Friday, September 17, 2010

apa ada dengan nickname

salam...

oke. aku paham. orang sekarang sebok buat entri baju raya vogeh devas tahun 2010, rumah terbuka atau apa yang saya belum dapat makan selepas 6 hari bersyawal. kat FB pulak jangan katalah. kemain lagi melaram baju raya. show off! mentang2 aku takde baju raya 2010. -.-"



as a result, keluar kat kepala otak idea ini. *reaksi mentol menyala kekuningan tepi kepala*

aku tidak dapat berbuat demikian oleh kerana tiada baju raya vogeh devas tahun ini melainkan yang sedia ada. lagipun bila datang rumah sedara pakai baju yang sama mereka akan kata "cantik baju" tanpa sedar dah dua kali berkata begitu. (mesej asal, orang tak ingat der kau pakai baju tu berapa kali, tahun apa, dengan selendang kaler apa atau sedondonkan dengan kasut stiletto ke hapa.)
jadi tak terasa macam "sampai hati ibu tak buatkan baju baru." kemudian lari laju laju menyorok dalam almari baju seperti ini....  http://www.emocutez.com
ataupun nanges nanges hentak kaki mintak pergi uptown malam raya sebab nak jugak sepasang baju kurung baru, tak pernah pakai lagi macam ini..... http://www.emocutez.com

rumah terbuka tu pulak memang tak sempat nak bukak sebab biasa memang senantiasa terbukak. walaubagaimanapun, telah tertutup kerana aku dan sekeluarga membanting tulang menolong busu di Ramal Junction Foodcourt milik beliau ekoran pengusaha lama telah berambus. wth. dah macam lapor berita. skema itu memang bukan untuk saya jadi mari switch ke minda asal.


oh! pasal makan memang ada banyak nak cerita. lagi lagi bila dah enam hari bersyawal masih tidak dapat makan ketupat palas. semalam bila terdengar topik bualan "apa yang anda belum makan selepas 5 hari beraya" di stesyen radio yang tidak diingati namanya terus teringat lemang yang belum jamah sejak raya pertama. nasib baik masa tu dalam kereta tengah pergi beraya maka nampak stall lemang "suasana senja" terus ibu berhenti dan beli dua batang.
balik beraya terus aku jamah dua pinggan. ingat. baru jamah tau. uuisshh~ sodapp. http://www.emocutez.com  terima kasih pengusaha lemang "suasana senja" kerana tidak merosakkan keinginan berlemang saya dengan lemang yang keras mahupun hangit sebelah. :D

http://www.emocutez.com oh...terima kasih berbanyak-banyak.

dah habis introduction.
ayuh ke isi isi penting.
aku sekarang dah ada macam macam nickname. lagi lagi bila balik beraya di kampung Jelebu setelah 3 tahun tidak pulang beraya. *lagu 'Air Mata Syawal' berkumandang tiba-tiba*




----------------------------------------------------------------

kalau masa orientasi kat hostel dulu orang akan bagi nama junior yang sumpah kadang kadang buat kau rasa nak nangis walaupun kau tak ciwek atau rasa macam nak panampau laju laju tapi sebab kau junior,jalan pun tunduk shy shy cat sahaja. tak adil.


masa zaman sekolah rendah yang sangat skema, orang panggil Fadhilah.
bila kau dah besar sikit, zaman dah canggih. budak budak sebok nak handfon, zaman beringkas sahaja sampai jadi isu sms tak bagus, rosak bahasa jiwa bangsa. start tu dah jadi ringkas, Dhilah. alololo~

ada jugak yang panggil aku Peah masa tuh. sebab ustaz rock aku lah yang mula dulu. -.-" aku pun lupa dah pasal apa. nasib baik sekarang dah takdek orang berani nak panggil gitu. :)


masuk zaman menengah rendah dah ada nama manja lain sikit. ada yang panggil Fad, ada yang panggil Gamble. bukan judi macam definiton kamus Oxford tuh oke. Fad tu Iqa yang start dulu sebab dia sebok nak guna nama yang orang tak pernah guna untuk panggil aku. yang gamble tu sebab aku selalu guna perkataan tu. budak budak ni tak tau maksud nye hapa main panggil je. alao...bila orang tnaya, "weh, kau dah siap homework Math?" aku akan jawab, "gamble ah. sok ada lagi." pastu heboh nak tanya aku apa maksud dia.
frankly said, aku pun tak tau weh. spontaneous. haha. kecewa tahap gaban sebab diorang ingat tak ikuti trend ayat semasa rupanya rekaan bodoh semata-mata.
Mira paling rajin panggil aku gamble.


masuk UiTM ni dah tambah macam macam nama yang memang tak boleh nak salahkan ibu mengandung.
Amree start panggil aku Faddy. Ami pun lebih kurang. ada masa dia panggil aku Fad dengan pronunciation fat (gomok). sangat kontra dengan hakikat sebenar ye. harap maklum.

ada lagi. Alin member Qida panggil aku Lucu. dari jauh kalau nampak aku, siap berteriak, "hai Cu...!!"
aku pun tak paham memula. pastu si Qi bagitau, dia kata kau lucu. penggunaan lucu instead of kelakar or lawak adalah sangat tak boleh blah. tapi better daripada dia berteriak, "hai Kar....!" dari jauh. kan? -.-"
lucu sangat ke aku nih? kau kelam kabut memang lah orang kata kelakar.*orang kata* cheit! nehi nehi. terus punah azam 2010 untuk jadi cool dan skema.


oh! ada sorang senior panggil aku ayam sebab aku ada perform dekat Concorde Hotel hari tu nyanyi lagu ayam den lapeh. even tak gemar sangat nicname yang ni, tapi aku tak amek hati. :)


paling tak boleh blah bila ada yang panggil Ila. adoii~! sangat feminin dan jiwa jiwa bunyi nya untuk aku. its soooo not me. maka terus berkata, "takpelah weh. u panggil i Fad je oke. i dengar pun rasa sebak je. thanks."
 ahakss. :D *big grin*


dalam family ibu panggil along. bila along kau kene berusaha setabah mungkin sebab apa apa pun nama kau naik dulu. tapi takpa. bila sampai beli barang, adik adik pakai yang second hand. oh! sekarang tidak lagi sebab si Syikin dah sama gadang makanya berkongsi kadang kadang. sharing is caring kott~

sedare mare panggil nur, deknor takpun kak nor. (bergantung pada umur yang nak panggil tuh). :)
sekarang jugak dah ada yang panggil mak long/mak cik nor kerana sudah ada anak anak buah. wah wah wah~ :D *gembira bukan kepalang*




search engine:
OH! aku ada try cari nickname yang sesuai untuk aku kat sini. result?

Smoochie Cuddlekins is your cute nickname, Cloud Razor T-shirt is your superhero nickname, Long Tooth Big Ears is your Villain nickname, Torn Apart Paper Yoyo is your Monster nickname and Hic-Up-Apple-Nod is your all-out-weird-nickname. *wtf* gila blurr aku...




p/s-teringat nama nama junior batch member member aku yang pelik2 tapi orang ingat dia sebab nickname tu; cadhok, sawi, kelemai, libau, sendat etc etc

Monday, September 13, 2010

CINTA

salam sejahtera,
salam beraya,
salam berbahagia....


wow! tajuk entri tak nak kalah.
relax.
chill.
blog ini masih lagi bukanblogjiwang oke
aku belum berniat nak tukar nama dia. belum lagi.
sebab aku ada hati. hati aku macam batu. tapi ada pepatah,
"batu kalau curah air lama lama dia lembik sendiri"


-tiada komen-

orang mana tau aku kasar dengan muka suci tapi dalam hati ni ada taman weh... :D alololo~
abaikan.

i'm not telling you guys about what is the definiton of LOVE or whatnot.
just wanted to tell everyone on this lovely thing. . . . .



kalau anda jiwa jiwa punya orang. ini lah bahan mentelaah terbaik.
kalau anda nak buat hadiah untuk orang kesayangan, ni juga pilihan yang tepat.



cinta ada banyak kan kawan kawan?
dulu kau panggil puppy love.
lepas tu jadi love at first sight.
dah lama sikit jadi true love.




and then pasang cita-cita nak kawen masa umur 20tahun sebab bila dah ada anak nanti orang tengok macam adik. gatal kata orang zaman sekarang. dulu dulu umur 16 dah boleh ada anak...haissh~ dulu lain sekarang lain..yedakk?
ewah ewah. ENOUGH.


mari focus.
dalam ini ada banyak bahan untuk jiwa. jiwa yang sebagaimana itu anda tentukan sendiri.
tapi saya nak bagitau, benda ni dijual untuk kutip dana. 100%. RM10 saje. ^^
kalau nak tahu lebih lanjut, korang email sini> cintabyai@yahoo.com
habis cerita. aku cuma terlibat secara tidak langsung.


oh! btw, CINTA  adalah hasil kerjasama Lee Joe, Izzat, Keyra Z. , Yong dan Maya.
pergi usha tengok entri jiwa.
thanks! :)




i do envy them because I don't know how to write in a good order manner. apa aku nampak kat kepala aku ni, aku tarok je. (i mean not really ON my head. supposedly IN. harap maklum) pastu kau tengok sendiri plot aku macam bangang. ciss~


siapa support CINTA mendapat CINTA saya secara tak langsung. ;) *wink wink*



p/s: raya raya ni banyak iklan. sekarang aku berusaha untuk hafal iklan celcom yang panjang gila non-stop tuh. COOL doh. ;) ngehehe~

Wednesday, September 8, 2010

untuk semua teman blogger~ :D

salam....


this is the official Eid wish from the bottom of my heart to all... :)


semoga bergumbira di hari mulia :)
jemput datang beraya ke rumah :)
terima kasih sudi mengfollow blog entah hapa2 ini :)
terima kasih sudi melayan blog ini dengan komentar komentar tegar :)
add saya di FB, (namo asal den) dengan mesej, member blogger oke supaya saya kenal :) lepas tu baru senang nak berjalan jalan raya ;) <---saya belum cukup umur jadi boleh dapat duit ghaye lagi le. kan? :p


Salam Aidilfitri everyone~!!
Maaf Zahir Batin












tolong tolong tolong abaikan ketupat huduh itu.
kau jangan kata eh, kotak hijau tu ape eh. memang aku sekeh! ;)


eh! Selamat Hari Raya~ <3 selamat hari lebar-badan <---bak kata membe kurang asam