Wednesday, September 1, 2010

pagi pagi

salam...

again..minggu ni sangat busy dengan tests and assignments..aku tau aku selalu asyik nak cakap kerja banyak dan menguleh+mengeluh macam-macam lagi...pastu cakap aku jarang dapat update blog ni ha...cerita aku tak macam Hanis Zalikha sebab dia banyak benda nak cerita sebab dia bukan student biasa sebab dia model sebab hari-hari follower dia bertambah dan sebab fans dia kat FB pun melambak...(da banyak lagi sebab. ke alasan?ya! alasan!!)

dan aku ada alasan untuk bangun or tak bangun di awal pagi. early in the morning. aku sangat susah nak bangun tidur. kalau jam tu, kau kunci 3 alarm dengan 5 snooze setiap satu pun belum tentu dapat bangun.

sekarang dah dapat handphone baru. oke. not really a brand new, ayah sudi nak turunkan handphone dia sebab kesian tengok aku pakai phone nokia merah express music kene ikat dengan getah tempe. (hehe. buat muka sedih tak nak trade-in phone tu sebab sentimental value.) phone tu semua oke lagi cuma bila masukkan dalam poket seluar and nak bawak keluar balik, getah dah entah ke mana. orang call pun kadang2 tak dengar langsung apa aku cakap. dah campak baru la dia oke balik. http://www.emocutez.com


cukup. sebenarnya nak cerita pasal kehidupan di pagi hari je. perempuan memang macam ni ye? asyik interrupt dengan benda lain bila buat something aka multitask gitu. dah macam motherboard. 

balik pada cerita, ada satu hari aku kunci 3 alarm masa berbeza dalam 2 phone. aku tak tau la lagu apa kat phone baru tu sebab malas nak adjust...consequently...pagi tu aku bangun dengan bunyi kaca pecah.. memang macam haram sebab dah bunyi dekat 3 kali kot. Iz, si alarm setia mengamuk dengan aku. lol... "haku ingat ada orang jatuhkan kaca tapi pasal banyak sangat. rupanya alarm kau! tak guna kau Fad! merosakkan masa indah aku!" <--ada tambahan fakta disitu.

bila malam esoknya nak set alarm....., "kau tak payah kunci jam Fad! biar aku je gerak kau kalau kau taknak kutip phone kau kat luar bilik esok." <---siap guna perkataan kutip nak menandakan momentum yang diberi kepada phone adalah besar dan membolehkan phone bersepai makanya. cisss~ http://www.emocutez.com


tapi~ bila kata... "Fad, bangun! assignment kau tak siap lagi."
terus bangun macam orang kene simbah air... jadi assumption aku, aku kene bulat tekad untuk bangun pagi2.
masalahnya bukan apa doh, aku ni jenis yang tak berapa selesa nak study malam jadi lebih suka study di hening pagi..nak bangun pagi tu pulak, mak oiii~ memang mintak kaki je...

nanti..aku nak cari cara mudah bangun pagi...


p/s-bersyukur ada roommates yang penyabar still sudi jadi alarm kejutkan aku pagi2... :')

Friday, August 27, 2010

Vampires Suck is totally SUCK.

salam...

aku dah tengok cerita 2 minggu yang lepas bila kawan lelaki dah ada cerita ni dalam lappy, sangat envy.
lalu copy cerita ni ingat dah ketinggalan zaman rupanya baru keluar panggung hari ni.

tak sangka jugak cerita ni keluar panggung. 18PL ke ha? aku tak usha pun sebab dah tengok. macam bangang weh! sumpah. dari gelak happy, kadang-kadang gelak tensyen je wa dengan kebodohan cerita dan watak tersebut. rasa macam nak sepak pun ada jugak doh. chet!

tapi kalau nak kata pendapat sebenar aku, nak tengok kat panggung tak berbaloi la. baik copy and paste layan kat laptop sambil kunyah popcorn RM2 pasar malam Sabtu..


p/s-perubahan emosi mendadak dalam satu malam menurut entri lepas. -.-" transform ^_^

saya yang sebenar

salam....

wah! kata ganti nama dah bertukar..! :D

ini entri sedikit emo kerana rasa seperti nak tonyoh tonyoh kepala sendiri kerana salah bodoh..

aku tak tau kenapa tapi aku selalu bermasalah, bila masuk dapur. bila masuk pool. bila tukar status 'in a relationship' di FB. bila membuat keputusan. bila menyusun jadual. bila selalu sangat terlupa sesuatu yang tersangat penting. bila menjaga hati.

kalau penting kau mana boleh lupa lah! jadi kenapa? kenapa? hamboi~ emo nih emoo~~

kenapa dari dulu juga tak pandai menjaga hati? hati orang? hati sendiri? tak sengaja? ha! padan muka. makan hati lah kau. (organ dalaman tak bagus untuk orang yang belajar jadi dah tak boleh makan hati. pepatah orang melayu, makan hati berulam jantung, tak boleh diguna pakai dalam kes ini.) abaikan.


saya tak tacink. oke. maybe mula-mula je. bila di gali gali dan gali, saya mencari punca dan cara bagi menyelesaikan segala kekusutan. *berdiri menggenggam tangan* dan saya juga kurang arif dalam hal ini. *terduduk balik*


saya tak minum air semut. saya baru nak masuk sweet18. lupa bukan alasan ye. diari mahal pun tak guna. kau LUPA lagi nak catit. lupa nak tengok. dah. jangan salahkan semut. -.-"


aku cuba terbaik! mesti terbaik! :)
bagilah idea. . . . . aku rasa useless gila siot..


p/s-mintak maaf ibu, ayah, mak cik mak cik, teman teman, dan kesayangan yang lain...sebab saya tak pandai bab bab ini. karena itu makanya saya tidak berpoipren lagi. karena saya belum cukup matang ye. (even muka saya macam muke awek degree part5) harap maklum. ;)