam pulak. lepas tu hari hari mandi pukul 2 pagi. lepas tu bangun pagi pagi balik kerja lepas tu balik petang malam pergi kerja bangang. bosan gila kalau cerita gini. *sigh*


saya ada azam baru masuk semester 2 asasi TESL,UiTM Shah Alam nanti.

1# saya nak berusaha bangun sendiri. hari hari cik cik roommate kejutkan bosan juge yedak? tak tak. maksud saya, mereka yang bosan. saya mana boleh bosan kalau tak saya mesti lambat pergi kuliah hari hari tak dapat nak naik bas free kene naik taxi. kalau maksud saya bangun sendiri tak tau lah pukul berapa. ;)

2# saya harap klas masih kekal dan tak ubah ubah. tolonglah. saya ni mana pandai berkawan. pemalu pulak tu. nerd je. T.T

3# kerja sambil belajar. ha yang ini kita tak tau. masa sem 1 pun haru biru dengan assignment segala. macam mana agaknya kalau tambah lagi kerja ya? dah lah bangun lambat, selalu online, asyik makan, asyik tidur, asyik main main. ha yang ni dinamakan anjakan paradigma. saya nak bersungguh-sungguh sebab kalau degree nanti saya nak kerja sambil belajar. so kira ni raptail untuk tahun depan.


4# pointer yang lebih baik. saya tak tau pointer sem 1 ni berapa sebab result tak keluar lagi. tapi tak kesah lah janji nanti sem 2 kena lagi baik. i mean much much better.. ;) fighting! oke tengok buku sekarang!


5# saya nak swim lagi~ woot woot... i don't know since when i fall in love into this but Iz influence me a lot. ;)

6# saya nak jaga kuda saya baik baik. dah yang ni apa pulak? haha. kuda mana ha yang tu kita simpan dulu. ;)

7# saya nak mula kumpul harta boleh?


esok mulanya hari ni.

Friday, October 29, 2010

kesan lanjut SimplySiti

salam...

rasa macam lama tak post kat sini. biasalah bila kebusyan melanda.
tiap kali aku bukak Nuffnang check kata kekunci, misti keluar pasal SimplySiti. amboii~ ramai beno yang nak tau pasal benda alah ni ye. post paling glamor pun post yang tu.

jadi
mari saya cerita serba serbi.


tapi maaf ya. saya tak pakai make-up.(dah banyak kali bagitau kat blog ni. bosan kan? ngehehe.) saya tak pakai produk dia walaupun saya peminat nombor 1 dia! cehcehceh...
ok saya tipu. sekarang dah pandai pakai maskara~! fewiit anak sapa lah tuh...mengada-ada sahaja. :p ngee



mana kita nak mula ya?







tu dia...
beratur...

tapi aku tak boleh nak ulas semua sebab sini bukan kaunter tanda tanya. dah lah penerangan dari orang yang tak pakai make-up. kang lain kau tanya lain jawapan nya.


sebab aku pakai maskara dia, aku olah yang tu dulu lah ye.

maskara.
ada dua bahagian. 1 untuk curl, satu lagi volume. kalau biasa pakai tahu lah function dia kan. sendiri paham. tapi aku pakai yang curl je. volume tu tak usik. sebab?
1#aku pinjam makcik aku punya. barang orang takkan nak lenjan macam guna duit sendiri pulak.
2#aku tak suka bulu mata nampak fake gila ala-ala Barbie doll ke hapa. sikit sikit sudeyh.. ;)


lipstick.
kaler semua memang comey belako.
nak lagi comey kena pandai gabungkan dua lipstick then calit sikit benda alah yang shimmer shimmer kan bibir tuh..alah...apa nama dia? lip gloss rasanya..
harap maaf ye saya tak boleh letak gambar sebab saya tak pandai nak experiment bibir ni. nanti kang lain jadi langsung kena kutuk. tak nak haku.
tapi saya tau sebab saya tengok kakak promoter tu pakai sangat santekk oooh~
jadi pergi Watsons, belajar uli lipstick dekat bibir, gaul sebati ok!


blusher.
yang ni saya suka! even tak pakai tapi bila pakaikan dekat orang memang sangat seronok sebab senang dia dah siap dengan span so dia smooth je. adorable!
err..kalau kulit memang tak rata awak pakai foundation lebih sikit dulu tau.



2 way cake foundation.
eh jap. aku tak tau betul ke tak nama dia. yang aku ingat ada 2-way-cake lah.
yang ini auntie aku dah stop pakai. tak serasi katanya. dia dulu guna BML. kulit dia jenis yang oily. dia kata muka dia jadi makin berminyak.


toner & pencuci muka
yang ini pun. dia pakai 2 minggu je sebab muka dia jadi berminyak gila. aku tak tau sama ada memang tak sesuai ke hapa sebab aku pernah baca dulu, kalau kita nak tau keberkesanan produk tu, kena cuba dalam masa 1-2 bulan baru boleh nampak kesan. bertukar produk dengan kerap juga boleh menjejaskan prestasi kulit anda ye tuan tuan puan puan. hal ini berlaku kepada adik saya. padan muka dia! orang cakap tak nak dengar. kalau orang jawa cakap, JOBO. kalau orang n9 cakap, BEIGAR.
ok dah. tak boleh nak kutuk dia lebih lebih. adik aku tuh weh!


compact powder.
yang ini ok. macam biasa bila pakai lepas dah tepek losyen dia terletak dengan cantik dan rata tanpa tompok tompok macam kucing rumah Mak Tijah.



sekarang kalau nak beli, pikir dulu. agak agak produk yang guna sekarang ok & serasi, jangan carik pasal nak tukar produk lain. guna je apa yang ada. jangan nak mengada-ada cuba produk baru. habis setiap kali produk baru keluar nak cuba, baik awak jadi tikus makmal je wak. masa tuh tengok muka tu boleh bertukar jadi merak ke jadi tikus mondok.



renung renungkan. ngehehe~






p/s-apa apa pun semuanya bergantung pada kulit, cuaca dan pemakanan. mesti fair and square. pakai produk ratus ribu pun tak guna kalau tiap hari makan benda berminyak, kurang vitamin, kurang kalsium. paham?
dah. kaji kulit sendiri.