Sunday, August 15, 2010

hari ini saya ke rumah beliau.

salam....

dalam pada ke'busy'an melanda...aku sempat pegi rumah beliau tengah hari tadi..



ihsan pak cik google. 



buat ape lagi kalau bukan merasa kuih raya mama dia...
sebab rumah tak jauh mana pun..jadi sebok2 nak pergi jugak tadi. :)


eh! tak! puasa lah...! kami datang untuk ambik sample dan melahap di rumah sendiri sahaja supaya bila sedap tak la macam jakun sangat.. :p



tapi tak dapat rasa kuih HOT sebab bila HOT orang melahap yang tu dulu. kan. -.-"
kalau dah yang tu habis dulu yang tu memang sodap lah. no doubt. macam kadang2 pergi bazar ramadhan tengok kedai tu ramai orang sampai beratur, kompem sodap nih. jadi ikut beratur sekali. bila bawak balik rumah memang sodap, datang lagi esok untuk beratur. ;D
jadi saya berkeputusan untuk menempah yang mana saya rasa gemar kerana kecantikan, instinct (sebab tak rasa semua) & jatuh hati buat pertama kali. (hiperbola lagi)


-choc crumpy-

-choc pecan-

-classy pandan-


kuantiti tu tak tau lagi sebab akceli nak order untuk event final projek nanti. esok kene konfemkan. malam ni amek ilham dulu nak order berapa. :D



oh! auntie tu sangat peramah lagi mesra. kelakar pun ye jugak. ibu berborak dengan dia dekat 1 jam lebih kot..segan saya..dari hal anak2, politik, masak2. biasalah kalau orang2 veteran ni cerita dia panjang sikit. merangkumi semua aspek. :p


dan saya tak sangka Hanis Zalikha pemalu. ;p

mama dia kata, "nama je model dia tu tapi pemalu. tadi cakap ada orang nak datang terus naik atas. macam anak dara sunti zaman dulu-dulu."

betul ye. auntie tu cakap. tak baik menipu bulan puasa. ;)
maka sampai kesudah tak dapat tengok live. eh. saya memang datang untuk kuih raya! 

oh..oh..banyak lagi auntie tu cerita. (now I know where's her talent came from)
nak cerita lebih-lebih tak boleh lah. nanti orang ingat aku stalker pulak. 


p/s-kriteria calon suami pun aku tau. kan dah cakap, merangkumi semua aspek. ;)


ok. da ngantok. esok ade kelas. nak sahur. nak belajar. tak boleh bangun lambat lagi Fad. 
tak boleh.




Thursday, August 12, 2010

ragam Ramadhan. . .

salam...




teringat dulu masa kecik2 ada puasa yang yok.. tak pun puasa setengah hari...tak pun puasa penuh sebab nak dapat duit raya.... :p eh...jangan salah sangka..aku tak pernah der nak puasa setengah hari atau yang yok.. untuk duit raya tu penah kot... $_$ hehe...can we count them as pros? duit raya can encourage children...nanti lama2 dah besar baru lah faham lebih yang puasa tu lillah hi ta'ala... :) mak mak dengan ayah ayah akan kata... "ok.siapa puasa penuh tahun ni dapat duit raya." tak pun... "sape nak duit raya tahun ni kene puasa penuh."


dan dan tu jugak lah semangat gila puasa.. siap hebah kat sekolah rendah agama... "bapak aku kata kan, kalau puasa penuh dapat duit raya...orang tak puasa mana boleh raya..."
eh...tak2...bukan aku...membe sepermainan yang pernah cakap dolu dolu... ;)



oh...ade jugak tu...yang bila da tak tahan, masa amek wuduk telan sikit air paip...eh...bukan aku..bukan aku...membe lama dulu ade buat... ;) aku tak berani nak buat macam tu...ibu pesan... "jangan main2 puasa nanti Allah marah masuk api neraka." biasa lah..emak kalau nak terangkan kenapa tak boleh makan, tak boleh minum, tak boleh korek hidung, masa bulan puasa, amek masa lebih sikit lah kan..almaklumlah...kecik lagi...mane lah nak faham sangat...

jadi sekarang bila dah besar, collection duit raya dah tak banyak macam dulu sebab dulu mana malu sangat nak pergi ketuk rumah orang, "assalamualaikum...mak cik....!!! kami datang nak raya ni..."
rindunya..... :')


eh..apesal lah pulak cerita raya ni...aku nak cerita pasal Ramadhan je sebenarnye... :p






Semah,si roommate bercerita semalam...dia otw nak balik ke bilik bila lepas beli makanan kat bazar, ade 2 budak tomboi dengan sorang budak perempuan girly..(maksud aku dia perempuan tapi gaya jalan, rambut n suara kasar macam lelaki) bebudak ni jalan depan roommate aku..

si tomboi 1 mengomel "ish...banyak nye aku beli makanan" sambil tangan kedua-dua di angkat paras muka...

si girly, "haah. asal kau beli makanan banyak sangat?"

si tomboi 1 membalas " biasalah period. asyik lapar je.."


Semah punya lah tahan gelak...siap monolog "ek eleh...jalan da ganas, rambut smart habis, suara maskulin tapi kalau dah perempuan tu perempuan lah jugak kan.." hehe.. (monolog ni aku tambah2 sikit :p)
eh2...dia tak kutuk tau tomboi tu...cuma rasa macam kelakar je lah...mana tak..what do you expect when a boyish style girl talking about having the effect of period? :p
dia mungkin ganas dari luaran...tapi sape lah tau hati dia hati tisu ke hapa kan?




p/s>bila dah besar ni jarang dapat puasa penuh...lagi lah kurang duit raya... :p (perempuan je ok. lelaki bila dah besar jangan kata kau orang pun jarang dapat puasa penuh dengan alasan kitorang BMW.)

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa teman blogger kesemuanya~ :D

salam....

This is the first day of us, Muslims in a great month, Ramadhan. <---thesis statement
I had chicken soup with a bowl of rice and warm water during sahur just now. :) (balik rumah sahur hari pertama dengan ibu n adik. 1 adik je sebab Aisyah belum pandai puasa. :p )

May Allah bless us all..let us together appreciate this month since it's only once in a year..
Tarawikh only belongs to this month..Segala amal ibadat dilipat gandakan pahalanya...
So i would really will do my very best in this month..





maka. . . .
Selamat Berpuasa~ :D




p/s- saya semangat nak tarawikh... :) & saya harap dapat banyak kad raya tahun ni. *tetibe*